Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Monday, January 30, 2012

Innalillahirajiun..Al Fatihah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bismillahirahmannirahim..Al-Fatihah
Ingin umi maklumkan bahawa ayahanda umi yang amat dicintai, Hj. Alias bin Jamal telah kembali ke rahmatullah pada 2 Rabiul Awal, bersamaan 26hb Januari 2012 (khamis) pada pukul 5.50 pagi. Pemergian ayahanda pada umur 64 tahun disahkan lanjutan dari penyakit kanser paru-paru...

Umi pernah menceritakan serba sedikit berkenaan ayahanda umi di doakan ayah, alhamdulillah, roti scone dan juga di ayam versi ayah...

Jadi, umi sekeluarga terutama ibu umi ingin memohon salah silap sekiranya ayah umi dan kami sekeluarga ada melakukan salah silap sama ada sengaja ataupun tidak...mohon juga sedekahkan sepotong al-fatihah untuk beliau...terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada yang telah mendoakan...

bagi yang ingin menitipkan ucapan, boleh juga berbuat demikian di Facebook ayahanda umi di facebook ayah sebagai tanda kenangan dan ingatan bagi kami...


Wednesday, January 25, 2012

Oreo Cupcake

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Pasti ramai lagi yang masih bercuti, terutama yang ada anak2 yang bercuti selama seminggu kan? masa yang ada di manfaatkan bersama keluarga...bagi ibu2 pula, masa ini la pelbagai juadah disediakan bagi memastikan perut anak2 diisi dan memasak bersama keluarga adalah memori yang indah


Bagi yang tercari2 minum petang yang mudah dan cepat disediakan, boleh la mencuba oreo cupcake ini..anak2 memang suka makan biskut oreo...selain tidak dicelup dalam susudan dimakan begitu sahaja, ini adalah salah satu alternatif untuk ibu2 dalam pelbagaikan makanan kesukaan anak2...apatah lagi di hiasi dengan buttercream...amat memikat mata memandang...

Untuk yang tidak suka makan buttercream, kek ini juga sedap dimakan macam tu sahaja...resepi ini umi ambil dari koleksi kak Azlita Aziz, sudi2 kan la

LinkJom Cuba : Oreo Cupcake

Apa yang diperlukan?

  • 250 gm butter
  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 8-10 keping oreo - kisar halus

  1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
  2. Campurkan oreo dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit atau sehingga masak.

BUTTERCREAM

  • 80 gm mentega
  • 200 gm krimwell
  • 350 gm golden syrup - umi guna 150 gram je
  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
  2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bulehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

Friday, January 20, 2012

Asam Pedas Ikan DTS

Assalamualaikum dan selamat pagi

hai pagi2 dah tayang asam pedas ikan..umi memang 'hantu' asam pedas...tak pernah jemu...pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam apa lagi la..tak pernah jemu..mungkin ada yang kata orang Johor memang macam tu...kalau ikan atau 'isi' asam pedas dah abis tapi tinggal kuah...umi ikut nenek umi, tambah telur dan hancurkan..sayang kuah tu, katanya...macam juga En. Mat Gebu (DTS) yang tak pernah jemu..cuma umi lebih suka air tangan ibu umi..lebih 'kick'...dan kalau balik kampung, memang ibu umi akan buat special untuk umi...

dan yang paling umi tak boleh lupa kenangan pasal asam pedas ni....semasa mengandungkan nazirah, pagi2 mesti umi akan beli nasi lemak kak gee di kantin tempat kerja umi dan kuahnya bukan sambal ya..TAPI asam pedas...lebih banyak daun kesom, lebih best...hari2 tanpa jemu kecuali hari cuti sampai suami kak jee dah kenal dan tau apa umi nak makan...jadi, tak heran la sekarang memang nazirah suka makan asam pedas juga cuma dia panggil sup..ok la kali ini umi masak ikut versi En. Mat Gebu...sudi2 kan la ya

Jom Cuba : Asam Pedas Ikan DTS

Apa yang diperlukan?

3 keping isi ikan jahan putih (ikan duri bersaiz besar) - umi ikan kembung je
1 cekak daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kuyit
2 biji tomato - potong baji (umi tambah)
Air secukupnya


BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Jom Cuba!
  1. Ikan jahan dipotong dua jika besar, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan cili kisar, terus memasak hingga terbit minyak, guna api kecil dan dikacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan nenas, jus asam jawa, lada hitam dan daun kesom. Tambah ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar masakan 2 - 3 jam untuk mendapat rasa yang lebih mesra.

Wednesday, January 18, 2012

Maggi Goreng Serbuk Lada Hitam

Assalamualaikum dan selamat pagi

Satu menu ringkas yang selalu umi masak atas permintaan nazirah tapi umi tukar dari bihun ke mee atau pasta atau maggi...(sebenarnya tak nak bagi jemu)...cuma cara masaknya sama dan serbuk lada hitamnya tak la banyak...sekadar rasa je...nanti nazirah tak nak makan pulak..kadang2 kena la ikut selera anak2 supaya mereka boleh makan banyak2..baru rasa tak membazir...

Mungkin ada yang kata "ala maggi je pun, sesiapa boleh buat" tapi terpulang la pada individu, umi hanya ingin kongsikan pada yang sudi je...kalau tak nak tengok, sila tengok menu yang lain ya...menu ni memang simple tapi sebagai rujukan umi suatu hari nanti..dan tak mustahil, menjadi rujukan nazirah bila umi sudah tiada lagi...siapa yang sudi, lihat la resepi yang mudah ni...

Jom Cuba : Maggi Goreng Serbuk Lada Hitam

Apa yang diperlukan?
  • 3 paket maggi tanpa rempah
  • air secukupnya utk merebus maggi & untuk menjadi kuah
  • 1 ikat sayur sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk udang kecil
  • 2 ekor sotong ( dihiris kecil)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam ( seeloknya guna lada hitam yg baru ditumbuk)
  • baby lobak merah ( dipotong kecil)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula


Jom Cuba!
  1. Rebus maggi hingga lembut dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
  3. Tumis hingga wangi dan masukkan bawang besar.
  4. Goreng lagi hingga bawang layu.
  5. Masukkan sawi dan lobak merah.
  6. Masukkan pula udang, sotong, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa.
  7. Kacau dan biarkan udang masak, kemudian masukkan maggi yg dah direbus tadi.
  8. Kacau lagi hingga rata dan masukkan serbuk lada hitam dan air. (boleh lebihkan jika ingin berkuah)
  9. Goreng seketika dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, January 17, 2012

Kelly's Life Giveaway is Back ;)

Bismillah hirahmannirahim

Dengan lafaz bismillah, lagi sekali umi nak join giveaway by kelly...hadiah2nya memang memikat dan menarik hati..umi tak pernah ada koleksi macam kelly...harap2 umi boleh menang memandangkan ayah umi minat sangat koleksi macam ni...Ya Allah, semoga ia menjadi rezeki kami

Kelly's Life Giveaway
Just For Fun
Open to Kelly's Life n Aviationclimaxxx blog followers ( follow both blog )
Non-Follower, if you interested to join this GA, please follow Kelly's Life n Aviationclimaxxx blog
Open to followers with own blog and with Malaysia address only ( delivery purpose )
Write N3 about this GA in your blog & link too
Leave your comment in this N3
GA start today until April 1, 2012

Prizes for the lucky winner...




Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive