Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Pernah makan budu? macam mana rasanya? kalau orang pantai timur, jangan la ditanya sebab sampai melelh air liur bila dengar je sebut budu..tu belum lagi kalau depan mata... alamatnya mak mertua lalu DEPAN pun tak perasan...bukan belakang ya sebab kita bukan ada mata di belakang...hehehe
Bagi yang tak tahu,...sumber dari wikipedia:-
Budu atau
sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan
ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di
Malaysia dan dipasarkan di
Kelantan,
Terengganu dan Selatan
Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu
Mukim Budu.
Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia
biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual
di kedai dalam pembungkusan
botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti
lada,
mempelam dan air perahan
limau nipis.
Khasiat Budu
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur
Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat
Jepun,
Amerika Syarikat,
Australia,
New Zealand dan
Jerman[1],
[2],
[3]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki
glutathione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan
daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit
merbahaya dan menghalang kanser.
[4]
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai
mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit
degeneratif seperti
aterosklerosis,
koroner jantung,
penyakit kencing manis,
kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal
[5]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab
cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol
darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi[petikan diperlukan].
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis
protein yang lain.
[6]
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu
menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita
penyakit
diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya
[7],
kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di
antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan
bakteria raffinosa dan
stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan
masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,
vitamin larut air (
vitamin B kompleks) dan
vitamin larut lemak (
vitamin A,
D,
E dan
K).
[9]
Budu merupakan sumber
vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti
vitamin B1 (thiamin),
vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat,
asid niasin,
vitamin B6 dan
vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama
vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana
vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain
[petikan diperlukan].
vitamin B12
ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin
ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit
perut dan berat badan menurun.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat
pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana
oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat
serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi,
tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama
cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh
badan.
Sebenarnya umi masakkan untuk suami umi yang teringin nak makan... makan dengan nasi panas2...bertambah2 la jawabnya... umi buat sedikit ikan singgang dan suami umi lebih suka makan bersama ikan goreng berbanding ikan bakar.. sedikit ulaman...Alhamdulillah...tercapai hajat suami nak makan... bagi yang mungkin tak tahu bagaimana nak mencampurkan budu tu, umi titipkan sedikit caranya...
umi juga kongsikan ikan singgang cara umi menggunakan ikan tenggiri...selamat mencuba ya...
Resepi ; Campuran Budu
Bahannya
- Budu (cap apa2 pun takpe)
- 2 sudu besar tempoyak- umi tak ada stok
- 5 biji cili padi (dipotong halus)
- Buah mangga muda (dipotong/diracik halus2)-umi tak ada
- Bawang merah secukupnya dihiris - umi tambah
- limau - diperah
- Sedikit air masak
- Sedikit Pak Aji (kalo tak letak pun takpe)- umi tak letak
Caranya
-
Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam mangkuk yg sesuai saiznye.Perahkan limau.
-
Bolehlah dimakan sebagai penambah selera.
Resepi : Ikan Singgang Umi Style
Bahannya
- 2 potong ikan tenggiri sedang
- 1inci lengkuas
- 1inci kunyit (dihiris)
- 3keping asam gelugur
- 3ulas bawang merah ( mayang menebal)
- 2ulas bawang putih (mayang menebal)
- 2 sudu teh serbuk kunyit
Caranya
-
Bersihkan ikan hingga bersih & ditos kan
-
Sediakan periuk .. masukkan air secukupnya ,masukkan semua bahan termasuk ikan..
-
Masukkan garam & bahan perisa .. masak dalam api sederhana..masukkan serbuk kunyit
- Biar sehingga gelegak dan ikan masak. Tutup api
-
Sedia dihidang..