Hari raya tahun ini amat bermakna untuk kami memandangkan kami akan menyambutnya 'bertiga' berbanding tahun sebelumnya. Siti Khairatul Nazirah satu nama kecil yang membawa seribu makna dalam hidup kami. Kelahiran yang tidak di duga pada 27 Jun 2008 iaitu sehari sebelum hari lahirku... awal sebulan dari jangkaan. Dengan seberat 2.65kg, jam 5.05 pagi si kecil ini sudah tidak sabar untuk dijemput ke dunia. Kelahiran yang membawa seribu rahmat, InsyaAllah. Doakan kebahagian keluarga kecil ini.