Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, December 13, 2012

Nasi Jagung Serai

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Semoga sentiasa sejahtera dan di rahmati Allah... minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk buat umi...harap2 apa yang umi usahakan akan manjadi...amin.. yang paling seronok, umi dapat berjumpa blogger yang terkenal iaitu empunya blog Engineers Love Cooking atau ELC...satu keluarga jurutera yang suka memasak...
Kebetulan blogger ini singgah di pejabat umi..sebenarnya sebelum ini hanya berjumpa di alam maya dan talian telefon je...alhamdulillah dapat juga jumpa blogger yang rajin masak walaupun lelaki tau... ni kira macam Mat Gebu la... cuma umi terkilan dapat berborak sekejap sangat memandangkan umi ada mesyuarat yang perlu dihadiri...teringin nak borak lama2 dan berkongsi minat yang sama...umi harap ada peluang tu lagi akan datang...
Hari ini umi cuma nak kongsi satu resepi mudah dan dah jadi kegemaran anak2 umi...seronok masak bila anak2 pun seronok makan... umi gandingkan nasi jagung serai ini dengan ayam goreng dan salad...nak resepi? salin la di bawah....daaaa


Nasi Jagung Serai
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

Apa yang diperlukan?
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 4o minit, toskan
1 cawan air dari jagung dalam tin*
1 cawan susu cair*
4 cawan air*(*disatukan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan jagung berkaleng dalam tin yang telah ditoskan airnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
1 biji bawang besar dadu*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
7 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis )
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung (atau minyak masak)

Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng sekejap. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan jagung, daun pandan, air + susu + jus jagung dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan masak nasi hingga betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
  3. Cedok dalam bekas sesuai, tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Makan bersama sambal ayam, boleh juga dihidangkan bersama rojak nenas...Selamat mencuba..

Monday, December 10, 2012

Roti Naik Pahang & Umi Mohon Nasihat

Assalamualaikum dan selamat pagi
Bertemu kita di pagi isnin yang indah...cepat betul masa berlalu, sekarang sudah masuk minggu kedua di bulan Disember, dan ini bermakna kita semakin hampir ke hujung tahun 2012... hampir bermula tahun yang baru masihi...semakin meningkat usia...
Tahun depan merupakan tahun pengalaman pertama buat umi dan anak umi, nazirah...pertama kali nak belajar di Tabika Pasti...pengalaman yang mungkin biasa bagi kebanyakan ibu bapa tapi umi tetap berdebar2...dah besar rupanya anak umi...umi cuma berdoa agar dipermudahkan segala urusan...doakan keluarga kecil umi ya..kalau boleh, kongsikan kepada umi berkenaan persiapan dan apa jua pengalaman yang berguna untuk umi...maklum la, umi suka buat persiapan dahulu kerana tak suka perasaan yang tak 'best' bila tak bersedia...harap sangat sahabat umi di sini dapat membantu...
Hari ini umi nak kongsikan satu resepi roti yang sangat gebu, enak dan cantik kejadiannya..anak2 umi suka makan roti ini dan kerap mengulangnya..umi suka makan bersama sambal sardin..makan yang kosong juga sedap..resepi ini adalah resepi dari sahabat FB umi iaitu Tok Mak yang terkenal dengan rempah soto dan Puding Raja Pahang...sesiapa yang berminat, boleh la order dari FB Tok Mak... resepi seperti di bawah

ROTI NAIK PAHANG......
Sumber : Tok Mak.
 
Apa yang diperlukan?
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER..
 
Jom Cuba!
KAEDAH BREADMAKER.
MASUK AIR YG DI BANCUH DGN TELUR SUSU MANIS N SUSU TEPUNG.
MASUK TEPUNG.
MASUK GULA.
MARJERIN.
SORTENING.
LAST SEKALI IBU ROTI@YEAST.
START PUTAR SEMUA ...
INTI IKUT SUKA KACANG MERAH OR KELAPA .
ROTI KOSONG PUN SODAPPP..
SELAMAT MENCUBA HINGGA BERJAYA













Friday, December 7, 2012

Cucur Bawang Kentang

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...hujan sedang mencurah-curah sekarang ini diluar jendela...lebih nikmat sebab sedang menikmati minum petang iaitu Cucur Bawang Kentang yang suam2 digandingkan dengan secawan teh o panas..nikmat yang Allah berikan...kunyah punya kunyah sambil berjalan jari dari satu blog ke satu blog, tak sedar cucur hampir habis...
Resepi cucur bawang kentang yang mudah ini, umi ambil dari Kak Hjh Ummi kuantan.. dah banyak kali buat tapi ada banyak versi derhaka dan yang taat... apa pun keaslian resepi masih dikekalkan..cuma kadang2 bahan mengikut apa yang ada di dapur kecil umi ni...umi kali pertama belajar buat cucur bawang kentang ini dari sahabat baik umi masa sekolah dulu..dalam 15 tahun lepas..indah sungguh kenangan tu....
kini, kami dah mandirikan rumah tangga dan masing2 ada sepasang cahaya mata..alhamdulillah..nak resepi? Jenguk la dibawah ini ya...umi nak sambung berangan kejap...


CUCUR BAWANG KENTANG
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Apa yang diperlukan? (anggaran):-
(# adunan kali ni mmg dibancuh lembik untuk mendapatkan cucur yang garing di luar, lembut di dalamnya, sila gunakan sudu semasa menggoreng)
  • 1 biji kentang sederhana besar - kupas dan dadu kecil-kecil
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk bancuhan (anggaran 2 - 2 1/2 cawan - biar agak lembik)
  • minyak secukupnya untuk goreng terendam
Jom Cuba!
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan soda hingga rata.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan adun hingga adunan lembik (bila disudukan dan dijatuhkan dari sudu agak lambat turunnya).
  3. Masukkan kentang dan bawang, adun rata dan biarkan sebentar (lebihkurang 5 minit).
  4. Sudukan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Balik-balikkan cucur selalu untuk mendapatkan cucur yang garing dan enak. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat. Makan ketika panas bersama sos cili + mayonis, atau dimakan begitu sahaja). Selamat Mencuba..

Thursday, December 6, 2012

Agar-agar Bandung Cincau

Assalamualaikum dan selamat petang
Bismillah hirahman nir rahim...akhirnya ruyung telah pecah dan umi dapat update blog setelah sekian lama dan halangan demi halangan ditempuh...apa khabar semua sahabat umi? Umi selalu doakan agar semuanya sentiasa di dalam rahmat Allah...Alhamdulillah, rasa lega dapat masukkan entry setelah sekian lama dan dapat menghilangkan rasa bersalah setiap kali blog ini umi tatap... ada sedikit masalah teknikal yang impaknya besar untuk umi...sebenarnya kabel camera umi tertinggal di kampung...jadi macam mana nak update gambar jika tak boleh disambung..hehe
Kiranya yang akan diupdate adalah antara resepi tertunggak...harap maaf ya sahabat2 umi...yang penting, sharing is caring dan love... nilai pengkongsian itu lebih utama... ada berita gembira iaitu umi sekeluarga baru menerima ahli keluarga baru, adik bungsu umi selamat melahirkan bayi lelaki pada 3hb Disember 2012...alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad S. A. W....tak sabar nak balik kampung untuk melihat baby kyean, anak2 umi lebih teruja dan asyik bertanya bila nak balik ke kampung...seronok betul... hari ini umi cuma nak berkongsi resepi ringkas iaitu Agar-agar Bandung Cincau yang umi ambil resepi dari Nshafeareen...umi cari untuk menghabiskan cincau yang ada di dalam peti ais..terima kasih Nshafeareen dan mohon halalkan resepi untuk dikongsi...meh la tengok resepinya...


Agar-agar Bandung Cincau
Sumber : Nshafeareen

Apa yang diperlukan?
1 peket agar-agar serbuk
1 cawan gula(sy kurangkan sbb sirap kordiel Ros dah manis)
1 cawan sirap kordiel Ros (F&N)
1 tin susu cair/sejat
3 cawan air
1 peket kecik cincau - di dadu

Jom Cuba!

Dalam periuk satukan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula larutkan di atas api yg sederhana
Bila dah larut masukan susu cair dan sirap kordiel Rose
Kacau sebati dan rasa - kalau kurang manis tambah le sirap atau gula
Tutup api masukan agar2 bandung dlm acuan atau loyang, taburkan cincau yg didadu kedlm agar2 tadi dan sejukan

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive