Thursday, October 27, 2011
Jom Jalan ke Sungai Petani Kedah 1
Thursday, October 20, 2011
Dapur Tanpa Sempadan CMG atau Tiffinbiru
Jom Cuba : Pengat Labu
Apa yang diperlukan?
- 1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
- 1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan - umi tak letak, tak ada stok
- 3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 ketul gula melaka, potong kecil*
- 1/4 cawan gula pasir*
- 1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
- 350 ml santan pekat
- Air secukupnya
- Secubit garam
- Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
- Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...
Wednesday, October 19, 2011
Nasi Ayam Ipoh..sedap sungguh....sungguh ni..
anak2 umi memang suka nasi ayam dan tak puas makan..umi akan kerap buat sebab mudah sediakan nasi ayam ipoh ni...mungkin yang bagi kelainan dalam resepi ini menggunakan batang daun bawang beserta akarnya yang dicuci bersih...kali pertama dalam hidup umi masak nasi ayam guna batang daun bawang seperti dalam resepi nasi ayam ipoh ni..
InsyaAllah suatu hari nanti, kalau umi pergi ipoh, umi nak cuba nasi ayam kat sana la....cuma kurangnya sup umi tak ada sengkuang, umi cuma masukkan lobak merah je...kalau ada sengkuang, mesti lagi laju la umi tambah nasi...nampaknya kena cari baju saiz yang lebih besar la lepas ni...umi share kan hari ni dari blog kak ita....jom tengok resepi dan jangan lupa buat eh....
Jom Cuba : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie
Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi
Sup Ayam
- air secukupnya
- 4 bawang putih diketuk
- 3 inci halia di hiris
- 3 helai batang bawang
- 1 biji sengkuang dipotong dadu- umi ganti dengan lobak merah sebab tak ada
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
- Tutup periuk dan masak hingga didih.
- Selepas air mendidih, masukkan ayam.
- Biar ia masak selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
- Ketepikan ayam.
- Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
- Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
- Masak hingga didih.
- Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
- Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.
Ayam Bakar atau Goreng
- 1 ekor ayam
- 3 biji bawang putih - dikisar
- 1 inci halia - dikisar
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar madu
- Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
- Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
- Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
- Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
- Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula
Nasi Ayam
- 4 mug beras
- 4 1/2 mug air rebusan ayam
- 2 inci halia - dikisar
- 3 biji bawang putih - dikisar
- 3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu mentega
- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
- Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
- Tutup periuk nasik
- Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili merah
Cili Merah
- 10 - 15 biji cili burung atau cili api
- 6 biji cili merah
- sedikit halia - ambil dari rebusan sup
- 5- 6 biji bawang putih
- 1 biji limau kasturi atau nipis
- sedikit air dari air rebusan ayam
- garam dan gula secukupnya
- Cara penyediaan cili yang sangat mudah
- Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
- Kisar halus.
- Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Kita buat pula cili kicap
Cili Kicap
- 5 biji cili burung
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 4/5 biji bawang putih
- kicap secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan
Jom Cuba!
Cara penyediaan kicap
- Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
- Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
- Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Tuesday, October 18, 2011
Nasi Halba Terengganu
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.[2]Jom Cuba : Nasi Halba Terengganu
Apa yang diperlukan?
- 2 tin beras (tin susu saiz sederhana)
- 2 tin air
- 1 sudu teh halba (direndam)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris panjang)
- 1 tin susu cair
- 2 helai daun pandan
- 1 batang serai (diketuk)
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 10 biji badam
Jom Cuba!
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau, angkat dan ketepikan.
- Masukkan beras, air, bahan hirisan, halba, susu cair, daun pandan, serai, bahan tumis dan garam ke dalam periuk nasi.
- Masak sehingga nasi masak, kacau rata.
- Sedia dihidangkan.
Friday, October 14, 2011
Lala la la la.....Lala Masam Manis
Jom Cuba : Lala Masam Manis
Apa yang diperlukan?
Bahan (kisar)
- 3 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
Bahan (lain)
- 1 kg lala - berus dan cuci bersih
- 3 sudu sos tomato
- 5 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tiram
- 1/2 cwn air
- 1 kiub - ikan bilis
- garam dan gula secukup rasa.
- 1 biji cili merah - hiris
- 2 batang serai - dihiris
- 6 batang kacang buncis - dipotong memanjang
- 4 batang baby carrot - dihiris bulat
- Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum.
- Masukkan air, serai,sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak masukkan kacang buncis dan baby carrot.
- Biar sayur masak seketika.
- Kemudian masukkan lala dan biar hingga ia masak.
- Sedia untuk dihidang.
Wednesday, October 12, 2011
Masak Lemak Ikan Sayur Kacang
sambal belacan mak mertua umi memang sedap dan kalau buat berniaga memang laku macam goreng pisang panas...makin bertambah kalau makan dengan nasi panas, ikan goreng dan masak lemak ikan sayur kacang ni....hish terliur pulak rasanya...apa lagi, jom jenguk2 resepinya ya...
Jom Cuba : Masak Lemak Ikan Sayur Kacang
Apa yang diperlukan?
- 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 6 batang sayur kacang panjang - dipotong pendek dalam 2inci
- 2 batang cili merah - dihiris
- 200 gram santan - umi guna santan kotak je
- air secukupnya
- garam secukup rasa
Jom Cuba!
- Tumbuk ikan, bawang putih dan bawang besar hingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
- Masukkan pula sayur kacang panjang, cili merah dan santan.
- Rebus semua bahan diatas api yang perlahan. Tunggu hingga mendidih dan sayur masak sepenuhnya.
- Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan garam secukup rasa. Biar sebentar, tutup api.
- Makanlah bersama ikan goreng dan sambal belacan, pasti terangkat.....
Tuesday, October 11, 2011
Apam Mekar : Langkah Demi Langkah
Jom Cuba : Apam Mekar
Apa yang diperlukan?
- 250 gm tepung gandum
- 230 gm gula castor
- 2 biji telur
- 1 cwn aiskrim soda (minuman bikarbonat)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh ovalette
- sedikit pewarna kegemaran
Jom cuba!
- Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang (macam gambar dibawah)
- Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.
- Gambar hasil bancuhan...seperti dibawah
- Setelah sebati bahagi kan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
- Masukkan dalam cup cake dan kukus selama 15 minit. dan pastikan penutup ditutup dengan kain supaya tiada air yang jatuh atas apam (macam kat bawah ni)
Nota (dari kak ita) : Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nanti cantik dan mekar.
(dari saya : kalau nak kembangnya cantik di tengah2, jika guna kukus yang berlubang2 tu, letak apam betul2 di tengah lubang)
Friday, October 7, 2011
Kek Cawan Mentega Pelangi
Apa yang diperlukan?
- 250 gram mentega
- 250 gram tepung berserbuk penaik
- 200 gram gula castor
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- beberapa titis pewarna pilihan - umi pilih hijau dna merah (umi tambah)
- coklat urai pelbagai warna -untuk hiasan(umi tambah)
Jom Cuba!
- Pukul mentega dan gula hingga gebu.
- Masukkan telur satu per satu berselang seli dengan tepung.
- Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
- Bahagikan kepada 2 bahagian atau mengikut berapa jenis pewarna yang digunakan.
- Tuang adunan ke dalam bekas cawan mini dan taburkan coklat urai. (lihat gambar dibawah)
- Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga keemasan.
- Sejukkan sebelum dihias dengan krim. (umi tak hias sebab dah ok)
Thursday, October 6, 2011
Mee Sup Tulang
Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat
Ø Ayat 1-9 - Untuk keselamatan diri.
Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasul s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13-35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22-23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan-Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya : Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam & lain lain.
Ø Ayat 33-35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati-aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Nuh a.s. menaiki kapal. Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45-48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ø Ayat 78-79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)-Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat-Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari-boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x] Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
Semoga kita semua dapat manfaat dengan mengetahui fadilat yasin...hari ni umi nak kongsikan mee sup tulang yang umi buat...umi olah dari resepi kak sepupu umi iaitu mee sup ayam kelantan...alhamdulillah, suami umi dan anak suka...lebih2 lagi makan masa suam2 dan sup tu suami umi suka hirup..nikmat yang Allah berikan...apa lagi? ambil la kertas dan salin resepi mudah ni...
Jom Cuba : Mee Sup Tulang
Apa yang diperlukan?
- 500 gram mee kuning
- 2 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih (kalau gandakan resepi, lebihkan bawang putih dari bawang merah)
- 10 biji lada hitam (nak pedas, boleh lebihkan)
- 2 sudu besar sos tiram
- 400gram tulang yang telah dipotong kecil
- air secukupnya
- lobak merah, sawi dan kubis secukupnya (agak2 kalau suka lebih, boleh tambah)
- garam dan gula secukup rasa
Jom Cuba!
- Rebus tulang dengan air secukupnya sehingga empuk atau lembut.
- Asingkan tulang dan jangan buang air rebusan tulang.
- Celur mee kuning dan toskan.
- Tumbuk hingga lumat, bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
- Kemudian masukkan tulang dan kacau hingga sebati.
- Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
- Bila air sudah mendidih, masukkan lobak merah dna kubis. Bila sayur telah lembut, masukkan pula sayur sawi.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Ketika hendak dihidang, masukkan mee kuning dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee dan boleh juga ditabur bawang goreng. Siap untuk dimakan.
Wednesday, October 5, 2011
Bread Butter Pudding Kak Paty
Jom Cuba : Bread Butter Pudding
Apa yang diperlukan?
- 4 eggs / 4 biji telur
- 8 slices of bread / 8 keping roti
- 50 gm sugar / 50 gm sugar
- 300 ml fresh milk / 300 ml susu segar
- Slice bread and arrange onto the mould./Potong roti dan susun dalam dulang pembakar
- Mix together the whole egg yolk and sugar. / Pukul telur dengan gula
Warm up fresh milk, cream and vanilla pod./ Panaskan susu dan vanilla - Add melted butter / Masukkan mentega cair
Pour onto the egg mixture mix together./Tuangkan ke dalam adunan telur - Strain the egg mixture. / Tapis
Pour over the bread and bake at 190C, approximating 30 minutes.//Tuang adunan kedalam susunan roti dan bakar pada 190 C lebih kurang 30 minutes.
Slice to desire amount for individual serving and best served with vanilla ice cream./ Potong ikut cita rasa masing dan hidang bersama sauce atau pun ais krim - umi makan dengan aiskrim dan hersley chocolate sause...nyummy
Blog Archive
-
▼
2011
(205)
-
▼
October
(11)
- Jom Jalan ke Sungai Petani Kedah 1
- Dapur Tanpa Sempadan CMG atau Tiffinbiru
- Nasi Ayam Ipoh..sedap sungguh....sungguh ni..
- Nasi Halba Terengganu
- Lala la la la.....Lala Masam Manis
- Masak Lemak Ikan Sayur Kacang
- Apam Mekar : Langkah Demi Langkah
- Kek Cawan Mentega Pelangi
- Mee Sup Tulang
- Bread Butter Pudding Kak Paty
- Nasi Beriani dan Kuah Daging Baryani Batu Pahat
-
▼
October
(11)