Assalamualaikum dan selamat pagi
Esok, umi sekeluarga akan mula bercuti untuk berhari raya di kampung...sekolah juga telah diumumkan cuti oleh PM kita yang baik hati...Alhamdulillah, kita masih lagi boleh meningkat kan lagi amal ibadah kita sebelum ramadhan meninggalkan kita...kita juga harus berdoa agar di pertemukan kembali dengan ramadhan akan datang..amin....
Terlalu pantas dan kenikmatan ramadhan masih belum puas dinikmati...Semoga kita semua mendapat barakah bulan yang seumpama seribu bulan ini...Dikesempatan ini juga umi sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdpat kesalahan yang disengajakan atau tidak kepada semua keluarga, sahabat dan kenalan umi di blog yang tidak seberapa ini..Harap dapat bertemu kembali kerana umi dan keluarga akan bercuti panjang sehingga selepas raya...semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dengan niat keran Allah..amin.. bagi yang akan kembali ke kampung yang jauh, berhati2 dan sentiasa berzikir agar sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.
Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1433 Hijrah
Minal Aidin Wal Faidzin
Saatnya meraih rahmat dan ampunan-Nya
Untuk lisan dan sikap yang tak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1433 Hijrah
Minal Aidin Wal Faidzin