Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi yang setia menatap blog yang tak sehebat mana ni...hari ini umi dah ada di kampung umi di Johor kerana ada hal yang perlu umi selesaikan di kampung..alang2 umi pun akan bercuti sehingga raya haji pada hari Jumaat ini...kiranya sambil menyelam minum air la ni...hehe.. seronok anak2 umi dapat balik kampung... tiap2 hari tanya bila nak balik kampung...rasa menyesal pulak bagi tau awal2 tapi anak2 memang seronok, kita tumpung seronok jugak la...
Jadi, resepi hari ini adalah menu hujung minggu sudah... itu pun sebab dah tak tahan digoda oleh Mat Gebu..dok tayang sup cendawan dan telur puyuh ala ILUS kak Melur Jelita... umi pergi Tesco dan cari jugak telur puyuh tu...maka terjadi la sup telur puyuh...nikmat makan dengan ikan terubuk masin...sambal belacan...Alhamdulillah, resepi seperti di bawah ya...
Jom Cuba : Sup Telur Puyuh ILUS
Apa yang diperlukan?
15 - 20 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya, cuci dan toskan
150 gram cendawan pilihan anda
1 kiub ayam Maggi
1 batang leek, kerat pendek dan rendam - umi tak letak
1/2 cekak soohoon, kerat pendek dan rendam
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasa
4 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 inci halia muda (atau halia biasa) - hiris halus
Jom Cuba!
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk,
tumis bahan hiris hingga harum, tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan).
Kacau dan bila mendidih, masukkan telur puyuh, kiub pati ayam dan leek
(toskan). Masak sekejap.
- Masukkan soo hoon, tambah serbuk lada
hitam dan juga garam secukup rasa. Kacau dan bila mendidih, masukkan
cendawan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur
hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi,
ikan goreng dan sambal belacan.....Penggsann