Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Monday, April 27, 2015

Mee Kari Ikan Bilis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
Lama sungguh umi tak menulis.. ntah2 apa yang disibukkan pun umi sendiri tak tahu.. sampai dah nak hujung2 bulan April.. tup2 hujung minggu ni adik umi dah nak nikah.. Majlis kenduri pernikahan yang akhir buat keluarga Allahyarham Hj Alias dan keluarga.. adik2 umi yang lain semua dah berkahwin.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Majlis ini bergabung dengan sebelah perempuan... 
Berbalik dengan resepi mee kari ikan bilis ini.. al kisahnya jiran umi ada hantar mee kari ke rumah umi.. memang sedap jadi umi pun tanya la resepi dari jiran umi ni.. jiran umi cakap hanya tambah ikan bilis dikisar.. jadi umi pun cuba..dan hasilnya wallah..memang sedap..suami umi pun makan berulang kali..alhamdulillah...

Resepi : Mee Kari Ikan Bilis

Oleh : Umi's cup cake

Bahannya:-
2 ekor rangka ayam dipotong kecil dan dibersikan. (boleh ganti 1 ekor ayam)
2 biji bawang merah besar - dikisar

10 ulas bawang putih - dikisar
3 tangkai daun kari
3 keping asam keping
10 keping tauhu sponge
2 cm halia - dikisar
2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dibancuh dengan air dan agak pekat

1 kotak santan
3 gengam ikan bilis - dicuci dan dikisar
Garam secukupnya
Rempah lima sekawan
Minyak untuk menumis

Air masak secukupnya

Bahan Tambahan
1 paket mee kuning secukupnya -dicelur
Limau nipis dan cili merah yang dihiris
 Bawang goreng untuk ditabur
4 biji telur di rebus
Taugeh - umi tak ada stok

Caranya:-
1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis remaph 5 sekawan sehingga wangi. 


2. Kemudian tumis pula bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.


3. Masukkan pula bancuhan rempah kari dan daun kari. Tumis sehingga rempah masak dan garing.


4. Masukkan rangka ayam, tauhu sponge, santan dan air masak secukupnya. Biar sehingga rangka ayam masak.


5. Masukkan daun sawi dan asam keping. 

6. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. 
7. Padamkan api. Sedia untuk dimakan. 

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive