Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, March 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan selamat pagi

aaaaa.................mmmmmm....................eerrrrrrrrrrrrrrrrr..............aaaaaa..........mmmmm
apa nak bebel ya? selalunya kalau blog2 glamour akan tulis 'wordless wednesday' tapi kalau blog umi ni, menunya ada cuma kata2 je yang tak terucap eh tertulis....sebenarnya umi tak terucap bile makan mee rebus cik ani yang umi salin dari blog Mas Duniaku....memang sedap dan memenuhi citarasa umi sekeluarga...resepi asal dari Chef terkemuka iaitu Che Wan, pastu berjangkit ke blog Mat Gebu...seterusnya blog kak yatie, mas dan lain2 yang tak tersenarai oleh umi..

umi tak yah cakap panjang2 la ya...sebab yang dah cuba semua kata sedap dan yang mencuba tu blogger hebat2 belaka...moh la tengok apa yang perlu ada.....

Jom Cuba : Mee Rebus Cik Ani

Apa yang diperlukan?


1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor- tak letak
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2 - umi tak rebus, masuk terus je
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas - dititik
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
kiub daging - Mas tambah

Jom Cuba!

Untuk Kuah Mee Rebus :
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas.
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi.
Hidangkan segera...


Tuesday, March 27, 2012

Ayam Goreng Rempah Ranggup

Assalamualaikum dan selamat pagi

Macam mana mood semua pagi ni? harap agar ceria sentiasa...tapi umi agak 'tertekan' sedikit dengan tugasan yang perlu umi siapkan dan perbaiki sebelum hari Jumaat kerana terpilih untuk 'percalonan'... percalonan apa? gempak je lebih kan bunyi ye...hakikatnya hanya percalonan untuk pembinaan terbaik anjuran jabatan tempat umi bekerja...hehe

sebagai orang baru dan belum pernah masuk jadi calon...memang umi rasa berdebar sangat... ye la, nanti ada yang kurang...itu normal cuma kalau boleh tak nak kekurangan yang tidak munasabah...Doakan agar umi dan sahabat dapat buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik..InsyaAllah.... hari ini umi nak kongsi menu tah apa2 umi malam tadi..umi buat ayam goreng rempah ranggup ni untuk dimakan bersama tortilla...tang 'tortilla' tu umi cuma beli dah siap...bagi yang sudi, meh la tengok menu yang tak se'gah' mana ni...

Jom Cuba : Ayam Goreng Rempah Ranggup

Apa yang diperlukan?

  • 500 gram isi ayam - dipotong memanjang
  • 5 sudu rempah kari
  • 5 sudu rempah beriani
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Tepung goreng pisang adabi secukupnya - ikut arahan pada peket
  • Telur - dikocok sedikit
  • Salad, tomato secukupnya.
  • Sos kegemaran.


Jom Cuba!
  1. Lumurkan semua bahan dan isi ayam kecuali tepung goreng dan telur. Perap sekurang-kurangnya 20 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Celup isi ayam dalam telur.
  4. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicelup ke dalam tepung. Pastikan semua disalut.
  5. Biar isi masak sepenuhnya. Setelah masak, toskan dengan tisu.
  6. Untuk tortilla, ikut arahan memasak seperti di paket.
  7. Balut isi ayam dengan salad serta tomato dengan tortilla. Makan bersama sos kegemaran. - umi makan dengan thousand island.

Monday, March 26, 2012

Kek Pisang Tanpa Telur 'Kak liza - Intai dapur'

Assalamualaikum dan selamat pagi

Semoga semuanya ceria di pagi Isnin yang selalunya membawa kepada 'blues'...mari kita 'merah2' kan hari kita...jangan 'biru' sangat...mesti kebanyakan yang duduk di KL ni malas rasanya nak ke temapt kerja, maklum la malam tadi hujan dan suasana sejuk amat menyaman..susah nak tinggalkan katil yang empuk tu...tapi demi tugas dan amanah, kita tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi...

pagi tadi umi dengar dari radio KL fm, Dato' Hj Mohd Fadzilah Kamsah adamenyatakan bahawa
"kalau kita mulakan hari kita dengan senyuman (walaupun tidak ikhlas pada awalnya), kebahagiaan akan timbul dalam hati kita dan impaknya orang sekeliling kita juga akan rasa bahagia..."
maknanya bila kita cuba untuk senyum, lama2 ia akan menjadi kebiasaan dan hati akan timbul jadi bahagia...terutamanya kata Dato' lagi, suami2 hendaklah senyum kepada isteri dan anak2 agar ikatan kekelurgaan akan lebih bahagia selain senyum itu sedekah...apa lagi? senyum la walaupun tengah mengadap komputer sorang2...senyum, tak perlu kata apa2....

ok la berkait dengan resepi kek pisang tanpa telur ini umi intai dapur kak liza - Intai Dapur ... umi memang suka buat kek pisang sebab fav. suami umi..kalau kek pisang, suami umi akan ulang makan banyak kali..kalau kek lain makan juga cuma kurang sikit ulangnya... lebih menarik, kek pisang ni jimat telur...hehe...umi buat dalam cup cake dan umi ganti badam dengan coklat urai...betul kata kak liza, walau tanpa telur...kek ni marbeles sangat...suami umi kata nak beli pisang lagi dan suruh buat kek pisang ni banyak sikit...tak cukup katanya...terima kasih kak liza atas resepi yang hebat ini....



Jom Cuba : Kek Pisang Tanpa Telur

Apa yang diperlukan?

  • 8-9 biji pisang berangan - lenyek
  • 1 cawan gula pasir / gula perang
  • 3/4 cawan minyak
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 s/t baking powder
  • 1 s/t soda bikarbonat
  • 1 s/t esen vanila/ esen pisang
  • Badam cincang - tabur
Jom Cuba!
- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dlm pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dgn spatula.
- tuang ke dlm loyang yg telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak...

Cara2 nak buat kek ni senang jer, lebih kurang macam muffin, gaul2 dan bakar...senangkan, tp hasilnya mmg marbeles....wallllaaaaa

Thursday, March 22, 2012

Kek Mentega Elite Sue 'Rencah Kehidupan'

Assalamualaikum dan selamat pagiLink
Keputusan SPM 2011 mencatatkan seramai 559 calon raih keputusan A+...antara keputusan terbaik selama 5 tahun...alhamdulillah, semakin ramai pelajar yang makin pandai..dan ini menunjukkan komitmen bukan sahaja pelajar tapi guru dan ibu bapa amat berbaloi...bagi yang kurang memuaskan, rezeki ada di mana2...

ok la, kita cerita pula pasal kek mentega elite ni yang umi amik dari sue @ nenie... yang menariknya kek ni adalah antara kek terawal pembabitan sue dan yang paling penting tidak pernah menghampakan...umi memang suka buat kek....(kata umi's cup cake kan????)..terutamanya kek mentega, umi suka makan dengan aiskrim perisa vanilla...(mana tak gemuk!!!)..kek ni suami umi kata sedap dan lembut...


lebih memikat hati umi adalah warna yang sue guna..tapi umi punya terlebih pulak warnanya...jangan marah ya sue..apa pun terima kasih sue, umi minta izin letak resepinya kat sini ya...


Jom Cuba : Kek Mentega Elite Sue

Apa yang diperlukan?

Bahan A:
  • 250g self raising flour
  • 40g susu tepung
  • 200g mentega
Bahan B:
  • 5 biji telur
  • 200g gula kastor (160g gula pasir)
  • 1 camt. esen vanila
Jom Cuba!
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.

Wednesday, March 21, 2012

Mousse Mangga ke Calcium Mangga?

Assalamualaikum dan selamat petang

Apa khabar? Harap semuanya sihat dan riang hendaknya..hari ini keputusan SPM di umumkan...semoga berjaya berolah keputusan yang cemerlang..bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa, SPM bukan penentu masa depan...ia cuma jalan ke masa depan... ramai yang boleh berjaya walaupun SPM tidak cemerlang, kepada ibu bapa pula...hargailah usaha anak anda...tiada manusia yang inginkan kegagalan...peluk dan cium la anak anda tanda kasih sayang kita...rezeki ada di mana2....sebagai ibu bapa, doa kita supaya anak kita cemerlang di akhirat kelak...

Berbalik pada mousse mangga yang umi tayang ari ni...sebenarnya anak2 umi demam dan kurang selera makan...yang kecil pula sampai sakit mulut...nak minum susu pun susah, apatah lagi nak makan yang keras2...jadi, selain umi masak bubur, umi buat mousse mangga ni...cuma nazirah panggil 'calcium mangga'...mungkin bagi nazirah, rasanya macam tu..suami umi cuma senyum2 bila nazairah cakap macam tu...

resepinya umi ambil dari blog En. Mat, yang asalnya dari kak yani (myresepi : mousse strawberi)...oterima kasih keduanya...umi salin semula di sini...


Jom Cuba : Mousse Mangga

Apa yang diperlukan?

10 gram gelatin (mat guna kurang lebih 1 camca besar)
100 ml air panas
200 gram isi buah mangga
50 gram gula halus (resipi asal 70 gram)
1 camca besar jus lemon (mat guna jus oren)
200 ml whipping cream

Jom Cuba!
  1. Kisar isi mangga dan gula halus serta whipping cream hingga sebati. Ketepikan. Masukkan gelatin dalam air panas dan kacau hingga larut dan jernih. Masukkan dalam kisaran buah mangga tadi bersama dengan jus oren, kacau hingga sebati.
  2. Tuang dalam bekas sesuai, simpan dalam peti sejuk hingga beku. Hias dengan potongan buah mangga sebelum dihidangkan. Sedap dimakan kala dingin..

Friday, March 16, 2012

Tomyam Sempoi Faizal

Assalamualaikum dan selamat pagi

Perasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini untuk memperbaiki dan memperbetulkan amalan untuk bekalan di akhirat yang kekal abadi kelak...

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk bertaubat di jalan-Mu dan berikan la umur yang manfaat untukku, suamiku, anak2ku, keluargaku, muslimin muslimat...Amin

Pagi Jumaat yang penuh barakah ni, umi nak kongsikan satu resepi sempoi dari rakan sepejabat umi yang pandai masak...jangan tak percaya, rakan umi ni lelaki tau...Isteri Faizal juga seorang yang rajin memasak...selain itu, bagi sesiapa yang ingin menempah kek hari lahir, pertunangan atau apa saja majlis, boleh la tempah di blog isteri faizal, Norizan Omar (blog dapur kek)...bagi yang tinggal sekitar kembagan dan kuala lumpur boleh la tempah pelbagai jenis cake harijadi,cupcake dan tart termasuk apam polkadot....umi pastekan contoh2 tempahan norizan ni...

ha..berbalik dengan resepi tomyam sempoi faizal ni..umi sebenarnya nak mencuba pelbagai masakan tomyam dan yang paling menarik menurut faizal, ni tomyam thai...rasanya masam2 memang memikat selera umi dan keluarga...umi padankan dengan telur goreng sempoi juga..eh, meh la tengok resepi sempoi ni....

Jom Cuba ; Tomyam Sempoi Faizal

Apa yang diperlukan?
  • 2 ekor sotong sederhana besar - kerat2
  • 10 ekor udang
  • 2 labu bawang besar - hiris tebal
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 4 - 5 batang serai - ketuk
  • 2 sudu besar pes tomyam/2 ketul kiub tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 - 3 biji limau nipis - perah jus
  • 4 - 5 cawan air
  • 1/2 batang karot - potong bulat nipis
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 biji tomato - belah 4
  • garam
  • sedikit minyak


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan air dan biar mendidih.
  3. Tambah serai, bawang besar dan daun limau purut.
  4. Masukkan pula pes dan garam, kemudian tambah udang dan sotong serta sayuran.
  5. Akhir sekali masukkan jus limau dan buah tomato.
  6. Seimbangkan rasa masam dan wangi daun limau purut.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive