Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Monday, March 25, 2013

Homemade Fish & Chip

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi... semoga semua sihat hendaknya... sekarang ni musim ramai yang batuk, selsema dan demam... jadi minum lah air masak secukupnya.. tapi jika telah sakit, jangan lupa makan ubat dan semoga cepat sembuh... Minggu ini minggu cuti sekolah.. seronok anak2 dapat bercuti seminggu.. mak dan ayah pun tumpang cuti sekali... meluangkan masa untuk anak2 adalah salah satu terapi untuk pembesaran anak2.. anak2 yang penuh kasih sayang....
Seperti biasa bila anak2 ada di rumah, ibu2 pun sibuk sedikit menyediakan juadah kegemaran anak2.. kali ini umi masak Fish & Chip hasil intaian dari blog zachoes... seorang ibu yang hebat memasak.. dan resepi ini telah dicuba oleh ramai termasuk Qaesh Honey... ternyata resepi ini memang kena dengan selera keluarga kecil umi..lain kali nak cuba lagi...selamat mencuba...
Homemade Fish & Chip
Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya

Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.


Bahan batter/adunan:
1C air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya

Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.

Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.

    Wednesday, March 20, 2013

    Tanda Kasih Sayang Allah

    Assalamualaikum dan selamat petang

    “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

    Alhamdulillah wa syukrillah. Lega rasanya apabila masih boleh menulis di blog ini lagi setelah seminggu dalam gundah gulana. Rindu sangat-sangat perasaan untuk menulis sesuatu di sini... Ada sesuatu yang mahu umi kongsikan bersama dengan sahabat umi sekalian mengenai Tanda Kasih Sayang Allah pada keluarga kecil umi ini...

    Allah ta’ala berfirman:

    “Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut,
    kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka
    berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang
    apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan
    kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat
    dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang
    mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

    Sabda nabi saw yang juga menyebut:

    “Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan
    menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
    (Imam al-Bukhari dan Muslim).
    Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya.
    Tanda kasih sayang Allah pada keluarga kecil umi bermula pada 1hb Februari 2013... umi pergi ke Klinik Mesra supaya doktor pakar kanak-kanak boleh memeriksa perut anak lelaki umi iaitu Ahnaf kerana umi rasa seperti ada satu benjolan di bahangian perutnya.. ramai yang berpendapat ia adalah penyakit hernia... umi hanya ingin mengetahui tahap mana seriusnya penyakit 'hernia' anak umi...Apabila pemeriksaan dilakukan, ternyata ia bukan hernia tetapi ketumbuhan.. cuma doktor menasihatkan agar di rujuk kepada hospital untuk kepastian... dan harus berjumpa dengan Doktor Pakar Bedah Kanak2... DOKTOR PAKAR BEDAH KANAK2? ... umi masih boleh bertenang walaupun hati berbicara sebaliknya...

    4hb - 6 hb : Sahabat umi yang bekerja di Hospital Selayang menolong umi untuk mendapatkan temu janji dengan Doktor Pakar Bedah Kanak2... malangnya doktor tersebut hanya merawat untuk kanak2 berumur diatas 5 tahun sahaja dan mohon rujuk ke  hospital yang lain...

    7hb            : Umi cuba mendapatkan temujanji di Hospital Pusrawi dan dimohon untuk datang ke Hospital pada 8hb petang walaupun temujanji telah penuh...

    8hb            : Umi mengambil ahnaf dari rumah pengasuh dan menunggu untuk berjumpa Dr Ahmad Zulkifli... penantian umi berakhir pada pukul 4.30 petang... Dr Zul menyarankan satu Ultrasound dilakukan ke atas  Ahnaf... Dengan keadaan tenang Ahnaf baring dan Doktor memeriksa perut Ahnaf... lama Doktor melakukan pemeriksaan... berdebar, hanya Allah yang mengetahui... dan debaran umi bertambah bila doktor berkata 'Saya tak nampak l  buah pinggang anak awak..tapi saya rasa buah pinggang dia bengkak'... BUAH PINGGANG?.. YA ALLAH, Dugaan apa yang ingin engkau berikan?... Doktor mohon dilakukan pula ujian CT-SCAN pada 12hb Februari untuk pemeriksaan lanjut...

    12hb - 14hb : Setelah Ujian CT-SCAN dilakukan, ternyata sebelah buah pinggangnya telah bengkak dan yang paling mengejutkan, kedua-duan buah pinggangnya bercantum atau Horseshoe  Kidney...dan perlu dibedah untuk diperbaiki...

    15hb - 16hb : Nazirah pula demam dan dimasukkan ke wad yang sama... demam rindu pada umi dan adik di wad...abi pula out-station  2 minggu...

    Horseshoe kidney, also known as ren arcuatus (in Latin), renal fusion or super kidney, is a congenital disorder affecting about 1 in 500 people.[1]
    In this disorder, the patient's kidneys fuse together to form a horseshoe-shape during development in the womb. The fused part is the isthmus of the horseshoe kidney.
    Fusion abnormalities of the kidney can be categorized into two groups: horseshoe kidney and crossed fused ectopia. The 'horseshoe kidney' is the most common renal fusion anomaly
    Gambar sebelum masuk wad pada 12hb



     Wajah sebelum CT SCAN dilakukan

     Baru boleh makan bila selesai CT SCAN
     Naik ambulan untuk Ujian di Unit Kanser Kampung Baru
     Wajah Nazirah yang juga demam dan masuk wad
    Catatan ini adalah sebagai kenangan umi untuk anak2 umi dan mohon agar sahabat umi dapat doakan atau memberi pandangan mengenai penyakit anak umi ini... umi berat hati nak biarkan anak umi dibedah di dalam usia yang sangat muda dan belum sampai 3 tahun pun... bantu lah umi walaupun sepotong doa...sekarang umi sedang menunggu temujanji dengan Hospital HUKM pula...

    Wednesday, March 6, 2013

    Bubur Lambuk Resepi Bonda Kak Chahaya Shiela

    Assalamualaikum dan selamat pagi
    Maaf la kalau gambar kurang memuaskan... Masak masa anak2 umi demam ari tu... nak masak bubur biasa kesian plak... so masak la bubur lambuk tradisi keluarga kak shiela... anak2 umi demam pun makan dengan penuh selera... sedap katanya dan minta buat lagi lain kali...
    Cuma umi tambahkan lobak merah supaya anak2 umi makan sayur... tapi tak berapa nampak kan? hehe.. sedap sangat bubur ni sebab ada tumis darat tu... dulu umi rasa bubur lambuk ni susah sangat nak buat sebab tu la setiap kali bulan Ramadhan, suami umi tak pernah 'miss' belikan bubur lambuk kegemaran umi di Kampung Baru tu... masa kat tempat kerja lama, ada juga kawan umi rajin tolong belikan... rindu plak masa kerja di sana...
    Apa pun, terima kasih kak Chahaya Shiela sebab sudi kongsi resepi temurun yang sedap ni..mohon share kat sini pula ya... Jasamu dikenang..hehe..

    Resepi : Bubur Lambuk Resepi Bonda
    Oleh : Kak Chahaya Shiela

    Bahannya:
    2 cawan beras
    500 gm daging/tulang
    Sedikit daun sup dan daun bawang
    12 ekor udang basah
    1 sudu besar rempah soto 'Tok Mak' atau rempah sup
    1 cawan santan pekat
    2 batang serai - dititik
    1 inci halia - diketuk
    1 sudu kecil lada hitam - jika suka (sebiji2 atau diketuk sedikit)
    Garam secukup rasa
    1 biji bawang besar - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    1 inci halia - ditumbuk

    Caranya :
    Rebus daging/tulang bersama bahan tumbuk serta rempah soto Tok Mak sehingga empuk.
    Masukkan beras, serai dan halia yang telah diketuk.
    Bila beras dah kembang, masukkan santan dan lada hitam.
    Bila hampir masak, masukkan udang dan garam secukup rasa.

    Bahan Tumis Darat :-
    6-8 ulas bawang merah - dihiris nipis
    2 ulas bawang putih - dihiris nipis
    Sedikit halba
    1 sudu besar minyak sapi
    Sedikit minyak masak

    Caranya:
    Setelah bubur siap masak, boleh dibuat tumis darat.
    Panaskan kuali kemudian tuang minyak masak dan minyak sapi. Minyak hanya sedikit untuk menumis saja.
    Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan.
    Bila nak dekat perang, masukkan halba. Tutup api.
    Tuangkan ke dalam bubur yang telah siap dimasak tadi.
    Tutup periuk bubur supaya aroma tumis darat dapat diserap ke dalam bubur.
    Bila hendak dihidangkan, tabur hirisan daun bawang dan daun sup,

    Tuesday, March 5, 2013

    Roti Manis Ala Jepun Kak Liza Intai Dapur

    Assalamualaikum dan selamat petang
    Apa khabar semua sahabat umi? Lambat betul umi 'bersiaran' kan? Anak2 umi kurang sihat... demam + batuk + selsema... jadi perhatian kepada mereka lebih utama... permata hati kan... sekarang ni cuaca agak panas... umi pun dah batuk sikit2... harap2 tak berpanjangan... kepada sahabat umi yang juga kurang sihat, makan ubat tau... sekali sekala kita diuji sedikit... menghapus dosa, amin...
    Hari ini umi nak kongsi resepi roti yang telah mengoda umi... ni semua kak liza empunya blog 'intai dapur' punya pasal.. tapi ujung minggu baru umi boleh buat sebab tepung roti dah abis... terlalu mengoda gambar kak liza tu...lagi pun gian rasa nak meroti... lama tak buat...hehe...
    Terima kasih kak liza sebab dah goda umi... goda dengan cara berhemah..hehe.. sedap dan rasa makan kat Jepun...boleh ke gitu?...izinkan umi salin semula kat sini..resepi asal dari Gert (My Kitchen Snippets)... selamat mencuba...


    RESEPI ROTI MANIS ALA JEPUN
    Oleh : Kak Liza Intai Dapur & Gert

    Bahannya:

    375 g tepung roti (high protein flour)
    100 g tepung gandum
    35 g susu tepung
    1 biji telur*
    1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
    80 g gula halus
    3/4 camca teh garam
    2 1/2 camca teh instant yeast
    150 ml air suam (kurang lebih)
    40 g mentega
    4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
    1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

    Caranya:-



    1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. 
    2. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
    3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
    4. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemaran atau seri kaya.

    Berapa usia Nazirah?

    Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

    Berapa usia Ahnaf sekarang?

    Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

    Berapa usia iris sekarang?

    Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

    Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

    Blog Archive