Thursday, October 27, 2011

Jom Jalan ke Sungai Petani Kedah 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama betul tak jejak di sini..umi sekeluarga ikut suami pergi Sungai Petani, Kedah (suami out-station)...kali pertama menjejakkan kaki ke sini...cuma cuaca agak mendung dan renyai bila tiba di Sungai Petani....jadi umi nak share la serba sedikit gambar2 di sana....

Hai semua, jom ikut ahnaf jalan2 di kedah

sementara nak tunggu sampai, jom main bola dengan nazirah

kalau tak nak, kita nak kita baca buku la ya..tambah ilmu

a
b
c
d
e
f
g
.
.
.
.
z
z
z
......

tido dulu la..lambat lagi nak sampai ni....
ha...akhir sampai juga ke Sungai Petani Kedah...tak percaya? Jap ya...


akhirnya sampai jua kami ke Cinta Sayang Hotel & Resort tapi sayang hujan lebat..tak dapat la ambil gambar lobi hotel tu..tapi, yang paling best, masa untuk 'lepaking' atas katil...hehe

aksi2 suami dan nazirah berposing atas katil..seronok dan sejuk...eh, mana ahnaf?








ahnaf : saya umi!...

ok kita sambung nanti untuk posing di resort ni nanti...tunggu......

Thursday, October 20, 2011

Dapur Tanpa Sempadan CMG atau Tiffinbiru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jap ni tadi masa umi nak link2 kan resepi pengat labu yang CMG kongsikan...umi baca entry CMG malam tadi pasal "Entry tak semengah? Janji bukan curi punya" ...sedih melihat trend masyarakat sekarang ni...suka ambil jalan mudah...nak capai sesuatu dengan jalan mudah dan tak mahu rasa susah payah...hanya yang mengalami je rasa pengalaman 'usaha tangga kejayaan'...bukan mudah nak berjaya macam blogger masakan seperti CMG, kak ummi, kak nor dan blogger2 lain, bukan sahaja blogger masakan tapi yang lain juga seperti Ben, Puteri Katek, Sunnah, dan tak tersenarai oleh umi....terlalu ramai dan mempunyai cara tersendiri dan yang penting, mereka BERUSAHA untuk berjaya ke tahap ini melalui tulisan mereka...



Walaupun umi baru dan tak akan dapat jadi sehebat mereka tapi sedikit sebanyak umi tahu perasaan mereka bila terluka atau ada yang tak tahu bagaimana menilai usaha orang lain...ye la apa yang mereka lalukan adalah ikhlas dari hati untuk berkongsi dengan semua...umi memang akui, umi banyak sekadar 'silent reader' untuk blog2 mereka tapi kat sini umi nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA MEREKA kerana banyak ilmu yang umi perolehi bukan sekadar masakan tapi juga dari segi photograhy, ilmu pengetahuan dan maklumat termasuk juga lawak jenaka untuk menghibur duka lara

Berbalik pada resepi pengat labu CMG, alhamdulillah amat menepati citarasa tekak umi...kalau nak tengok versi CMG, kat sini dan sini dan sini dan tak lupa juga di sini..untuk rujukan umi, umi tampal pula kat bawah ni....jom jenguk jap...

Jom Cuba : Pengat Labu

Apa yang diperlukan?

  • 1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
  • 1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan - umi tak letak, tak ada stok
  • 3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil*
  • 1/4 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
  • 350 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Jom Cuba!
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...

Wednesday, October 19, 2011

Nasi Ayam Ipoh..sedap sungguh....sungguh ni..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni umi tak nak bermukadimah panjang2...tak sabar nak menceritakan pasal nasi ayam ipoh yang amat sedap pada selera umi...ada rakan ofis umi cakap...umi boleh niaga nasi ayam macam ni..serupa macam anak kak ita cakap...kat sini...rasa nasinya sedap, supnya mengancam dan rasa ayamnya 'power'..pendek kata, semuanya kena dengan citarasa umi dan keluarga....

anak2 umi memang suka nasi ayam dan tak puas makan..umi akan kerap buat sebab mudah sediakan nasi ayam ipoh ni...mungkin yang bagi kelainan dalam resepi ini menggunakan batang daun bawang beserta akarnya yang dicuci bersih...kali pertama dalam hidup umi masak nasi ayam guna batang daun bawang seperti dalam resepi nasi ayam ipoh ni..

InsyaAllah suatu hari nanti, kalau umi pergi ipoh, umi nak cuba nasi ayam kat sana la....cuma kurangnya sup umi tak ada sengkuang, umi cuma masukkan lobak merah je...kalau ada sengkuang, mesti lagi laju la umi tambah nasi...nampaknya kena cari baju saiz yang lebih besar la lepas ni...umi share kan hari ni dari blog kak ita....jom tengok resepi dan jangan lupa buat eh....


Jom Cuba : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie

Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi

Sup Ayam

  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu- umi ganti dengan lobak merah sebab tak ada
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
Jom Cuba!
  1. Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
  2. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  3. Selepas air mendidih, masukkan ayam.
  4. Biar ia masak selama 20 minit.
  5. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  6. Ketepikan ayam.
  7. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  8. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
  9. Masak hingga didih.
  10. Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
  11. Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.


Ayam Bakar atau Goreng

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu
Jom Cuba!
  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  2. Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
  3. Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  4. Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  5. Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Jom cuba!
  1. Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
  2. Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  3. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
  4. Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  5. Tutup periuk nasik
  6. Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili merah

Cili Merah


  • 10 - 15 biji cili burung atau cili api
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia - ambil dari rebusan sup
  • 5- 6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi atau nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya
Jom cuba!
  1. Cara penyediaan cili yang sangat mudah
  2. Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
  3. Kisar halus.
  4. Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.

Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Jom Cuba!
Cara penyediaan kicap
  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  3. Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.
Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

Tuesday, October 18, 2011

Nasi Halba Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila cakap pasal halba...mungkin umi mesti terbayang salah satu rempah ratus untuk menambah penghasilan susu setelah bersalin selain di gunakan sebagai salah satu perawatan perempuan selepas bersalin bagi memanaskan badan dan ramuan rempah mandian terutamanya untuk mewangikan bau badan. Selain itu ia juga dijadikan tangas untuk mengecutkan rahim. tapi umi kurang pasti asal usul halba ni....sumber dari wikipedia menyatakan

Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.[2]

Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari buku Panduan Langkah Demi Langkah Cita Rasa Malaysia - Terengganu iaitu Nasi Halba...resepi yang ringkas dan yang penting, sedap dari Chef Hafiza, terbitan Perpustakaan Negara Malaysia...aroma dari halba membangkitkan selera...lebih2 lagi bila makan dengan gulai ikan aya atau ikan tongkol



Jom Cuba : Nasi Halba Terengganu

Apa yang diperlukan?

  • 2 tin beras (tin susu saiz sederhana)
  • 2 tin air
  • 1 sudu teh halba (direndam)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris panjang)
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji badam

Jom Cuba!

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan beras, air, bahan hirisan, halba, susu cair, daun pandan, serai, bahan tumis dan garam ke dalam periuk nasi.
  3. Masak sehingga nasi masak, kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan.

Friday, October 14, 2011

Lala la la la.....Lala Masam Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...bertemu juga kita dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang berkah...bagi yang bekerja, hari ini merupakan hari bekerja yang paling pendek..bagi sesetengah negeri pula, seperti terengganu, kedah dan kelantan....hari jumaat adalah hari hujung minggu...apa menu untuk hari ini ya? menu umi, menu yang mudah dan ringkas sahaja...salah satu makanan laut yang ringkas dan sedap....apatah lagi makan dengan nasi panas..terangkat...cuma jangan kita ter'angkat' perasaan nak marah sehingga keluar bahasa jerman macam cerita Masam Masam Manis kat bawah ni sudah la ya...

Jom kita masak lala masam manis ni sambil tengok video kat atas...semoga kehidupan kita yang penuh masam2 manis ni semakin manis hendaknya....amin ya rabbal alamin

Jom Cuba : Lala Masam Manis

Apa yang diperlukan?

Bahan (kisar)
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah

Bahan (lain)
  • 1 kg lala - berus dan cuci bersih

  • 3 sudu sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 1 kiub - ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa.
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 2 batang serai - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong memanjang
  • 4 batang baby carrot - dihiris bulat


Jom Cuba!

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum.
  2. Masukkan air, serai,sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
  3. Setelah masak masukkan kacang buncis dan baby carrot.
  4. Biar sayur masak seketika.
  5. Kemudian masukkan lala dan biar hingga ia masak.
  6. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, October 12, 2011

Masak Lemak Ikan Sayur Kacang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

panjang sungguh nama resepi ni kan? tak padan dengan sebenarnya satu resepi ringkas je...resepi mak mertua umi dari terengganu dan kegemaran suami yang umi cintai...tapi mungkin tak 100 percent macam air tangan bonda tercinta tapi iras2 tu ada la....mana boleh lawan air tangan mak mertua umi yang sedap tu kan? derhaka la namanya...satu resepi sempoi tapi lazat dengan curahan kasih sayang..cewah..biasanya ia dipadankan dengan ikan goreng yang digoreng garing dan sambal belacan yang cukup power dan lazat tapi umi belum sempat belajar lagi(terukkan umi ni)....

sambal belacan mak mertua umi memang sedap dan kalau buat berniaga memang laku macam goreng pisang panas...makin bertambah kalau makan dengan nasi panas, ikan goreng dan masak lemak ikan sayur kacang ni....hish terliur pulak rasanya...apa lagi, jom jenguk2 resepinya ya...

Jom Cuba : Masak Lemak Ikan Sayur Kacang

Apa yang diperlukan?
  • 2 ekor ikan kembung - direbus dan diambil isinya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 6 batang sayur kacang panjang - dipotong pendek dalam 2inci
  • 2 batang cili merah - dihiris
  • 200 gram santan - umi guna santan kotak je
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Jom Cuba!

  1. Tumbuk ikan, bawang putih dan bawang besar hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  3. Masukkan pula sayur kacang panjang, cili merah dan santan.
  4. Rebus semua bahan diatas api yang perlahan. Tunggu hingga mendidih dan sayur masak sepenuhnya.
  5. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan garam secukup rasa. Biar sebentar, tutup api.
  6. Makanlah bersama ikan goreng dan sambal belacan, pasti terangkat.....

Tuesday, October 11, 2011

Apam Mekar : Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lambat umi bersiaran kan...banyak kerja yang perlu umi selesaikan...hari ni umi nak kongsikan cara2 buat apam mekar langkah demi langkah untuk sahabat FB umi iaitu puteri , kerana segala usaha buat tapi apamnya tak mekar2 di taman...umi pernah buat dahulu apam mekar ni di sini dan jiran umi pun telah mencubanya di sini...alhamdulillah menjadi....umi kesian dan umi cuba buat sekali lagi dengan langkah2nya sekali....ye la, sebagai rujukan dan panduan untuk umi juga..umi harap puteri berpuas hati dan semoga apam puteri pun mekar juga.... amin.... nikmatnya makan apam mekar bersama teh hijau cap Ahmad London...

Jom Cuba : Apam Mekar

Apa yang diperlukan?
  • 250 gm tepung gandum
  • 230 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 cwn aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovalette
  • sedikit pewarna kegemaran

Jom cuba!
  1. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang (macam gambar dibawah)
  2. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.
  3. Gambar hasil bancuhan...seperti dibawah
  4. Setelah sebati bahagi kan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.
  5. Masukkan dalam cup cake dan kukus selama 15 minit. dan pastikan penutup ditutup dengan kain supaya tiada air yang jatuh atas apam (macam kat bawah ni)
Kat bawah ni pula versi umi kukus dalam loyang, walaupun tak berlubang, apam tetap mekar dan cantik..alhamdulillah


Nota (dari kak ita) : Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nanti cantik dan mekar.
(dari saya : kalau nak kembangnya cantik di tengah2, jika guna kukus yang berlubang2 tu, letak apam betul2 di tengah lubang)

Friday, October 7, 2011

Kek Cawan Mentega Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini 7hb Oktober (hari jumaat) genap la kak ummi kuantan 45 tahun...Alhamdulillah, semoga Allah memberi seribu keberkatan dan rahmat kepada kak ummi sekeluarga...kak ummi, menjadi inspirasi dan contoh kepada umi, walaupun berkerja tapi santapan untuk keluarga yang disayangi...ditambah lagi dengan sokongan dan dorongan suami serta anak, menambahkan semangat 'berjuang' di dapur...memang sesuai dengan temo blog kak ummi, HOME SWEET HOME....atau Rumahku Syurgaku...umi doakan kak ummi semakin bahagia dan dilimpahruahkan rezeki kerana sudi berkongsi ilmu walau apa cara sekali pun...Terima kasih Kak Ummi...


umi nak kongsikan satu resepi dari buku variasi cupcakes oleh Nor Aini Adnan iaitu Kek Cawan Mentega tapi olah menjadi warna warni dan jadi lah Kek Cawan Mentega Pelangi...umi olah untuk menarik perhatian anak2 umi kerana rasminya, budak2 sukakan sesuatu yang berwarna warni dan menarik perhatian seperti coklat urai pelbagai warna...terima kasih kepada Nor Aini Adnan untuk resepi yang mudah tapi sedap...umi buat juga untuk dibawa ke rumah makcik umi di kuantan semasa konvo adik bongsu umi di Universiti Malaysia Pahang....umi salinkan resepinya di sini ya...sebagai rujukan bersama



Jom Cuba : Kek Cawan Mentega Pelangi

Apa yang diperlukan?

  • 250 gram mentega
  • 250 gram tepung berserbuk penaik
  • 200 gram gula castor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • beberapa titis pewarna pilihan - umi pilih hijau dna merah (umi tambah)
  • coklat urai pelbagai warna -untuk hiasan(umi tambah)

Jom Cuba!

  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu berselang seli dengan tepung.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian atau mengikut berapa jenis pewarna yang digunakan.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas cawan mini dan taburkan coklat urai. (lihat gambar dibawah)
  6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga keemasan.
  7. Sejukkan sebelum dihias dengan krim. (umi tak hias sebab dah ok)


Thursday, October 6, 2011

Mee Sup Tulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kejap je dah hari khamis kan? Sebagai seorang islam, memang amalan kita untuk membaca surah yasin pada hari khamis, malam jumaat tapi ramai diantara kita yang kurang jelas akan fadilat surah yasin termasuk la umi sendiri...umi ada terbaca di blog zikir dan umi kongsikan di sini....


Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat


Ø Ayat 1-9 - Untuk keselamatan diri.

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasul s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13-35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22-23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan-Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...

Caranya : Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam & lain lain.

Ø Ayat 33-35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati-aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Nuh a.s. menaiki kapal. Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45-48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan kedua - Hancur

Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.


Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ø Ayat 78-79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)-Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat-Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari-boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x] Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.


Semoga kita semua dapat manfaat dengan mengetahui fadilat yasin...hari ni umi nak kongsikan mee sup tulang yang umi buat...umi olah dari resepi kak sepupu umi iaitu mee sup ayam kelantan...alhamdulillah, suami umi dan anak suka...lebih2 lagi makan masa suam2 dan sup tu suami umi suka hirup..nikmat yang Allah berikan...apa lagi? ambil la kertas dan salin resepi mudah ni...





Jom Cuba : Mee Sup Tulang

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram mee kuning
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih (kalau gandakan resepi, lebihkan bawang putih dari bawang merah)
  • 10 biji lada hitam (nak pedas, boleh lebihkan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 400gram tulang yang telah dipotong kecil
  • air secukupnya
  • lobak merah, sawi dan kubis secukupnya (agak2 kalau suka lebih, boleh tambah)
  • garam dan gula secukup rasa

Jom Cuba!

  1. Rebus tulang dengan air secukupnya sehingga empuk atau lembut.
  2. Asingkan tulang dan jangan buang air rebusan tulang.
  3. Celur mee kuning dan toskan.
  4. Tumbuk hingga lumat, bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
  5. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  6. Masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  7. Kemudian masukkan tulang dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
  9. Bila air sudah mendidih, masukkan lobak merah dna kubis. Bila sayur telah lembut, masukkan pula sayur sawi.
  10. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  11. Ketika hendak dihidang, masukkan mee kuning dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee dan boleh juga ditabur bawang goreng. Siap untuk dimakan.

Wednesday, October 5, 2011

Bread Butter Pudding Kak Paty

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sedih umi tiap2 pagi kebelakangan ni bila makin banyak berita bayi2 yang tak berdosa dibuang macam sampah.. tapi nak salahkan ibu bayi tersebut 100 peratus pun tak boleh, dek kerana kurangnya ilmu agama dan mengikut nafsu, mereka tak berfikir dan mungkin tak dapat berfikir panjang... masyarakat kita juga faktor kepada masalah sosial sekarang...entah la, dah dekat akhir zaman....

Berbalik pada puding yang umi tayang tu, umi ambil resepi kak paty dari PATY's KITCHEN....banyak resepi yang boleh dicuba...sampai rasa tak tau yang mana nak cuba dulu...rajin betul kak paty, walaupun bekerja tapi aktiviti memasak tetap menjadi aktiviti utama dan memang menjadi semangat untuk umi mcm kak ummi kuantan juga...bercerita pasal puding roti ni amat lembut dan bila dimakan dengan sos hersley dan aiskrim, memang terangkat...masih terasa nikmat makan puding ni...apa lagi, tengok la resepinya....

Jom Cuba : Bread Butter Pudding

Apa yang diperlukan?

  • 4 eggs / 4 biji telur
  • 8 slices of bread / 8 keping roti
  • 50 gm sugar / 50 gm sugar
  • 300 ml fresh milk / 300 ml susu segar
  • 3 tbsp melted butter / 3 sdb mentega cair


Jom Cuba!
  1. Slice bread and arrange onto the mould./Potong roti dan susun dalam dulang pembakar
  2. Mix together the whole egg yolk and sugar. / Pukul telur dengan gula
    Warm up fresh milk, cream and vanilla pod./ Panaskan susu dan vanilla
  3. Add melted butter / Masukkan mentega cair
    Pour onto the egg mixture mix together./Tuangkan ke dalam adunan telur
  4. Strain the egg mixture. / Tapis
    Pour over the bread and bake at 190C, approximating 30 minutes.//Tuang adunan kedalam susunan roti dan bakar pada 190 C lebih kurang 30 minutes.
    Slice to desire amount for individual serving and best served with vanilla ice cream./ Potong ikut cita rasa masing dan hidang bersama sauce atau pun ais krim - umi makan dengan aiskrim dan hersley chocolate sause...nyummy