Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, May 31, 2013

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum dan Selamat pagi
Ada khabar gembira iaitu jiran Umi, Shamsiah telah selamat melahirkan seorang putera semalam setelah mempunyai 3 orang puteri... Alhamdulillah... bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W... penantian seorang anak lelaki amat mengembirakan jiran umi... sempat juga lah Shamsiah makan puding karamel yang dia teringin sangat sebelum bersalin... umi belum pernah buat puding karamel tapi bila mendengar yang shamsiah terpaksa pergi beberapa tempat pun tak jumpa...
Comel kan baby boy ni
umi pun google la resepi yang tak ada telur memandangkan hari sudah malam dan kebetulan semua telur ayam telah habis umi gunakan untuk buat kek...tapi janji Allah, rezeki tetap rezeki kan? dapatlah shamsiah makan sebelum bersalin... lega rasa bila katanya puas makan... takut juga tak menjadi.. respi umi ambil dari Teratak Mutiara Kasih... Terima kasih atas perkongsian ini...

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Lina pg
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 suk esen vanilla
Cara-cara
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Thursday, May 30, 2013

Rainbow Cake aka Kek Pelangi

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...kembali mencuri masa untuk mengupdate blog.. apa khabar semua sahabat umi? Semoga semuanya dalam lindungan Allah sentiasa... minggu yang agak sibuk buat umi dengan tugasan yang diamanahkan... untuk rezeki yang lebih berkat... hari ini umi nak kongsikan kek fondant pertama umi.. pengalaman yang sangat menarik... ini adalah tempahan jiran umi yang inginkan kek pelangi atau yang lebih glamour, Rainbow Cake... yang di minta bersaiz 7 inci dan 4 segi bentuk untuk insan tersayang...
Harap Birthday Boy dan yang menempah tu puas hati ya...kek yang diminta adalah kek yang simple dengan tema biru laut dan putih.... dan jiran umi cakap nak tempah lagi untuk bulan hadapan... ish, awal betul buat tempahan... takut umi terlupa katanya... In sha Allah, umi akan buat jika dengan izin-Nya... kali ini umi guna resepi yang dikongsikan oleh tauke Kek Pelangi iaitu Facebook Eyna Haneyna...
Terima kasih atas pengkongsian ini dan jadi manfaat buat semua... Halalkan umi kongsikan di sini pula....

RAINBOW CAKE..
-3 1/2 cwn tepung gandum (JM ubah..asal 3cwn)
-4 sdt baking powder
-1 cwn (180g) butter
-2 cwn gula kastor
-5 biji putih telur gred A suhu bilik
-2 sdt esen vanila
-1 ½ cwn ssu segar suhu bilik
- pewarna & perisa ikut suka

CARA2NYA
1. ayak tepung & baking powder
2. griss loyang..sy wat saiz 7"...alas baking paper
3. pukul butter & gula hingga kembang...masukkan telur satu2...pukul lagi hingga adunan pekat
4. masukkan tepung selang seli ngan ssu segar...gaul ngan spatula...adunan biar rata sebati
5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian...sy cuma sendukkan ngan spatula utk satu warna
6. pastu letak pewarna atau perisa ikut suka korang
7. masukkan satu2 adunan dlm loyang & bakar...dah masak...keluarkan...bakar lagi warna lain laksuhu 170 atau ikut oven memasing...15-20min8. dah siap...keluarkan dari loyang..biar sejuk kat redai sblm deco ngan cream


Cuba practice guna buttercream pulak...
CREAM CHEESe (cara JM)
- 250g cream ciz (potong kiub)
- 100g butter
- 100g gula icing (blh ejas ikut selera manis)
- 150ml fresh cream(boleh lebihkan tuk buat deko)

cara cara
- mix mix sebati cream ciz, butter & gula icing hingga lembut & kembang
- masukkan fresh cream...teruskan mix hingga gebu

Friday, May 24, 2013

Mushroom Soup..Yummy!

 Assalamualaikum dan selamat pagi
 Apa khabar semua sahabat umi? Harap semua dirahmati Allah selalu...
Marilah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita sebanyak mungkin....

