Monday, March 12, 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan selamat pagi

Akhirnya sampai juga seru umi untuk buat kek batik ni..walaupun dah ketinggalan sesangat dari orang lain...(alasan je, sebenarnya malas)... seronok sangat masa sediakan kek ni sebab banyak warna dan bab tompok2 dah macam budak tabika belajar seni plak..hehe.. amacam abang ady, ok tak? umi ambil resepinya dari blog Abg Ady

Nazirah lagi la seronok...mulut kecik tu asyik tanya je bila umi boleh bagi kakak rasa..kakak nak warna yang biru dan purple.... kemain seronok dia makan dengan ahnaf sampai comot abis muka dan baju...rugi pula umi tak snap gambar masa tu...lucu sangat muka masing2...

Berbalik tentang kek ni, kek ni lembut dan gabungan aroma serta warnanya memang menarik minat bukan saja anak2 tapi juga mak budak...lebih sedap makan dengan aiskrim vanilla..walla sungguh rasanya..umi ni tak abis2 nak tambah kolestrol kan? bagi sesiapa yang belum cuba, boleh la cuba..bagi yang dah cuba, sedap kan rasa kek ni...kek ni juga sesuai di buat kek hari lahir atau hantaran kerana kejadiaanya yang menarik pandangan mata

Jom Cuba : Kek Batik Arora

Apa yang diperlukan?
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa


Jom Cuba!
  1. Pukul mentega + gula sampai kembang memutih
  2. Masukkan susu pekat manis
  3. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
  5. Ayak tepung + baking powder
  6. Masukkan kedalam adunan
  7. Pukul lagi sampai adunan sebati
  8. Bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
  9. Warnakan + perisakan ikut kesukaan
  10. Sediakan loyang... tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis (setiap tompok 1 senduk)
  11. Bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam


2 comments:

ady said...

as-salam SITI
They are perfect!!!Would love one right now..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady, terima kasih tok guru..

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive