Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Semoga sentiasa sejahtera dan di rahmati Allah... minggu ni merupakan minggu yang agak sibuk buat umi...harap2 apa yang umi usahakan akan manjadi...amin.. yang paling seronok, umi dapat berjumpa blogger yang terkenal iaitu empunya blog Engineers Love Cooking atau ELC...satu keluarga jurutera yang suka memasak...
Kebetulan blogger ini singgah di pejabat umi..sebenarnya sebelum ini hanya berjumpa di alam maya dan talian telefon je...alhamdulillah dapat juga jumpa blogger yang rajin masak walaupun lelaki tau... ni kira macam Mat Gebu la... cuma umi terkilan dapat berborak sekejap sangat memandangkan umi ada mesyuarat yang perlu dihadiri...teringin nak borak lama2 dan berkongsi minat yang sama...umi harap ada peluang tu lagi akan datang...
Hari ini umi cuma nak kongsi satu resepi mudah dan dah jadi kegemaran anak2 umi...seronok masak bila anak2 pun seronok makan... umi gandingkan nasi jagung serai ini dengan ayam goreng dan salad...nak resepi? salin la di bawah....daaaa
Nasi Jagung Serai
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
Apa yang diperlukan?
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 4o minit, toskan
1 cawan air dari jagung dalam tin*
1 cawan susu cair*
4 cawan air*(*disatukan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan jagung berkaleng dalam tin yang telah ditoskan airnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
1 biji bawang besar dadu*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
7 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis )
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung (atau minyak masak)
Jom Cuba!
- Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng sekejap. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker.
- Masukkan jagung, daun pandan, air + susu + jus jagung dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan masak nasi hingga betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
- Cedok dalam bekas sesuai, tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Makan bersama sambal ayam, boleh juga dihidangkan bersama rojak nenas...Selamat mencuba..