Sampai ternganga mulut nazirah makan kan? sedap sangat la pada dia... kalau mushroom sup memang makan bertambah...tak kira la makan dengan roti ke, pasta ke atau makan macam tu je... tak toleh la orang lain kecuali suapkan adik dia, ahnaf...memang rajin sangat...katanya macam suap 'baby'..
Resepi ini umi ambil dari izah... dah banyak kali buat tapi kali ni je sempat nazirah jadi model tetap...hehe.. seronok tengok gambar dia ada dalam blog ni... ye la kan, kalau umi dah tak ada nanti kakak masakkan la untuk ahnaf dan abi ikut resepi dalam ini ya...kenang umi dalam doa kakak... ok la untuk resepi kat bawah ni ya...
MUSHROOM SOUP
resepi: Minami@myR
sumber: Izah 


Bahan-Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa *izah xletak
1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
Sedikit lada hitam


Cara Penyediaannya
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti. - nazirah makan dengan pasta...

Thursday, May 23, 2013

Cucur Udang Adabi & Kopi O

Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernah tak baca novel cucur bawang & Kopi O? Hasil tulisan penulis novel Lelaki... yap LELAKI tau..ha, jangan tak percaya..penulisnya ialah Encik Hasrudi Jawawi... Novel keluaran Karangkraf ini memang menarik jalan ceritanya...sinopsis ceritanya macam ni,
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?



Umi pinjam novel ni dari ibu umi..hehe.. asyik teringat-ingat cucur yang disebut2 tu... bila baca macam sedap sangat je cucur bawang.. lebih enak bila minum dengan kopi o.. umi memang minat minum kopi o macam arwah ayah umi... di Johor ada kopi yang dipanggil Kopi 434.. memang mengasyikkan...bila makan cucur, mula la teringat novel ni...tapi hari ni umi cuma kongsikan cucur udang segera adabi je.. nak resepi cucur bawang, Klik Sini.. selamat mencuba...


Resepi : Cucur Udang Adabi
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya:
1 paket tepung cucur udang Adabi
100 g udang - dikupas dan dipotong kecil
1/4 cawan daun sup 
1/4 cawan daun kunyit
1 labu bawang besar - dadu
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji telur
air suam mengikut sukatan paket
Caranya :
  1. Campur kesemua bahan ke dalam mangkuk. 
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil mengacau bahan. 
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  4. Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng sehingga kekuningan atau masak. 
  5. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, May 21, 2013

Doa Hari Lahirku... Alhamdulillah & Kek Buah Kukus Chahaya Shiela

Assalamualaikum dan Selamat pagi
 .... بسم الله الرحمن الرحيم....
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Ni la kek hari lahir umi...hehe.. simple je dan yang penting sodap bebeno...resepi yang dikongsikan oleh kak Chahaya Shiela dan sedang menular dari satu blog ke satu blog... setiap hari umi nampak ada saja blog yang kongsikan kek ni... kek yang memang sedap bagi umi dan keluarga... jika allahyarham ayah umi masih ada, ini salah satu kek kegemaran ayah...
Umi kukus kek ni 3 jam sahaja...tak sabar nak tunggu 4 jam... dan bila dah betul2 sejuk... walla, benar bagai dikata..kek ni sedap sangat dan lembap... lebih sedap bila dah simpan lama sedikit... cuma warna kek umi ni tak gelap sangat..hehe... tak kisah la, yang penting sedap dan lepas kempunan nak makan kek buah kukus ini.. bagi sesiapa yang di Shah Alam, boleh la tempah terus dari kak shiela dan merasai air tangan kak shiela... yang di Kuala Lumpur pun boleh buat tempahan, cuma ada sedikit cas yang dikenakan... selain kek buah kukus, kek red velvet cheese brownies dan makaroni bakar... jangan segan untuk singgah di blog kak Chahaya Shiela...
Resepi : Kek Buah Kukus

Bahannya:
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Caranya:
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. 

** Saya kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Saya isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

Monday, May 20, 2013

American Chocolate Cake & Hadiah Hari Guru dari Nazirah

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Mesti ada yang merungut sebab umi pagi2 dah cerita pasal kek coklat... kek coklat ini datang dari jauh pulak tu...hehe..nama je jauh tapi bahan2nya masih boleh dapat kat Malaysia ini...umi buat setengah aduanan dari asal... umi buat untuk anak kawan umi yang sebaya dengan ahnaf.. namanya Nur Adni Syafiqah.. harap2 adni suka kek ni... dekonya simple sebab umi tak pandai nak deco cantik2... tengah belajar lagi ni...
Ni pulak hadiah dari nazirah untuk cikgu-cikgunya iaitu Cikgu Tina, Cikgu Wani, Cikgu Jun dan juga Cikgu Maria... seronok sangat bila hajat nak bagi hadiah kepada cikgu tercapai...senyum sampai ke telinga...rasa bangga pun ada la tu... hai nama pun anak2 kan... asal dia bahagia, umi apatah lagi...
 
Resepi : American Chocolate Cake
Oleh : http://zachoes.blogspot.com/2011/10/resepi-american-chocolate-cake.html

Loyang 8" bulat ketinggian minima 2" 
(bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter- keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - boleh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
 Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat (ada la dalam 5 minit kot, maksimum speed).
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata (stage ini adunan akan kelihatan sedikit curdled macam yoghurt).
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang dan telah digris dengan butter serta dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan ia juga digris sedikit dengan butter untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache atau suka hati.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

Thursday, May 16, 2013

Spaghetti Carbonara Senang!

Assalamualaikum dan Selamat Petang
Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan adanya barisan Kabinet yang baru ini, kerajaan dan rakyat akan lebih terbela. Lakukan dengan hati yang tulus ikhlas, tentu mendapat berkat dari Allah. amin.
spaghetti yang dicucuk dengan sosej
Ok la berbalik kepada resepi spaghetti cabonara senang ni... atas permintaan puteri tersayang, nazirah... kalau suami umi kurang gemar spaghetti ni... katanya tekak melayu, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.. cewah... memandangkan suami umi out-station, boleh la umi masak yang senang2 sahaja.. lagi pun anak2 tengah nak membesar...layan je la... bukan susah pun...resepi ini umi ambil dari blog Salam Dunia... terima kasih Mohammad Majduddin atas pengkongsian ini...izinkan umi kongsikan di sini...

Resepi :  Spaghetti Carbonara Senang!
Oleh :
Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.
*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D
 

Wednesday, May 15, 2013

Mexican Bun / Roti Boy

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar? umi harap semua sahabat umi sihat sejahtera selalu dan semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat berkat dari Allah..in sya Allah...lewat betul minggu ini umi update blog... konon sibuk la kan... pengasuh umi cuti hari isnin... jadi, bila dah duduk umah ni..ada la projek yang hendak buat... umi buat untuk sarapan... cuma umi tak buat topping sebab umi tak ada instant coffee.. umi pun skip la... ampun ya lilydvalley... tapi walaupun tak ada topping, rasanya memang marbles sangat...
suami umi pun suruh buat lagi... tak puas makan... anak2 umi pun sekali hadap sampai 2 ketul...yang kakak siap cakap " nak bawa bekal tau umi... akak nak makan dengan najwa (kawan dia) "... apa pun, lain kali umi nak buat toppingnya...lagi sedap kan? Terima kasih Lilydvalley atas pengkongsian ini..

Resepi : Mexican Bun
Oleh : Lilydvalley

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Mexican_bun2
    -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Friday, May 10, 2013

Nasi Goreng Moyang

Assalamualaikum dan selamat pagi
Atas permintaan masa cuti hari isnin yang lepas... umi tanya nazirah nak makan sarapan apa? dia jawab nak makan nasi goreng moyang... hehe... moyang tu nenek umi la... ahnaf makan je apa yang kakak nazirah nak makan... jadi dengan penuh semangat, umi jalankan misi mustahil...eh, mustahil... ops salah... misi senang je... nasi goreng yang menjadi kegemaran umi masa kecil kini anak2 umi pulak..seronok dapat makan nasi goreng moyang, nazirah makan bertambah dan siap cakap "pandai umi masak nasi goreng moyang ni, tak pedas...sedap kakak makan".... puji ada makna tu...hehe
Biasanya kalau umi masak nasi goreng ni... umi akan goreng keropok sebagai penambah selera dan kebetulan ada burung puyuh, umi goreng sekali.... makan panas2 memang sedap... dan sebenarnya, perut dah lapar...

Resepi : Nasi Goreng Moyang
Oleh : Umi's Cup Cake

Bahannya ( 4 org )

4 biji lada merah
4 cawan nasi putih ( sejuk )
4 ulas bwg merah
1 gengam udang kering (direndam air panas )
1 genggam ikan bilis (di goreng garing)
3 biji telur
2 batang kacang panjang
1 inci belacan
garam secukup rasa
5 sb minyak

Caranya

  1. Dalam lesung batu masukkan lada merah, belacan dan 1/2 st garam. Tumbuk separuh lumat. Masukkan pula bawang merah dan udang kering, tumbuk hingga lumat. 
  2. Goreng ikan bilis separuh garing. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng selama 10 minit dengan api perlahan.Kacau rata. 
  4. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong pendek2.
  5. Masuk pula nasi putih dan kacau rata. Biarkan selama 10minit dan dikacau sekali sekala.
  6. Di tengah2 kuali, kuak nasi ke tepi untuk buat ruang kosong. Masukkan telur dan besarkan api,biar sekejap. Bila telur dah masak separuh,kacau hingga telur hancur. Kemudian baru digaul sekali dgn nasi.
  7. Kecilkan api.Rasalah nasi,jika tawar blh tambahkan sikit garam. Biar nasi masak selama 10minit lagi.
  8. Taburkan ikan bilis bila hendak makan untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis.




Thursday, May 9, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Marble

Assalamualaikum dan selamat pagi
Ha... jangan terkejut... inilah namanya menderhaka dan tidak sabar... tu la semua benda nak buat dalam masa yang singkat...inilah hasilnya... walaupun macam tu, rasa kek ni amat sedap seperti selalu... asalnya umi nak buat kek lapis kukus cream cheese yang biasa tu..akibat nak cepat sebab tetamu dah nak sampai (adik umi je)... jadi umi pun lebur je la aduanan cream cheese tu masa bahagain coklat yang bawah tu belum masak dan marble kan je la...
Ampun tuan punya resepi ya... tapi rasa masih maintain dan sedap seperti selalu... anak jiran umi pun tak puas makan... tapi malu nak makan banyak... umi buat sekali lagi dan hantar sebuku kek untuk di makan di rumah.. kesian budak2 kan.. lagi pun ibunya sedang sarat... boleh bagi baby makan sekali..hehe.. ok la resepi umi ambil dari Mas Duniaku... cuma mas buat topping, umi tak buat... kalau kurang rajin nak buat tapi nak makan, boleh terus order dari Mas di Emel : mashitah80@gmail.com & untuk tempahan, boleh email Mas atau cont no 013 4242505...
Terima kasih mas... jasamu dikenang..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Sumber : IzahdautKak Anymzz
Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
Mas satukan semuanya dan blend hingga sebati.

Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Nota :
Untuk kek coklat, Mas menggunakan resepi Kek Coklat Kukus Munira.

Nota kak Yatie: 
Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 


Wednesday, May 8, 2013

Paprik Ayam & Telur Dadar Cendawan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Menu yang amat biasa bagi semua orang dan ada yang tak pandang sebelah mata pun kan... ada juga yang boleh masak lauk ni sambil pejam mata... boleh ke? apa pun hari ini nak juga kongsi resepi yang dah lama umi ambil dari kak Noor Secubit Garam sebab suami umi dan sekarang nazirah pun suka sangat makan... umi tak berapa sangat lauk ayam paprik ni tapi demi keluarga kecil yang tercinta ini, umi buat juga... seronok sangat bila suami bertambah2 makan dengan nasi panas... lebih seronok bila nazirah makan sampai 3 kali tambah... hati mana tak seronok kan? 
Selain ayam paprik... umi gorengkan juga telur dadar bercendawan... makin la tambah selera... walaupun ringkas, nilai kekeluargaan bila makan bersama tu... nikmatnya...resepi telur dadar ni pun dari kak Noor juga...mesti ada yang kata, aik telur dadar pun nak guna resepi?.. terpulang pada anda tapi bagi umi, umi akan hargai apa pun air tangan seseorang itu..hatta telur goreng sekali pun...
Lagi pun, orang berbudi, umi kena la berbahasa... Kak Noor dah berbudi... umi dan keluarga dah puas merasa... jadi apa salahnya umi ucapkan terima kasih sangat2 buat Kak Noor atas perkongsian ini... izinkan umi panjangkan pula, agar manfaat kepada semua...untuk saham akhirat...
PAPRIK AYAM

Bahan-bahan 
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah
bahan2 perasa

Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin)
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
TELUR DADAR BERCENDAWAN
Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar 
1 bj cili merah 
4 - 6 keping cendawan tiram 
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive