Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Tuesday, September 25, 2012

Tom Yam Air Kelapa

Assalamualaikum dan selamat pagi
Tom yam memang sinonim dengan tekak umi sekeluarga dan kali ini adalah pertama kali umi campurkan air kelapa... dah lama mengidam style tom yam kelapa ni tapi baru kini tercapai hehe...rasa manis dari air kelapa mengimbangi rasa masam tom yam dan ini adalah kombinasi yang terbaik... tapi bagi yang nak tahu asal usul tom yam ni, umi ada ambil dari wikipedia iaitu 

Tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Lao termasuk secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek. Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan - biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar cilantro (coriander leaves). Kadang-kala lada giling Thailand (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) ditambah: ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili lebih ketara.

Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น), di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sop halia ayam"), di mana galanga merupakan perisa utama bagi sop berasaskan santan. Tom yum nam khon hampir sentiasa dibuat menggunakan udang, sementara ayam seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar Thailand adalah - tom khlong.
Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh dunia. Perisa Tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.

Kali ini umi hanya menggunakan tom yam paste dan cuma tambahkan air kelapa..kiranya umi's style la ya...jom tengok apa yang perlu...


Jom Cuba : Tom Yam Air Kelapa
 
Apa yang diperlukan?
  • 10 ekor udang
  • 1 cwn stok ayam
  • 3 kepingan hirisan  lengkuas muda
  • 2 keping daun limau purut
  • 1 batang serai ~ di titik
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 2 peket Tom Yum Kung Adabi 
  • 1 biji kelapa pandan (ambil air bersama isi kelapa) ~ lebihkan kalau suka
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 4 biji tomato ceri
  • 6 biji cili padi
  • 10 cendawan tiram segar
  • 1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
  • 1/2 cawan lobak merah ~ hiris bulat
  • 1 sb daun sup  ~ dicincang
  • 1 sb daun bawang ~ dicincang
  • 2 batang celery
Jom Cuba!
  1. Panaskan stok ayam dan air kelapa di dalam kuali.
  2. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
  3. Kemudian masukkan bawang merah, paste tom yum dan jus limau nipis.
  4. Masukkan pula putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
  5. Masukkan tomato, cili padi & cendawan tiram. Masukkan udang.
  6. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun sup, celery & daun bawang.
  7. Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Friday, September 21, 2012

Muesli Bread BM Tok Mak

Assalamualaikum dan selamat pagi
Bertemu kita kembali pada pagi“Jumu’ah” yang penuh berkat ini.... Jumu'ah (Hari Jumaat) adalah berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.Hari Jumaat ini juga adalah hari yang terpilih mengikut peristiwa penting dalam islam iaitu :  

1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Serba sedikit pengetahuan yang umi ingin kongsikan yang umi ambil dari blog http://pmr.penerangan.gov.my... semoga ia dapat memberi manfaat pada kita semua... baik la hari ini umi nak share satu lagi resepi roti menggunakan Bibik Malaysia dan hasil kongsian resepi dari Tok Mak (rakan FB umi)...umi pun sebenarnya rindu nak buat roti...alhamdulillah, rasa roti sedap sangat dan sesuai juga bila umi buat untuk makan bersama daging burger...sungguh kenyang dengan rezeki yang Allah beri...Untuk pengetahuan, tok mak juga terkenal dengan rempah soto tok mak dan tempahan puding raja....terima kasih ya Tok Mak dan izinkan umi tepek kat sini resepinya...

Jom Cuba : Muesli Bread BM Tok Mak

Apa yang diperlukan?
  • 250 ml air
  • 2 tbsp susu tepung
  • 200 gram tepung roti
  • 200 gram tepung gandum cap sauh
  • 2 1/2 tbsp gula
  • 1 1/2 tbsp garam
  • 20 gram butter / marjerin
  • 2 tbsp yeast

Muesli : almond, walnut, black/white sesame seed, raisin, hazelnut atau apa saja jenis muesli yang dikehendaki...

Jom Cuba!
  1. Masukkan bahan2 yang diperlukan mengikut turutan dari atas ke bawah. TETAPI pastikan gula, garam, butter dan yis tidak bersentuh antara satu sama lain. ia kan menyebabkan roti tak jadi.
  2. Tekan start pada BM  dan biarkan selama 15 minit.
  3. Masukkan bahan2 muesli dan di biarkan sehingga masak dan kebiasaanya 3 jam. Siap...

Thursday, September 20, 2012

Stew Daging Kak Hana

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar sahabat2 umi yang dekat atau pun jauh... dah sarapan? mungkin ada yang baru nak minum pagi...apa2 pun yang penting kita kena jaga kesihatan yang Allah berikan pada kita... umi ada terbaca di Facebook berkenaan  tujuh (7) amalan yang kadangkala kita terlupa atau pun kurang prihatin...kat sini umi salin kembali info kesihatan yang perlu kita tahu iaitu :
  1.  Menjawab telefon menggunakan TELINGA KIRI (Gangguan Saraf Otak) - Bahayakan?
  2. Mengambil Ubat dengan AIR SEJUK (Elak kesan sampingan pada perut) -  pernah terbuat tak?
  3. Tidak mengambil makan malam SELEPAS jam 7.00 malam (Mengelak Obesiti) - susahnya nak elak...
  4. Banyakkan MEMINUM AIR pada waktu siang dan Kurangkan pada waktu malam (Elak penyakit) - InsyaAllah buat...
  5. Waktu terbaik untuk TIDUR dari jam 10 malam hingga 6 pagi (Kesegaran) - mesti cukupkan...
  6. Jangan terus tidur SELEPAS makan ubat ( Kesan sampingan) - jarang buat ni
  7. Jangan menjawab panggilan telefon apabila BATERI TELEFON berada dalam keadaan LEMAH (Radiasinya 1000 kali ganda dari biasa) - baru tau, takutnya...
Bercakap tentang info kesihatan, hari ni umi nak kongsi resepi kesihatan iaitu Stew Daging Kak Hana yang umi buat masa kunjungan kak ipar umi sekeluarga...umi gandingkan dengan roti..alhamdulillah, memang kenyang dan sedap stew ni...anak suadara umi suka sangat...anak2 umi jangan cakap la, apa saja jenis sup/berkuah memang kegemaran...terima kasih kak hana atas perkongsian ini...izin umi kongsikan di sini plak ...


RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.

RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Wednesday, September 19, 2012

Puding Coklat Penambat Hati

 Assalamualaikum dan selamat tengahari
Mohon ampun kalau sampai kena sengetkan kepala...maklum la pro sangat masukkan gambar...inilah jadinya kan? hehe...dah makan tengahari? kalau sudah, mesti dah kenyang kan? Dah makan desert? kalau dah, boleh la buat masa minum petang... masa petang kan panas, boleh dinginkan tekak dengan sesuatu yang dingin sikit...macam puding Coklat Penambat Hati ni...umi culik resepi dari kak ummi kuantan...cuma bab kuah umi gunakan resepi yang umi selalu guna dan tak guna tepung kastard...kurang sedikit muak sebab pudingnya dah coklat kan....
lagi pun badan pun dah tembam sebab duk makan makanan yang sedap2 je... ikut sedap tekak..hehe...umi buat puding ni special untuk kakak ipar umi yang berkunjung semasa ujung syawal ari tu...umi jadi kan desert disamping brownies lapis cheese kukus dan stew daging... Alhamdulillah semuanya ada 'rasa' sebab takut terkurang rasa...ok la umi mohon kongsikan resepinya kat sini yang kak ummi, kalau ada yang nak kuah yang ada tepung kastard, boleh tengok blog kak ummi kuantan dan umi's style, seperti di bawah...hehe..selamat mencuba...

PUDING COKLAT PENAMBAT HATI
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1/2 cawan serbuk koko (akak guna jenama Vouchelle)
  • 190 gm gula pasir
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 900 ml air
  • 1 sudu besar rata tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telor
  • 2 sudu besar mentega
Bahan Kuah Susu:- (resepi umi)
  • 1 tin susu cair
  • 2/3 cawan gula atau umi guna air dalam koktail
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 tin buah koktail

Cara Membuat:-
  1. Dalam periuk, satukan air dan serbuk agar-agar. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
  3. Sementara agar-agar mendidih, satukan serbuk koko, tepung kastad, telor, susu cair dan esen vanila. Kacau sebati.
  4. Masukkan ke dalam agar-agar tadi dan kacau sekejap hingga kuah nampak mendidih.
  5. Tutup api dan masukkan mentega dan kacau sebati.
  6. Tapiskan dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan wap panas hilang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk.
  7. Untuk kuahnya....kacau sebati semua bahan kecuali buah koktail, masak sebentar di atas api perlahan sambil dikacau. Bila nampak pekat sikit. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar. Sejukkan dan tuang atas puding bersama buah koktail bila hendak dimakan. SELAMAT MENCUBA...!!









Tuesday, September 18, 2012

Brownies Lapis Cheese Kukus

 Assalamualaikum dan selamat petang
Apa khabar semua... ish umi ni bila cuti memang mood menulis blog agak kelaut la pulak....rasa nak buka laptop memang malas..lebih2 lagi kena berebut dengan nazirah... dia sibuk nak tengok karton di youtube... seronok tekan video karton kanak2...ahnaf pun apa lagi tumpang dua kaki la..hehe... ok la tanpa melenggahkan masa... umi nak cerita pasal Brownies Lapis Cheese Kukus yang telah menambat hati ramai orang....
Baru kali ni umi dapat buat..dulu simpan resepi je...hehe...resepi brownies kukus umi ambil dari kak fida tapi digabungkan dengan resepi mrs dayat...hasilnya memang mengancam...terima kasih akak berdua.. Semoga dilimpahkan ruah rezeki dari berkat berkongsi resepi di Myresepi.com...umi mohon izin kongsikan di sini pula.....

Brownies Lapis Cheese Kukus By Mrs Dayat

Bahan-Bahan:
  • *500g campuran brownies kukus (premix)- umi ikut resepi dari kak fida seperti di bawah...
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air

  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  5. ##cara lapis##
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar
Resepi Brownies kukus Dari Kak Fida 

Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )

  • 200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
  • 200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
  • 170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
  • 30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
  • 4 biji telur
  • 170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
  5. Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
  7. Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.Lebih mudah lagi jika menggunakan cutter(seperti dlm gmbr) utk mendapatkan potongan size bownies yg sama.
  8. Hias brownies ikut selera. Di sini saya bubuh topping dgn choc. cair(200g) dan juga badam hiris yg dipanggang.- umi tak buat

Wednesday, September 12, 2012

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua sahabat umi? Semoga di dalam lindungan Allah... seperti yang umi janjikan semalam untuk masukkan resepi (lagi sekali) oleh AlongRoz iaitu ayam sos siam yang umi gandingkan dengan nasi minyak bandung... rasanya seperti ayam masak merah tapi ada kelainan dengan hirisan daun kunyit..aromanya pun berbeza...
Umi cuba adjustkan kepedasnya sebab anak2 umi tak berapa tahan pedas...ayam masak siam ni agak kering, jadi umi gandingkan denagn kuah dalca sayur...ada la kuah sikit...gandingan yang mantap...
Jom Cuba : Ayam Sos Siam
Source: dZana, resipi asal oleh: Ummi
Along ubahsuai resepi & di taip semula (halal ya Ummi) - sila rujuk di link utk resepi asal.
 
Apa yang diperlukan?
1/2 ekor Ayam - potong2 
1 st Serbuk Kunyit
1 bj Kentang - belah (Along tambah, resepi asal tak letak) 
4 sb Cili Mesin (resipi asal guna cili padi siam) 
4 ulas Bwg Putih - tumbuk 
1 labu Bwg Besar - dihiris 
1/3 cwn Sos Cili Siam (resipi asal guna sos cili) 
1 - 2 helai Daun Kunyit - dihiris halus 
Garam

Jom Cuba!
1. Lumur ayam & kentang dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam & kentang sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan 3 sb minyak & tumis bwg putih sehingga garing.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, sos cili dan kacau sehingga pekat.
Masukkan ayam, kentang, daun kunyit dan di gaul rata. 
Masukkan garam jika perlu.

3. Hidangkan dengan nasi putih.

Tuesday, September 11, 2012

Nasi Minyak Bandung

Assalamualaikum dan selamat pagi
Mari..mari...mari makan nasi minyak bandung...ha, nasi minyak bandung & mee bandung ni hanya ada di Malaysia...jangan cari di bandung sebab kat sana tak ada.... nasi minyak bandung ni adalah hasil curahan kasih sayang AlongRoz untuk anaknya Laila yang sangat suka apa saja yang berwarna merah jambu... sweet kan? nasi minyak ni memang sedap dan yang penting ia sangat mudah disediakan...HANYA 3 LANGKAH JE... ahnaf dan nazirah pun makan bertambah-tambah...alhamdulillah dan terima kasih AlongRoz...
Umi gandingkan nasi minyak bandung ni dengan ayam sos siam (resepinya umi masukkan esok ya), dalca sayur, keropok papadom dan air sirao bandung soda...nyummy kan? umi harap AlongRoz halalkan resepinya...

Jom Cuba : Nasi Minyak Bandung
Saiz hidangan: 6 orang

Apa yang diperlukan?
5 cwn@ Beras (@ guna cwn sukatan rice cooker) - basuh & tapis
1 sb Butter + 1 sb Minyak Sapi
Rempah Tumis (Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Cengkih, Pelaga)
3 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1" Halia* (* tumbuk kasar) 
1 helai Daun Pandan - koyak2an & simpul
100ml Susu Cair
5 cwn@ Air
Garam
Setitik Pewarna Merah (jgn byk) 
Gajus goreng & Bawang Goreng untuk tabur- umi tambah

Jom Cuba!
1. Panaskan butter & minyak sapi, tumis rempah campur dan bhn tumbuk* sehingga wangi.
Masukkan beras & gaul rata.
2. Masukkan kedalam rice cooker bersama kesemua bhn2 yg lain.
Biarkan nasi masak secara otomatik.
3. Hidangkan dgn lauk kegemaran.


Monday, September 10, 2012

Makaroni Kari Keju Bakar Istimewa buat Cik Pn Izan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang setia datang ke blog yang tah apa2 ni..hehe...Umi nak mohon maaf pada sahabat umi, Cik Puan Izan sebab lambat masukkan resepi makaroni kari keju bakar yang diminta pada minggu lepas...bagi sesiapa yang inginkan diskaun penghabisan stok baju raya boleh la ke blog Cik Pn Izan iaitu http://www.lawacollections.com... umi sebenarnya buat ikut rasa dan syok sendiri je...tapi tak salah kalau umi kongsikan cara umi kalau itu memberikan manfaat..jika salah, yang amatur, sila la betulkan silap umi untuk kebaikan  semua.... 

ok la umi kesuntukan masa untuk menulis lebih panjang lebar...jadi umi kongsikan cara umi khas buat sahabat2 umi...

Jom Cuba : Makaroni Kari Keju Bakar

Apa yang diperlukan?
  • 500 gram makaroni - direbus lembut
  • 600 gram daging kisar
  • 50 gram rempah kari daging
  • 2 labu bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (bahan * ditumbuk)
  • susu segar secukupnya
  • 200 gram sayur campur
  • 4 biji telor (dipukul sedikit dengan garfu)
  • minyak untuk menumis 
  • 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 24 keping cheesedale - boleh kurangkan
Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  3. Masukkan sayur campur. Kacau masak sebentar.
  4. Masukkan garam dan perasakan, masak hingga agak kering.
  5. Macaroni yang telah direbus di letakkan dalam mangkuk besar, ketepikan. Tuangkan bahan yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk macaroni, gaul hingga rata.
  6. Untuk masukkan dalam bekas pembakar, umi lapiskan campuran makaroni dan cheesedale yg dah disiat-siatkan. Tuang susu segar sehingga 3/4 bekas pembakar dan tuang telur yg dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata2 kat atas makaroni tu).
  7. Taburkan Cheesedale yang disiat di lapisan atas.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit/hingga masak kuning keemasan. (bergantung kepada size bekas)

Friday, September 7, 2012

Emmmm...Sedapnya...

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Hari ni ofis umi buat potluck (betul ke ejaan ni?) untuk pelajar praktikal yang akan tamat belajar...tempoh praktikal hanya 2 bulan sahaja... umi hanya bawa makaroni kari bakar...
 Antara menu yang ada ada ialah nasi lemak sotong, nasi lemak rendang daging, nasi lemak ayam disamping....
 Puding Roti
 Kek Coklat Lembab
 Biskut Raya
 Kek Batik dan Strawberry Cheese Tart
 Puding Buih
 dan tidak ketinggalan, keropok keping...
 Ni pun ada, best tau...
 Nanti umi kongsikan resepi yang entah apa2 utuk makaroni kari berkeju bakar ni

 Sebahagian opis mate umi..hehe

Thursday, September 6, 2012

Nasi Goreng Kampung Nostalgia Kak Shahriah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Ketang...ketung...ketang..ketung... dengar tak bunyi kuat lesung batu tu? pepagi lagi dah menumbuk bahan2 untuk masak nasi goreng kampung nostalgia kak Shahriah...nasib baik ruamh bawah, kalau atas, ada yang ke sound pepagi buta kan?..hehe...yang paling best ialah masa menumis bahan tumbuk tu...pergh, bau dia mengancam selera la...
Bila makan pagi tadi dengan keropok dan telur mata kerbau...betul2 la nostalgia... teringat sama macam nas goreng yang nenek umi selalu buat untuk kami adik beradik masa kecik dulu...really miss that moment...ok la ye, nak berangan jap kenangan lalu, nak resepi boleh klik sini atau amik kat bawah... buat kak shahriah, terima kasih sebab mengembalikan kenangan lama, nostalgik sungguh...


Jom Cuba : Nasi Goreng Kampung Nostalgia


Apa yang diperlukan?

6 cawan nasi putih
2 biji telur *di kocok
gula dan garam
minyak

BAHAN TUMBUK RENYAH :
*tidak terlalu hancur*

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 tangkai cili padi kampung
2 cm belacan kampung
2 genggam ikan bilis

BAHAN LAIN :

gorengan telur mata lembu/kerbau
ulaman

Jom Cuba!

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMBUK* sehingga naik bau.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, kacau sebati dan baru di masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati dan nasi tidak berketul.
Setelah siap sedia di hidangkan!

Wednesday, September 5, 2012

Kuah Lodeh

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Apa khabar sahabat umi semuanya.... Ada yang baru berpuasa sunat 6 hari? Mungkin ada juga yang telah beraya kali kedua...Selamat berpuasa dan selamat berhari raya kali kedua juga....
Hari ni umi kongsikan kuah lodeh yang umi dan keluarga kecil belum puas makan masa hari raya sebab umi demam pada raya kedua dan ketiga...hehe...selera ada tapi bila dah masuk angin, muntah apa yang dimakan...jadi, tak puas la nak makan...
Umi tak ada resepi yang betul2 sukat tapi umi amik dari kak azlita yang resepinya lebih kurang kuah lodeh yang umi buat ni...umi makan dengan burung puyuh goreng, nasi impit dan telur rebus..alhamdulillah, sedap dan menyenyangkan...kalau sudi, ambil la resepinya..kepada kak ita, terima kasih daun keladi...nanti umi ambil resepi lagi....

 JOM CUBA : LODEH


Apa yang diperlukan?
3 keping tauhu ~ digoreng dan dipotong 4
2 keping tempe ~ dipotong dadu dan dugoreng
50 gm fucuk ( tauhu kering) ~ dipotong dan rendam hingga lembut
50 gm soo hoon ~ dipotong dan rendam hingga lembut
4 tangkai kacang panjang potong 2 cm
1 batang lobak merah ~ dipotong mancis kasar
1/4 kobis bulat ~ dihiris
1 biji kentang ~ didadu
1 liter santan cair
250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
1 batang serai ~ titik


Bahan Kisar
2 sudu besar udang kering ~ direndam lembut ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 biji buah keras ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
Kesemua bahan diatas dikisar sekali




Jom Cuba!
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
Tambahkan santan cair dan kiub ikan bilis biar kan kuah hingga mendidih
Masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti kentang lobak dan kacang
Biarkan ia empuk
Tambahkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan bahan-bahan yang selebihnya satu persatu dan kacau hingga kuah masak sempurna.
Sedia di hidangkan bersama nasi himpit, sambal tumis dan telur rebus.
Nak lagi sedap makan bersama ketupat, rendang dan kuah kacang
Boleh juga di makan bersama nasi.

Cara menghidangkan lodeh di meja hidangan. Kuah lodeh di masukkan ke dalam mangkuk yang dalam dan besar. Ambil sedikit minyak daripada sambal tumis dan titiskan di atas kuah lodeh. bahan-bahan lain di letakkan dalam bekas yang berasingan.

Tuesday, September 4, 2012

Rojak Tauhu Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Lambat pulak umi masukkan entry hari ni...tak ada menu yang istimewa sangat cuma nak kongsi resepi rojak yang mudah dan kegemaran suami umi semenjak menjejakkan kaki ke bandung...terus jatuh cinta cuma ini rojak Malaysia...ikut tekak orang johor...
Dulu memang susah nak minta suami umi makan tauhu dan tempe...sekarang mudah sikit...buat je kuah rojak, mesti abis licin...nazirah pun suka ratah je kuah rojak tu macam makan sos tomato...tak pe la..janji makan kan? yang penting, abis licin...puas hati buat...macam biasa umi ambil dari rumah CMG..moh la tengok bahan2 nya...

Jom Cuba : Rojak Tauhu CMG


Apa yang diperlukan?
BAHAN KUAH KACANG :-)
200 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar sederhana halus
2 camca besar penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 camca besar penuh petis @ otak udang
2 - 3 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
Kangkung secukupnya, siang, cuci bersih, toskan dan celur sekejap toskan - umi tak letak
Sengkuang, kupas, hiris halus memanjang - umi tak letak
4 keping tauhu, goreng dan didadu besar2
Hirisan cili padi, jika suka
Salad secukupnya - umi tambah
Timun  secukupnya, hiris - umi tambah

Jom Cuba!
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Satukan kacang tanah kisar dengan cili kisar, bahan kisar halus, jus asam jawa, gula, petis dan kacau rata. Tuang air masak secukupnya sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Ketepikan.
  2. UNTUK ROJAK :- Susun tauhu, sengkuang dan kangkung celur dalam kuantiti yang anda ingin kan. Letak dalam bekas sesuai, tuang kuah kacang, gaul rata dan jika suka tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan segera.

Monday, September 3, 2012

Biskut Badam Delight & Salam Ukhwah ELC

Assalamaualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua rakan serta sahabat2 umi...maaf sebab mengambil masa yang lama bila bercuti..lebih2 lagi cuti raya...hehe.. sebenarnya malas nak update..baca hari2 tapi nak ambil mood untuk menulis ada sedikit kekangan...kekangan apa tu?...biar la rahsia ya..hehe


Tentu ramai yang telah buat rumah terbuka...penuh sungguh jadual, itu belum masuk kenduri kendara yang diadakan sempena bulan syawal yang mulia...Kepada yang mendirikan ruamhtangga, Selamat Pengantin Baru diucapkan dan kepada yang menyambut ulangtahun, tak kira ulangtahun kelahiran atau perkahwinan.... Semoga sentiasa dirahmati Allah...

Yang paling seronok sekali, umi dapat menjalinkan ukhwah lebih dari alam maya ni dengan seorang blogger yang bukan sahaja pandai masak tapi seorang jurutera...umi dapat panggilan telefon dari beliau masa sebelum raya ari tu...dengan perasaan terkejut dan teruja bila dapat bercakap dalam talian...terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah...beliau adalah pemilik blog Engineers love cooking yang dah masuk dalam petitchef.com.



Ok la untuk pemanas blog, umi nak kongsikan resepi biskut raya yang umi dah cuba tapi tak masuk dalam blog ini iaitu biskut badam delight oleh kak ct delima... biskut ini kegemaran nazirah dan sekali makan sampai 5 ketul...sedap sungguh...jom kita semak resepinya dari kak ct delima..terima kasih ya kak ct dan mohon share...

Jom Cuba : Biskut Badam Delight

Apa yang diperlukan?
  • 250 gram mentega
  • 85 gram gula aising
  • 100 gram tepung jagung
  • 250 gram tepung gandum
  • 30 gram tepung beras
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 50 gram badam cincang
  • cawan kertas secukupnya

Untuk hiasan : 
  • Coklat masakan secukupnya - umi guna coklat putih
  • Coklat urai secukupnya - umi guna yang warna warni

Jom Cuba!
  1. Putar mentega dan gula aising hingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla, badam cincang serta tepung. Gaul adunan hingga rata. 
  3. Bulat2kan sebesar biji guli dan bakar pada suhu 170 darjah celcus selama 20 minit atau sehingga masak. 
  4. Sejukkan dan masukkan dalam cawan kertas. 
  5. Hiaskan dengan coklay masakan dan taburkan coklat urai diatasnya.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive