Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Monday, September 14, 2015

Potato Fritters atau Cucur Kentang, Resepi mudah untuk anak2 belajar...

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Syukur atas nikmat yang Allah berikan.. masih boleh memperbaiki diri yang usia semakin sedikit dan dosa semakin banyak antara sedar atau tidak... umi macam biasa sibuk dengan tugas harian dan tempahan roti seperti kat sini... Alhamdulillah... hari ini masih jerebu... semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...


ok la berbalik kepada potato fritters atau cekodok kentang ini... dah banyak kali umi buat tetapi lupa nak masukkan entry... masa kenkonon nak cari balik..eh, la... tak ade rupanya... resepi yang amat mudah.. boleh la buat bersama anak2 nanti... bagi anak2 yang baru nak belajar memasak... inilah salah satu resepi in sha Allah jadi dan sedap untuk dicuba... ia sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang... makan bersama-sama keluarga lebih bermakna... dan jangan lupa untuk berdoa dan berzikir semasa memasak...


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)

Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD) Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM) 

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ


Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
Meh baca bahan2 dan cara-caranye pula...


Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan
  • 3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  •  Daun bawang/daun sup
  • 1 tangkai cili merah-Yatie tambah
  • Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
  •  Garam dan sedikit gula 
  • Minyak masak (utk menggoreng)
Cara2nya

  1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
  2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
  3. Sedap dimakan bersama sos

Friday, September 4, 2015

Tempahan Roti Umi

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah.. semenjak umi belajar buat roti uli tangan dengan kak zalina, Kisah umi di sini... rezeki semakin bertambah... tak rugi pergi belajar.. blogger glamour macam Cheq Da dari Cameron pun dah pergi masa merdeka ari tu...Klik Sini.  Ramai yang dah berjaya bisnes dari rumah..lagi2 zaman GST ni... boleh pergi kelas personal atau pun group.. selain aneka roti.. boleh juga belajar buat pelbagai jenis tart dan kek.. semuanya berbaloi... hari ini umi nak share jenis2 roti yang umi jual....

 Roti Sweet Butter
 Roti Gula Cheese
 Roti Kacang Merah dan Roti Sarang Lebah Besar
 Mini Pek Roti Sarang Lebah
Roti Kelapa 

dan roti yang tiada di dalam gambar adalah Roti Kaya, Roti Kismis dan Pizza Mini

Bagi area Taman Seri Gombak, boleh la order Roti-roti tu... contact umi 013-6796693...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive