Tuesday, April 24, 2012

Poached Pears

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alhamdulillah, dapat juga bertemu di minggu baru...dan pagi yang indah ini umi nak cerita menu baru la bagi umi sekeluarga yang telah diperkenalkan oleh kak Shahriah Abdullah di blog beliau dan beliau merupakan seorang novelis yang telah berjaya menjadi salah seorang peserta masterchef musim pertama...siapa kata novelis hanya pandai menulis? sekarang ini kak sha juga telah menerbitkan buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah yang mempunyai 70 sajian dari air tangan beliau, yang berharga hanya RM25.00 sahaja...murah kan?

umi promote ni bukannya ada diskaun ya..cuma mewar-warkan apa yang baik untuk semua... sesiapa yang ingin mendapatkan boleh la ke outlet karangkraf atau kedai buku yang ada menjual buku2 terbitan karangkraf...rupa kulit buku resepi tu macam di bawah ni ya...



Berbalik dengan menu poached pears ni memang sedap terutama bagi keluarga umi yang kurang gemar makan buah pear... sekurang-kurangnya bertambah la jenis buah-buahan yang keluarga umi makan...suami umi puji sangat...terima kasih kak sha dan terima kasih juga izah sebab mencadangkan menu yang sedap ni...mohon share di sini pula ya...


Jom Cuba : POACHED PEARS
resepi asal: Shariah@MC
sumber: Izah Muffin lover
Apa yang diperlukan?

  • 1 cwn lite brown sugar
  • 1 cwn cordial
  • 2 cwn air
  • 1 btg kulit kayu manis *izah patah amik half je
  • 3 hirisan kulit lime
Jom Cuba!

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Renehkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api dan reneh sehingga 20 minit sehingga pear lembut
  4. Berhati2 jangan terlebih masak sehingga pear lembik atau benyek.
  5. Angkat dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti es untuk sejukkan.
Nota kak Sha: Sauce jus tu harus direneh sehingga pekat. Tapi ikut selera masing2.
*Saya ikut kak Sha dimana saucenyer tu saya masak tidak sehingga pekat. Tapi bila diletak di dalam peti es, jadi cam pekat2 sikit gak.
*boleh dimakan bersama sos coklat! Yummy..dah abis ya..sori...

5 comments:

  1. Akak suka ni...lebih kurang sira pisang kita..letak buah pelaga dan kayu manis lagi kow.....

    ReplyDelete
  2. Salam. kak, kordial tu..guna kordial ape?

    ReplyDelete
  3. betul tu kak...memang sedap dan bau kayu manis tu kuat juga

    ReplyDelete
  4. cikwan, kordial apa2 pun boleh...terutama yang manis macam kordial ros

    ReplyDelete
  5. as-salam SITI
    DAH MALAM2 BARU DATANG KAT SINI..SITI NI 1ST TIME DGR Poached Pears NI..SEDAP KE SITI Poached Pears NI..

    ReplyDelete