Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Friday, April 27, 2012

Roti Kering Gula-snek ringkas

Assalamualaikum dan selamat petang

Dah makan tengahari? kalau sudah makan, alhamdulillah...syukur nikmat atas kurniaan Allah...petang ni umi cuma nak kongsi bukan la resepi tapi snek ringkas dan salah satu alternatif kalau ada lebihan roti di rumah....

snek mudah ni...ramai yang dah tau buat dan ringkas je...kiranya kalau tetiba nak makan, dalam 10 minit pun dah boleh makan....roti kering gula ni, biasanya dibakar sekeping2, tapi umi potong kecil2 supaya mudah anak2 umi makan...
malu pulak umi nak kongsikan cara umi buat roti kering gula ni...ikut rasa je, yang penting jadi..hehehe...bagi yang dah tau, jangan gelak kan ya...tegur boleh....bagi yang tak tau, umi potong roti tu kecil2...kemudian susun dalam loyang macam gambar di atas...pastu umi tabur gula....bakar sehingga kekuningan dan garing..kalau nak lebih gula pun boleh tapi umi sekadar tabur untuk rasa sahaja... SEBAB....
Ahnaf dah 'sound' umi...gula jangan lebih ya..bahaya untuk kesihatan

8C

Assalamualaikum dan salam pagi

Alhamdulillah bersua di hari Jumaat yang indah dan barakah...hari ni umi nak kongsi maklumat dari blog hasrulhassan.com...mengenai 8C yang dibenci suami...untuk manfaat bersama dan ingatan buat umi sendiri...semoga bermanfaat...selamat menbaca...

Buat pedoman si isteri ... fahami sifat suami anda dan cuba lihat 8 C ini. Ia mungkin penyebab rumahtangga anda berada di ambang keretakan. Jangan buat suami anda membenci anda kerana 8 C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata "Jangan Cabar Suami!".. nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

2. Cabul
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata2 isteri yang kurang sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik terhadap mertua.

3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2. Aduhhhh ... susahlah macam ni.

6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. Tak main ler makan gerai tepi longkang :P

7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.... nih memang kes nak kena .... uhh ... sabar .. sabar....:)

8. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas dan sebagainya. Ini akan membuatkan mereka benci kerana berada di dalam situasi sebegini.

Hmm dah dapat dah tips ni? Datangnya dari Dr. Hj Fadhilah Kamsah.

Di petik dan baca selengkapnya: 8C Suami Benci Isteri | HASRULHASSAN.COM™

Thursday, April 26, 2012

Sambal Udang Kering Terung

Assalamualaikum dan selamat pagi
 
Apa khabar? Semalam ramai kakitangan kerajaan yang telah mendapat kenaikkan gaji...alhamdulillah..bagi yang belum dapat jangan kecewa...bukanya tak dapat cuma sedikit lewat (mcm umi, hehe)....

ok la hari ni umi nak kongsi resepi sambal udang kering terung...entah betl nama tu, umi pun tak pasti sebab umi cuma buat ikut rasa hati umi...sebenarnya umi pernah makan di satu restoran menggunakan sambal udang kering dan di makan bersama sejenis yang rupanya macam kueh teow tapi digulung...rasanya amat sedap...jadi umi pun cuma la bayangkan apa ramuan yang digunakan untuk membuat sambal tu...
dan akhirnya umi dah jumpa ramuan yang rasanya seakan-akan sambal yang umi makan tu cuma kali ini umi padankan dengan terung yang umi rebus sehingga lembut...makan dengan nasi panas2 dan singgang ikan memang amat menyelerakan...(umi makan sampai 2 pinggan nasi, ganaz kan?) hehe..ok la meh la sudi2kan tengok resepinya

Jom Cuba : Sambal Udang Kering Terung

Apa yang diperlukan?
  • 4 batang terung _ direbus sehingga lembut
  • 4 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya

Bahan Kisar (kisar kasar sahaja)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 gengam udang kering (direndam dgn air panas dahulu) - kalau nak lebih pun boleh
  • 3 sudu besar cili kisar-boleh tambah jika suka pedas
  • 1 inci belacan
  • Air secukupnya untuk kisar

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir dan kiub ayam.Perasakan garam.
  3. Masak sambal sehingga agak kering.
  4. Hidangkan bersama terung yang telah direbus. Siap untuk dimakan.


Wednesday, April 25, 2012

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Assalamualaikum dan selamat pagi

pagi2 umi dah tunjuk brownies... macam mana la berat badan nak turun...makin di pam2 lagi ada la kan kalau breakfast pun brownies dan susu...sebenarnya nak cerita mixer umi patah (ganaz benor kan?)..jadi umi cari la resepi yang kacau2 manja la...maklum la, nak betulkan tak sempat2 nak singgah kedai baiki...(sedih tak?, tolong la sedih sebab umi rasa sunyi tak dengar bunyi mixer tu)...

umi plak ada kursus so nak bfast sesuatu dengan susu...selongkar la dapur izah, jumpa la brownies yang amat mudah dan sedap ni...suami umi pun puji melangit kat izah tau...terima kasih resepi dari kak hana dan terima kasih juga izah yang tunjukkan jalannya....suami umi suruh buat lagi ujung minggu ni, tak puas makan katanya....

kalau nak tau, izah ni menerima pelbagai temapahan muffin, apam polkadot, blueberry cheesetart, muffin coklat (fav order), puding roti dan mable cheese brownies...area KL dan ampang serta sekitarnya...bak kata izah,
Bagi siapa yang mahu order boleh email saya di baisku09@gmail.com
atau message saya di FB.(tekan link FB tu ya)

Jom Cuba : CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

Apa yang diperlukan?
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang - kisar dahulu
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cwn minyak masak@butter cair
  • 1/2 cawan chocolate chips

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
  4. Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.

Tuesday, April 24, 2012

Poached Pears

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah, dapat juga bertemu di minggu baru...dan pagi yang indah ini umi nak cerita menu baru la bagi umi sekeluarga yang telah diperkenalkan oleh kak Shahriah Abdullah di blog beliau dan beliau merupakan seorang novelis yang telah berjaya menjadi salah seorang peserta masterchef musim pertama...siapa kata novelis hanya pandai menulis? sekarang ini kak sha juga telah menerbitkan buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah yang mempunyai 70 sajian dari air tangan beliau, yang berharga hanya RM25.00 sahaja...murah kan?

umi promote ni bukannya ada diskaun ya..cuma mewar-warkan apa yang baik untuk semua... sesiapa yang ingin mendapatkan boleh la ke outlet karangkraf atau kedai buku yang ada menjual buku2 terbitan karangkraf...rupa kulit buku resepi tu macam di bawah ni ya...



Berbalik dengan menu poached pears ni memang sedap terutama bagi keluarga umi yang kurang gemar makan buah pear... sekurang-kurangnya bertambah la jenis buah-buahan yang keluarga umi makan...suami umi puji sangat...terima kasih kak sha dan terima kasih juga izah sebab mencadangkan menu yang sedap ni...mohon share di sini pula ya...


Jom Cuba : POACHED PEARS
resepi asal: Shariah@MC
sumber: Izah Muffin lover
Apa yang diperlukan?

  • 1 cwn lite brown sugar
  • 1 cwn cordial
  • 2 cwn air
  • 1 btg kulit kayu manis *izah patah amik half je
  • 3 hirisan kulit lime
Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Renehkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api dan reneh sehingga 20 minit sehingga pear lembut
  4. Berhati2 jangan terlebih masak sehingga pear lembik atau benyek.
  5. Angkat dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti es untuk sejukkan.
Nota kak Sha: Sauce jus tu harus direneh sehingga pekat. Tapi ikut selera masing2.
*Saya ikut kak Sha dimana saucenyer tu saya masak tidak sehingga pekat. Tapi bila diletak di dalam peti es, jadi cam pekat2 sikit gak.
*boleh dimakan bersama sos coklat! Yummy..dah abis ya..sori...

Wednesday, April 18, 2012

Gulai Ikan Aya Terengganu Mari...

Assalamualaikum dan selamat pagi

Gulai ikan aya, makan dengan nasi impit....bukan umi yang buat, pemberian mak mertua umi...baik kan mak umi...sayang mak sangat2... sedap betul bila makan dengan nasi impit hasil air tangan mak mertua tersayang...jangan jeles ya....suami umi bagitau, cara makan macam ni kat area kuala terengganu je...kawasan lain tak makan macam ni...

haaa....nampak sedap kan, rasanya memang sedap....tengok je tau (jahat betul ayat kan?) AMARAN : kalau mengandung, jangan tengok lama2 kang mengeces, susah plak umi...

Tapi untuk anak2, umi masakkan sup bebola dan tambahan sayur mayur sikit..pedas kuah tu, depa tak makan pedas sikit...ish, nak buat macam mana kan...nama pun budak2...jadi mak dan pak budak je la makan gulai ikan aya tu....


jadi hari ni tak ada resepi ya..hanya untuk tatapan mata je...maaf ya, jangan marah...bak kata orang omputih, wordless wednesday...hehe

mak, terima kasih...nanti 'along' mintak lagi ya...

Tuesday, April 17, 2012

Donut Tofu Lembut

Assalamualaikum dan selamat pagi

Jangan la gelak kan umi sebab bukan setakat ketinggalan keretapi tapi ketinggalan siput... maknanya siput pun lagi laju dari umi..baru sekarang umi boleh buat donut yang sedap ni..bukan sebab tak beli tofu tu...cuma tak sempat nak buat....

Memang donut ni lembut dan sedap sangat...rugi tak buat awal2... makan macam tu je pun sedap.. umi ada buat bentuk donut ball cuma gambar tak 'dan' nak amik dah licin...jadi tengok la gambar donut yang macam segan2 je ada lubang kat tengah ni ya...kembang macam pipi umi yang makin tembam sampai nak hilang lubang donut tu...resepi ni dah lama simpan cuma banyak betul dugaan nak buat...tu yang baru sekarang muncul...hehe, layan je la ya...


ramai yang dah buat...berpuluh blogger dan yang tak blogger...umi amik resepi ni dari blog
kak azlita masam manis yang femes tu...alhamdulillah tercapai juga hajat nak makan donut tofu ni...bagi yang belum buat, cuba jangan tak cuba ya..nanti menyesal macam umi ni, sebab lambat buat bukan menyesal buat tau....resepi di bawah ya...


Jom Cuba : Donut Tofu Lembut

Apa yang diperlukan?
  • 300 gram tepung gandum
  • 125 gm taufu lembut
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 160 ml susu suam atau air suam
  • 40 gm shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gm yis
  • 100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker ~ BM - umi guna mek BM ni
masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2, Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Monday, April 16, 2012

Raspberry Ripple Cheesecake Ice Cream

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Bertemu kembali di minggu baru, pemulaan hari minggu iaitu hari Isnin..diharapkan semuanya lebih bersemangat dan sentiasa bersemangat baru setiap minggu...hari ini juga seorang sahabat umi sedang menunggu kelahiran anak yang kedua dan mohon doa2 dari sahabat semoga dipermudahkan segala urusan...InsyaAllah...umi kongsikan doa mudah bersalin dan kesejahteraan anak dalam kandungan yang umi ambil dari http://abuawatif.wordpress.com

DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ

لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Amin amin ya rabbal alamin...ok la berbalik kepada resepi hari ini yang dikongsikan oleh Wendy (table for 2 or more) ..satu resepi yang menarik mata umi pada awalnya dan memikat selera umi dengan rasanya..lebih2 lagi jika ANDA suka cheese, ais krim, cheesecake dan berries...satu desert yang sangat sedap dan anak2 umi suka....umi lagi la suka....


caption : muka dah tak sabar tapi umi nak amik gambar dulu...

caption : main suap2 lagi...jangan jeles tau...

cuma kena buat raspberry sauce tu sehari awal la ya...untuk jadikan jem yang sedap..tapi umi rasa kalau nak guna apa2 berry jem pun boleh kot...lebih cepat, itu cuma pendapat umi je...jangan marah ya wendy...apa pun resepi memang fantastic...dari segi rasa, tekstur dan rupa.. tapi bila persembahan umi tu biasa2 je la..maklum la kamera murah je...


Jadi bagi pengemar cheesecake dan ais krim jangan ketinggalan buat kek ni...memang sedap (berapa kali nak bagitau la)...jom semak resepi yang guna sedikit je bahannya....


Jom Cuba : Raspberry Ripple Cheesecake Ice Cream

Apa yang di perlukan?

Bahan A (Rasberry sauce)

  • 150gm raspberries
  • 30gm sugar

  1. Macerate raspberries with sugar overnight. Or until the raspberries look like jam. Taste the sauce , if it's too tart, add more sugar until it taste sweet, but still with a hint of tartness. No cooking involved.

Bahan B

  • 200gm cream cheese, room temp
  • 50gm sugar
  • 200gm plain yogurt
  • 250ml whipping cream
  • 30gm sugar
  • Raspberry sause (see recipe above)

Jom Cuba!

  1. Prepare a 8 inch pan. Line the pan with cling wrap with overlaps so that you can easily lift the ice cream out of the pan.
  2. Beat cream cheese with 50gm sugar until smooth and creamy.
  3. Mix in plain yogurt. Taste it. Ad more sugar if it’s too sour. Different brand of plain yogurt taste differently.
  4. Whip cream in a chilled bowl until it thickens. Add in 30gm sugar (less if the cheese mixture is too sweet) and whip the cream until soft peaks.
  5. Fold the cream into the cheese mixture.
  6. Fill the pan with 1/3 of the cheese mixture and level it. Spoon in 1/2 of the raspberry sauce over and gently spread it around.
  7. Gently dollop the balance of cheese mixture over and smooth the surface.
  8. Drop teaspoons of raspberry sauce onto the ice cream and with a knife, draw on the sauce to create ripples.
  9. Freeze cheesecake for a few hours. Let ice cream sit in the fridge for half an hour before slicing (or 5 mins at room temp) before slicing. The ice cream can crack if sliced when it is too cold.

Friday, April 13, 2012

Puding Roti Laici Berkismis

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Bersua di hari Jumaat yang penuh barakah ini...Jemput la ambil puding roti yang nazirah buat ni..nazirah buat untuk 'mama'nya...(pengasuh) yang minta umi buatkan puding roti...katanya teringin nak makan puding roti...jadi umi selongkar la dapur kak azlita...dan jumpa puding roti laici ni..cuma umi tambah taburan kismis di atas dan tak buat sos caramel....

caption : kakak tolong buat, adik tolong makan...hehe

caption : muka dah tak sabar nak bakar puding

kak yang 'pengasuh' anak2 umi kurang gemar yang manis2 sgt, jadi umi pun tak buat la sos caramel tu...tapi hasilnya tetap marbeles la...seronok sangat bila tengok muka kak yang tersenyum tengok puding ni...ok la, meh tengok resepinya...

caption : dah siap bakar, tunggu sejuk untuk dipotong...

Jom Cuba : Puding Roti Laici Berkismis

Apa yang diperlukan?
1 buku roti saiz kecil (450gm)
1 tin susu cair (400 ml)
2 cwn air (ita guna air laici yg dlm tin)
1 tin buah laici (dlm tin)
1/2 cawan gula halus
2 biji telur (dipukul)
2 sudu makan tepung jagung
kismis secukupnya - umi tambah

Sos karamel - umi tak buat
1 cwn gula perang
1/2 cawan air
Masak bahan diatas sehingga pekat untuk mendapatkan sos karamel


Jom Cuba!
  1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yg kecil
  2. Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam
  3. Masukkan kedlm loyang yg telah disapu minyak. Taburkan kismis di atas.
  4. Bakar pada suhu 180c selama 1 jam
  5. Sejukkan dan potong semasa menghidang.
  6. Hidangkan dgn sos karamel.

Thursday, April 12, 2012

Bingka Cheese Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar? Minggu yang agak sibuk bagi umi... baru hari ni dapat update blog...hehe...pagi ni umi nak kongsikan resepi bingka yang sangat sedap dan lembut sangat...hasil kongsi dari hasue dan izah...nak tau macam mana sedapnya? Tanya la ahnaf dan nazirah....

Hingga menjilat jari jemari la...

dah lama simpan resepi ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat (ayat cover malas tu)... anak2 umi jarang suka kuih bingka tapi bila makan bingka cheese sarawak ni...laju je sebut "umi, nak lagi"... alhamdulillah, nazirah suruh buat lagi..kuih bingka ni pun sesuai untuk yang tak ada gigi, telan je sebab lembut sangat dan yang penting sekali rasa lemak2nya yang memang memikat selera....



ok la tak payah cakap panjang2...meh la cuba bingka cheese ni, lebih2 lagi yang suka makan bingka dan cheese ...umi salin balik di sini..tq hasue dan izah sekali lagi...



Jom Cuba : Bingka Cheese Sarawak

Apa yang diperlukan?
Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g) *izah guna agar2 serbuk 10gm - umi ikut izah
3 cawan air
1 cawan gula pasir *izah kurangkan sedikit

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong *izah guna tepung gandum - umi ikut izah
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Jom Cuba!

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

Friday, April 6, 2012

Congo Bar

Assalamualaikum dan selamat tengahari

Pejam celik, pejam celik...dah jumpa balik hari Jumaat...bila sibuk ni, rasa cepat sangat masa berlalu...umi nak kongsi satu resepi yang amat sedap tapi ringkas je...hasil sekodeng dapur Kak K1 iaitu blog citrasawan...kata kak K1, asalnya dari kak rima dan kak ayu dan kedua-duanya dari seberang tambak @ Singapura...

Siapa yang suka makan brownies dan cookies pasti akan suka congo bar ni...dan bagi peminat coklat juga pasti suka sebab congo bar ni kaya dengan rasa coklat....umi bila dah makan sepotong, terasa nak makan banyak2 potong...kejap je dah tinggal separuh...alahai, hilang la usaha nak diet...

Bagi ibu2 yang bekerja, congo bar ni memang salah satu menu desert yang boleh dibuat memandangkan ia ringkas dan bahan2 juga memang ada di dapur..umi minta salin semula di sini ya kak K1...minta halal ya rima dan ayu..sudi2kan la...

Jom Cuba : Congo Bar

Apa yang diperlukan?
  • 315gm tepung gandum
  • 2 ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 150gm mentega
  • 300gm gula perang
  • 3 biji telur B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 300gm chocolate chips
  • 100gm hirisan badam atau yang disukai
  • Hirisan : hirisan badam untuk hiasan
Jom Cuba!

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Gaulkan bersama chocolate chips dan hirisan badam. Ketepikan.
  2. Satukan mentega dan gula perang, gaul menggunakan spatula kayu hingga sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu, gaul rata.
  4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan hirisan badam.
  6. Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 30-35 hingga atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar, cucuk dengan lidi jika tidak melekat boleh diangkat.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive