Friday, December 7, 2012

Cucur Bawang Kentang

Assalamualaikum dan selamat petang
Alhamdulillah...hujan sedang mencurah-curah sekarang ini diluar jendela...lebih nikmat sebab sedang menikmati minum petang iaitu Cucur Bawang Kentang yang suam2 digandingkan dengan secawan teh o panas..nikmat yang Allah berikan...kunyah punya kunyah sambil berjalan jari dari satu blog ke satu blog, tak sedar cucur hampir habis...
Resepi cucur bawang kentang yang mudah ini, umi ambil dari Kak Hjh Ummi kuantan.. dah banyak kali buat tapi ada banyak versi derhaka dan yang taat... apa pun keaslian resepi masih dikekalkan..cuma kadang2 bahan mengikut apa yang ada di dapur kecil umi ni...umi kali pertama belajar buat cucur bawang kentang ini dari sahabat baik umi masa sekolah dulu..dalam 15 tahun lepas..indah sungguh kenangan tu....
kini, kami dah mandirikan rumah tangga dan masing2 ada sepasang cahaya mata..alhamdulillah..nak resepi? Jenguk la dibawah ini ya...umi nak sambung berangan kejap...


CUCUR BAWANG KENTANG
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Apa yang diperlukan? (anggaran):-
(# adunan kali ni mmg dibancuh lembik untuk mendapatkan cucur yang garing di luar, lembut di dalamnya, sila gunakan sudu semasa menggoreng)
  • 1 biji kentang sederhana besar - kupas dan dadu kecil-kecil
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • air untuk bancuhan (anggaran 2 - 2 1/2 cawan - biar agak lembik)
  • minyak secukupnya untuk goreng terendam
Jom Cuba!
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan soda hingga rata.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan adun hingga adunan lembik (bila disudukan dan dijatuhkan dari sudu agak lambat turunnya).
  3. Masukkan kentang dan bawang, adun rata dan biarkan sebentar (lebihkurang 5 minit).
  4. Sudukan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Balik-balikkan cucur selalu untuk mendapatkan cucur yang garing dan enak. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat. Makan ketika panas bersama sos cili + mayonis, atau dimakan begitu sahaja). Selamat Mencuba..

4 comments: