Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Tuesday, May 27, 2014

Nilai 8 Makanan Sunnah Dalam NMG8

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa itu NGM8?
NGM8 ialah singkatan untuk Nutrigoat Miracle 8. Nutrigoat Miracle 8 ialah inovasi terbaru susu kambing dengan 8 makanan sunnah lain seperti saffron, habatussauda, buah tin, buah zaitun, buah delima, kismis, madu dan kurma.

Sunnah?
Sunnah ialah perbuatan, perkataan atau perlakuan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Setiap perlakuan dan perbuatan beliau mempunyai maksud tertentu. Dari segi makanan, kebanyakkan makanan dalam NGM8 adalah antara makanan yang disyorkan Rasullah dan juga terbukti khasiatnya.


Taw kan susu kambing NGM8 ada 8 mknn sunnah tambahan? Dalam susu kambing NGM8 ni, ada extract madu, saffron, habatussauda, kurma, kismis, buah zaitun, buah tin dan buah delima.

Harga sekotak RM40 dengan 15 sachet jadi secawan hanya RM2.67.

Mari kita kira kalau kita makan satu satu mkanan ni.

Harga madu 500ml rm17
Habatussauda 30 biji rm22
Kurma 1 kg RM145
Kismis 1 kotak rm1
Delima RM10
Buah zaiton 200g 31
Buah tin 200g 31
Saffron 0.5g rm20
Susu kambing rm6 secawan

Jumlah untuk sehari kita perlu belanja untuk makan semua makanan ini ialahhh..

RM6 + RM0.50(madu) + RM0.73 (habatusauda) + RM1(kismis) + RM10(delima) + RM20(saffton) + RM1(kurma) + RM0.31(buah tin) + RM0.31(buah zaiton)

Total: RM38.85

Murah ke mahal?

Tambah plak nak kena makan 8 makanan dan minuman yang berbeza.

Tak ke senang minum NGM8 je? Tuang dalam cawan, tambah air suam, minum!
Secawan hanya RM2.67 berbanding hampir RM40 sehari untuk dapat khasiat secawan NGM8.
Haa. Pe lagi, mai secawan!

Friday, May 23, 2014

Lontong biasa2 aje....Resepi kuah lodeh dan Sambal Ikan Bilis..

Assalamualaikum dan selamat pagi

Untuk hari ini menu sarapan merangkap makan tengahari... tetiba terasa nak makan lontong ikut selera sendiri..ye lain orang lain caranya..banyak jenis lontong ada..lontong biasa, lontong kering dan lontong goreng..tapi umi setiap tahun bila hari raya..lontong inilah yang umi tak jemu2 makan...
Ada pelbagai cara masak lontong sekarang ini.. terpulang ikut selera masak anda... ye la, yang nak makan pasti andakan.. ada yang makan dengan sambal tumis ikan bilis, ada makan dengan kelapa goreng dan kalau di Johor makan dengan sambal kacang,,yummy... cuma kali ini umi agak malas menyediakan sambal kacang..apa la kan...untuk makan sendiri pun malas..huhu...untuk sesiapa yang nak resepinya..umi ambil dari blog mat gebu..yang lebih kurang cara sedianya sebab umi main campak2 dan tak sukat...ikut apa bahan yang ada di dapur...selamat mencuba dan berhujung minggu...

KUAH LODEH......
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

SAMBAL IKAN BILIS.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Wednesday, May 21, 2014

Alhamdulillah...Syukur Atas Usia ini Ya Allah

(Dari sahabat lama, Shuhadah)
 
Alhamdulillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puja dan puji bagi Allah, Dzat yang menciptakan segala-galanya.
 (Lagu yang dinyanyikan oleh Ahnaf)

Segala rasa tak dapat diluahkan..bila anak2 menyanyikan lagu diatas..pagi tadi..Sangat bersyukur pada-Mu Allah atas kurniaan dan limpahnya.. Hari ini bertambah lagi usia umi..dan semakin dekat dengan alam yang lebih kekal abadi.. terima kasih yang tak terhingga atas ingatan semua ahli keluarga, sahabat, jiran2 dia atas peningkatan usia ini..Hanya Allah membalasnya... di doakan agar usia ini dapat memberikan manfaat pada semua... Semoga kita semua diberikan rahmat dan sentiasa di berkati Allah...amin...Tidak dilupakan..umi berkongsi tarikh lahir ini dengan adik umi sendiri iaitu Khairul Anuar dan anak jiran umi..Zara.. Happy birthday for both of you..
Tanda penghargaan dari insan2 tersayang..bukan nak menunjuk tapi ingin menghargai.. ucapan sahaja amat bermakna buat umi...(BM dari suamiku)
Dari Nazirah
Dari Kak Rohani Talib
Dari Siti Zati Hanani

dari Shamsiah Shariff
Dari Kak Suryati

Tuesday, May 20, 2014

Nutri Goat Miracle 8 or NGM8

Assalamualaikum dan selamat pagi
(Sticky Post)


Apa itu Nutri Goat Miracle 8 ni? Nutri Goat Miracle 8 ialah susu kambing terbaik yang diperkaya dengan 8 makanan sunnah ajaib! apa yang ada dalam Nutri Goat Miracle 8 ni?

Kurma
Pantas diproses dan diserap oleh badan. Memberikan tenaga segera kepada badan. Baik untuk wanita mengandung dan bersalin. Mengandungi potassium dan zat besi. Juga boleh digunakan sebagai penguat memori.

Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.

Kismis
Mengandungi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1, B3, dan B6. Sangat bagus untuk pelajar. Melindungi hati, memulihkan keletihan saraf.

Habbatussauda
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mencegah kanser.

Buah Tin
Mengandungi Kalium, Kalsium, Omega 3 dan Omega 6, meningkatkan memori otak, mencegah anemia, mengurangkan risiko kanser payudara.

Buah Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung. Mengandungi Vitamin E. Merendahkan kolesterol jahat (kolesterol LDL).

Buah Delima
Anti-oksidan, melindungi jantung, menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik),memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yang cerdas.

Saffron/Za'faran
Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda (sesuai untuk pelajar), melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kanak-kanak.

Cara nak minum sangat mudah! koyak sepaket 30g Nutri Goat Miracle 8 dan tuangkan sahaja dalam air suam. Sedap sangat-sangat! Harga yang dtawarkan juga mampu milik, iaitu RM40 sahaja! 

Untuk order dan info stokis, anda boleh PM D'Mieliá Beauty & Health atau sms/whatsapp ke Khairiah : 013-6796693 atau Khairolden : 013-3414908.
  Senarai Blogger terkenal yang minum NGM8 ini...
1. http://www.benashaari.com/2014/04/secawan-susu-kambing-nutri-goat-miracle.html
2. http://katanajeeb.blogspot.com/2014/04/kerjasama-susu-sedap.html
3. http://zuarifahkamaruddin.blogspot.com/2014/03/nutri-goat-miracle-8.html
4. http://dismybelog.blogspot.com/2014/04/wordless-wednesday-i-minum-susu-kambing.html
5.  http://galericintasari.blogspot.com/2014/03/nutri-goat-miracle-8-bagus-untuk-ibu.html




Monday, May 19, 2014

Donut Ball Kak Zalin

Assalamualaikum dan selamat pagi


Apa khabar semua sahabat umi... Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti sekolah minggu depan.. seronok la anak2 kita ya..sebenarnya umi pun seronok sesangat..cuma memikirkan menu untuk ditinggalkan untuk anak2..minum pagi. makan tengahri dan  minum petang..wow, macam kuat sangat makan ya anak2 umi...

Seperti biasa, resepi donut kegemran keluarga umi adalah resepi donut kak zalin..selain mudah..hasilnya lumayan ya ibu2...oklah..meh tengok kembali resepinya;-

 Resepi : Donut Ball
Oleh : Kak Zalin

Bahannya:-
500gm tepung gandum (tepung murah pun takpe..suka pakai tepung cap cempaka..)
50gm gula pasir
50gm margerin (suka pakai margerin pelangi..murah je..)
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering (suka pakai mauripan..)
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur lebih 1tahun pun boleh guna...susu Anlene takleh ye..)
250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

Caranya:-

1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru... Mari Hadiahkan Nutri Goat Miracle 8, Hadiah Kasih Sayang Anda

Assalamualaikum dan Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun adalh tarikh yang teleh sinonim dengan Hari Penghargaan bagi guru, cikgu, sifu, pensyarah atau apa saja gelaran yang diberikan kepada insan yang mengajar kita... hatta sepotong ayat...

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Bukan mudah menjadi guru..amanah dan tanggungjawab yang dipikul amat berat..seluruh kepercayaan..di letakkan oleh ibu bapa atau penjaga agar suatu hari nanti menjadi insan yang amat berguna...masih ingat pesanan guru saya dahulu.. walaupun hanya satu ayat yang diajar, 'dia' tetap guru..hargai dan hormati lah dia...
Selamat Hari Guru buat semua guru, cikgu, teacher, pensyarah, sifu dan apa jua gelaran... jasa dan ilmu yang diajar tak dapat dibalas..hanya Allah yang mampu membalas nya...

Ingin hadiah kan sesuatu untuk insan bergelar guru? Mengapa tidak cuba hadiahkan sekotak Nutri Goat Miracle 8 yang diperkaya dengan makanan sunnah agar dapat pahala sunnah... Hadiah penuh kasih sayang...Untuk insan tersayang semestinya yang terbaik...


Tuesday, May 6, 2014

Roti Sarang Lebah..akhirnya...

Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni ada cerita sedih mengenai Allahyarham Dato Aziz Satar telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi..Semoga Roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..amin.. Al-fatihah..

Hari ni umi nak panjangkan resepi roti sarang lebah yang telah hangat di pasaran...hasil intai di blog izah..umi tak sempat nak celoteh panjang...moh la tengok resepinya...ops lupa, rasanya..wallah..

ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut
DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Friday, May 2, 2014

NGM8 susu untuk semua...

Assalamualaikum dan selamat petang


Apa itu NGM8?
NGM8 ialah singkatan untuk Nutrigoat Miracle 8. Nutrigoat Miracle 8 ialah inovasi terbaru susu kambing dengan 8 makanan sunnah lain seperti saffron, habatussauda, buah tin, buah zaitun, buah delima, kismis, madu dan kurma.

Sunnah?
Sunnah ialah perbuatan, perkataan atau perlakuan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Setiap perlakuan dan perbuatan beliau mempunyai maksud tertentu. Dari segi makanan, kebanyakkan makanan dalam NGM8 adalah antara makanan yang disyorkan Rasullah dan juga terbukti khasiatnya.



Susu kambing hamis??
Berbau??
Tak sedap??
No worries!

Dengan NGM8, susu nye sedap, manis & berkhasiat!

Antara khasiatnya?
  • Energy booster
  • boleh mengantikan kopi dengan lebih sihat
  • badan rasa bertenaga dan panasss
  • minda jadi cerdas dan cergas, focus bertambah
  • menstabilkan hormon (utk wanita)
  • merangsangkan peredaran darah
  • sumber kalsium
  • low lactose, sesuai utk lactose intolerent
  • sesuai utk pesakit gastrik kerana mengenyangkan
  • sesuai utk berdiet sebagai sarapan, dengan kalori serendah 116
  • mengelakkan jaundice utk ibu baru melahirkan
  • menambah susu
  •  utk ibu menyusukan
dan banyakkk lagi kelebihannya!

Mai secawan!

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive