Friday, April 27, 2012
Roti Kering Gula-snek ringkas
8C
Buat pedoman si isteri ... fahami sifat suami anda dan cuba lihat 8 C ini. Ia mungkin penyebab rumahtangga anda berada di ambang keretakan. Jangan buat suami anda membenci anda kerana 8 C ini.
Di petik dan baca selengkapnya: 8C Suami Benci Isteri | HASRULHASSAN.COM™
Thursday, April 26, 2012
Sambal Udang Kering Terung
- 4 batang terung _ direbus sehingga lembut
- 4 sudu besar gula melaka
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 kiub ayam
- Garam secukupnya
Bahan Kisar (kisar kasar sahaja)
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 gengam udang kering (direndam dgn air panas dahulu) - kalau nak lebih pun boleh
- 3 sudu besar cili kisar-boleh tambah jika suka pedas
- 1 inci belacan
- Air secukupnya untuk kisar
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan gula melaka, gula pasir dan kiub ayam.Perasakan garam.
- Masak sambal sehingga agak kering.
- Hidangkan bersama terung yang telah direbus. Siap untuk dimakan.
Wednesday, April 25, 2012
CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula perang - kisar dahulu
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk garam
- 1 sk esen vanilla
- 1/3 cwn minyak masak@butter cair
- 1/2 cawan chocolate chips
- Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
- Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
- Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Tuesday, April 24, 2012
Poached Pears
sumber: Izah Muffin lover
- 1 cwn lite brown sugar
- 1 cwn cordial
- 2 cwn air
- 1 btg kulit kayu manis *izah patah amik half je
- Campurkan kesemua bahan di atas.
- Renehkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
- Kemudian kecilkan api dan reneh sehingga 20 minit sehingga pear lembut
- Berhati2 jangan terlebih masak sehingga pear lembik atau benyek.
- Angkat dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti es untuk sejukkan.
Wednesday, April 18, 2012
Gulai Ikan Aya Terengganu Mari...
Tuesday, April 17, 2012
Donut Tofu Lembut
Jom Cuba : Donut Tofu Lembut
Apa yang diperlukan?
- 300 gram tepung gandum
- 125 gm taufu lembut
- 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
- 1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
- 160 ml susu suam atau air suam
- 40 gm shortening
- 4 sudu besar gula
- 6 gm yis
- 100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker ~ BM - umi guna mek BM ni
masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Monday, April 16, 2012
Raspberry Ripple Cheesecake Ice Cream
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.
اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .
وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Jom Cuba : Raspberry Ripple Cheesecake Ice Cream
Apa yang di perlukan?
Bahan A (Rasberry sauce)
- 150gm raspberries
- 30gm sugar
- Macerate raspberries with sugar overnight. Or until the raspberries look like jam. Taste the sauce , if it's too tart, add more sugar until it taste sweet, but still with a hint of tartness. No cooking involved.
Bahan B
- 200gm cream cheese, room temp
- 50gm sugar
- 200gm plain yogurt
- 250ml whipping cream
- 30gm sugar
- Raspberry sause (see recipe above)
Jom Cuba!
- Prepare a 8 inch pan. Line the pan with cling wrap with overlaps so that you can easily lift the ice cream out of the pan.
- Beat cream cheese with 50gm sugar until smooth and creamy.
- Mix in plain yogurt. Taste it. Ad more sugar if it’s too sour. Different brand of plain yogurt taste differently.
- Whip cream in a chilled bowl until it thickens. Add in 30gm sugar (less if the cheese mixture is too sweet) and whip the cream until soft peaks.
- Fold the cream into the cheese mixture.
- Fill the pan with 1/3 of the cheese mixture and level it. Spoon in 1/2 of the raspberry sauce over and gently spread it around.
- Gently dollop the balance of cheese mixture over and smooth the surface.
- Drop teaspoons of raspberry sauce onto the ice cream and with a knife, draw on the sauce to create ripples.
- Freeze cheesecake for a few hours. Let ice cream sit in the fridge for half an hour before slicing (or 5 mins at room temp) before slicing. The ice cream can crack if sliced when it is too cold.
Friday, April 13, 2012
Puding Roti Laici Berkismis
Jom Cuba : Puding Roti Laici Berkismis
Apa yang diperlukan?
1 buku roti saiz kecil (450gm)
1 tin susu cair (400 ml)
2 cwn air (ita guna air laici yg dlm tin)
1 tin buah laici (dlm tin)
1/2 cawan gula halus
2 biji telur (dipukul)
2 sudu makan tepung jagung
kismis secukupnya - umi tambah
Sos karamel - umi tak buat
1 cwn gula perang
1/2 cawan air
Masak bahan diatas sehingga pekat untuk mendapatkan sos karamel
- Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yg kecil
- Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam
- Masukkan kedlm loyang yg telah disapu minyak. Taburkan kismis di atas.
- Bakar pada suhu 180c selama 1 jam
- Sejukkan dan potong semasa menghidang.
- Hidangkan dgn sos karamel.
Thursday, April 12, 2012
Bingka Cheese Sarawak
dah lama simpan resepi ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat (ayat cover malas tu)... anak2 umi jarang suka kuih bingka tapi bila makan bingka cheese sarawak ni...laju je sebut "umi, nak lagi"... alhamdulillah, nazirah suruh buat lagi..kuih bingka ni pun sesuai untuk yang tak ada gigi, telan je sebab lembut sangat dan yang penting sekali rasa lemak2nya yang memang memikat selera....
ok la tak payah cakap panjang2...meh la cuba bingka cheese ni, lebih2 lagi yang suka makan bingka dan cheese ...umi salin balik di sini..tq hasue dan izah sekali lagi...
Friday, April 6, 2012
Congo Bar
Jom Cuba : Congo Bar
- 315gm tepung gandum
- 2 ½ sudu teh baking powder
- ½ sudu teh garam
- 150gm mentega
- 300gm gula perang
- 3 biji telur B
- 1 sudu teh esen vanilla
- 300gm chocolate chips
- 100gm hirisan badam atau yang disukai
- Hirisan : hirisan badam untuk hiasan
- Ayak tepung, baking powder dan garam. Gaulkan bersama chocolate chips dan hirisan badam. Ketepikan.
- Satukan mentega dan gula perang, gaul menggunakan spatula kayu hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu, gaul rata.
- Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
- Tuang dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan hirisan badam.
- Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 30-35 hingga atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar, cucuk dengan lidi jika tidak melekat boleh diangkat.