Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Thursday, January 31, 2013

Creamy Choc Oreo...yummynya

Assalamualaikum dan selamat pagi
Alamak..baru berapa hari umi tinggalkan blog ni dah bersawang la pulak...hehe..jap ya...umi kemaskan.. ops lupa...Apa khabar semua sahabat umi di luar sana? Semoga semuanya dalam lindungan Allah...umi baru baik dari demam..Alhamdulillah..memandangkan cuaca panas sangat ataupun umi terlampau banyak makan yang sejuk macam dalam gambar tu...hehe
Bila musim panas, mula la ligat nak cari minum petang yang manyejukkan tekak sedikit...tapi menu ni memang TERBAIK dan SEDAP serta MENARIK... suami umi kata macam makan aiskrim...laju je masuk ke  mulut...tak sedar, dah 2 cawan sekali makan...anak2? kalau abi dan umi nya syok...anak2 apa la lagi..nak lagi...nak lagi...
Apa kata sahabat umi semua cuba menu yang sedap dan mudah sangat..semudah 1,2, 3...Creamy Choc Oreo tersedia..ia juga sesuai untuk tetamu yang tetiba sampai di rumah...meh la tengok caranya....

Resepi : Creamy Choc Oreo
Sumber : FB Jom Masak

Bahan:
Fresh Cream
Cruch Oreo
Sos Choc
Buah Strawberry & anggur
Choc untuk diparut

Caranya:
1. Pukul fresh cream hingga kental.
2. Paipkan fresh cream ke dalam bekas.
3. Masukkan sos coklat.
4.Taburkan oreo crunch.
5. Lapiskan fresh cream lagi.
6. Paipkan sos coklat, potongan buah-buahan dan parutan coklat secukupnya.
7. Sesuai di makan sejuk.

untuk buat sos coklat sendiri...
bahannya :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sdb minyak masak
2 sdb susu cair

Caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas.
2. Masak secara double boil sehingga sebati dan larut.
3. Sejukkan dan boleh di makan.

Wednesday, January 23, 2013

Rojak India

Assalamualaikum dan selamat pagi

Rojak india ini umi buat untuk makan malam atas permintaan suami yang nak makan agak 'ringan' dan bukan nasi...ringan sangat la tu..hehe..yang penting agak berkhasiat sebab ada sayuran hijau dan kenyang betul...selalunya tak puas makan yang dibeli kerana kurang kena dengan selera kerana kuahnya manis sangat dan resepi ini agak mantop untuk selera kami....

umi ambil resepi dari bloh kak norlie (ilham masakanku)..berselera kami anak sekelurga makan..ahnaf dan nazirah paling suka cucur kerepek yang crunchy sangat...kak norlie kata resepi ini diambil dari rakan yang meniaga dan hasilnya memang tidak mengecewakan... kekenyangan kami...terima kasih kak norlie kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini...

Resepi : Rojak India
Oleh : Norlie Harumaini

Bahan Cucur :-

1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
30sen taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur

Untuk bahan cucur :
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
Siap bolehlah dihiris.


HIASAN BAHAN YANG DIGORENG

**adunan tepung :- (untuk tauhu/telur/kentang)
 tepung gandum
 serbuk kunyit
 garam
* gunakan lebihan adunan ini campurkan sedikit serbuk penaik untuk gorng udang kembung (masak last)

4 keping tauhu (goreng dengan sedikit adunan tepung) - potong kecil

6 biji telur (Di rebus dan di buang kulit nya, celup dalam adunan tepung semasa menggoreng)
minyak untuk menggoreng - belah 2

1-2 biji kentang potong (kemudian rebus dan di goreng dengan tepung) * akak x rebus sbb guna kentang jenis lembut
20 ekor udang (Gunting janggut nya saja,buang kulit dan tinggalkan ekornya sahaja. goreng dengan lebihan adunan tepung tadi tapi cairkan sedikit) * untuk jadi kembung, adunan tepung campurkan penaik dan di perap 1/2jam. kemudian pegang ekor udang lalu di celup udang dan digoreng dengan minyak yang panas

* ikut resepi asal ada cucur kerepeknya tapi akak x buat sebab x sempat.

1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Kesemua bahan ini di kacau rata dengan sedikit air dan apabila hendak menggoreng celupkan dulu sudip ke dalam minyak panas agar tidak melekat.
kemudian ambil sesenduk tepung bubuh atas sudip lalu di goreng (boleh letak udang dan bawang goreng untuk hiasan jika suka)

HIASAN LAIN LAIN
sengkuang - potong memanjang
timun - potong memanjang
taugeh - panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan sekejab sahaja terus angkat.

RESIPI KUAH ROJAK

- Bahan kuah -
300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak
Beberapa keping biskut marie kisar - umi tambah

Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa

Tuesday, January 22, 2013

Ayam Pulut Kukus

Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernah makan ayam pulut kukus? umi pun tak pernah dan ini kali pertama umi makan... sedap rasanya kalau beras pulut dimasak macam ini... tak puas umi dan anak2 makan... umi dan anak2 je? suami umi? suami umi out station, jadi umi pun masak yang ringkas dan yang penting anak2 umi kenyang serta suka...banyak betul mereka makan...lebih2 lagi sebab tak pedas...
Umi ambil resepi ni dari si cantik diana (Sky Blue Kitchen)... nampak senang dan ada step by stepnya...mudah dan cepat disediakan...seronok umi tengok anak2 umi berselera...umi juga ada lauk sampingan iaitu
 Ayam pedas dan shark's fin sup yang ready made sebagai menu sampingan..mmmm, yummy
Resepi : Ayam Pulut Kukus
Oleh : Diana Sky's Blue Kitchen

Bahan  

1 keping peha ayam - d potong kecil
1 cawan beras pulut -d cuci dan toskan  
2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis  
1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ d rendam dalam air panas dan d hiris halus  
2 inci halia _ d bersihkan dan d tumbuk kasar bersama kulitnya.
3 ulas bawang putih _ d cincang  
1/2 tsp serbuk lada putih  
Secubit Garam
 
Bahan A
2 tbsp sos tiram Maggi  
1 tbsp kicap cair Loon Kee
3 1/2 tbsp minyak bijan
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1/3 cawan air


Caranya

  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih.. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan d dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua² jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa yer ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.

Monday, January 21, 2013

Cheezy Carrot Cake Chef Amer, Tahniah Zila & Happy Birthday Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi? Harap2 jangan la monday blues ya... semoga semuanya ceria dan bahagia... sebut pasal bahagia, umi nak ucapkan tahniah kepada sahabat umi, zila yang telah disahkan mengandung... seronok bila dengar zila mengandung setelah sekian lama..Alhamdulillah rezeki Allah berikan...Zila ni rajin orangnya dan hasil sentuhan kreatifnya membuatkan semua gambar di blog nampak menarik dan yang melihat pasti tertarik...
Umi juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ibu umi, Pn. Zaitun Yusof pada 19hb Januari yang lepas...Maaf ya ibu sebab siti tak dapat balik meraikan tapi siti dan semua adik2 harap ibu gembira dengan hadiah dari kami...We all love ibu so much...
ok la berbalik kepada resepi Cheezy Carrot Cake Chef Amer ini adalah permintaan salah seorang sahabat umi di facebook iaitu MazniHaznira Mohd Nasir... jadi umi harap Mazni berpuas hati atas perkongsiann ini...suami umi yang kurang gemar makan carrot kek pun tak cukup sepotong makan kek karot ini...
Resepi : Cheezy Carrot Cake Chef Amer
Oleh ; Chef Amer

Bahan Kek
240 gm Gula
180 gm Minyak Jagung
2 biji Telur Gred A
200 gm Tepung Kek - diayak
8 gm Bicarbonate Soda - diayak
3 gm Cinnamon - diayak
250 gm Lobak Merah - diparut
150 gm Nenas Tin - dicincang
80 gm Jus Nenas Tin
100 gm Walnut _ dipanggang dan dicincang
40 gm Hawaiian Coconut Flakes

Caranya:-
Putar gula & telur sehingga kembang, masukkan minyak. Putar lagi.
Masukkan campuran tepung, gaul sebati.
Masukkan lobak merah, nenas, jus nenas, walnut & coconut, gaul sebati.
Masukkan ke dalam tin bulat 8 inci & bakar pada suhu 175 darjah selama 90 minit.

Bahan Aising
150 gm Krim Keju
30 gm Mentega Tanpa Garam
60 gm Gula Aising
3 gm Vanilla
3 gm Lemon Paste

Bahan Hiasan
5 biji Aprikot kering - dipotong kecil - umi tak letak
20 gm Toasted Coconut- umi tak letak
1/4 buku cheese cheddar - diparut halus

Caranya:-
Pukul krim keju & gula aising sehingga kembang
Masukkan mentega, vanilla dan lemon paste. Pukul lagi sehingga kembang & sebati.
Ratakan atas kek & taburkan campuran apricot. -umi cuma ratakan dan tabur cheese cheedar.

Friday, January 18, 2013

Kek Coklat Simple Tanpa Telur

Assalamualaikum dan selamat petang
Pejam celik..pejam celik...dah sampai hari Jumaat...bila hari Jumaat je, mesti mood happy sebab esok cuti..hehe..macam budak2 kan...cakap pasal budak2... resepi hari ini mesti budak2 suka..(sebenarnya mak budak pun suka sama)...
 Ok la hari ini umi tak dapat nak berceloteh panjang...kek cawan ni umi buat malam tadi...asalnya untuk sebuku kek tapi umi malas dan hanya buat dalam bentuk kek cawan...untuk topping, umi cuma cairkan coklat dan tambah sedikit butter...kemudian hiaskan dengan coklat urai warna warni...yang best lagi..tiada telur digunakan...DAN paling penting, tak payah guna mixer, hanya kacau je...apa lagi? tengok la resepinya...
Resepi : Kek Coklat Simple Tanpa Telur
Oleh : Umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara

  1. Kekcokelattt1
    Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  2. Kekcokelattt2
    Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  3. Kekcokelattt3
    Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih) 
  4. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20-25 minit ikut oven masing2.
  5. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)

Thursday, January 17, 2013

RESEPI IKAN GORENG SOS

Assalamualaikum dan selamat tengahari
 Apa khabar semua? Masak apa untuk tengahari ini? Special ke simple? Umi masak yang simple je... atas permintaan anak2...nazirah nak makan ikan goreng tapi kuah 'sup' tak nak pedas ya... nazirah dan ahnaf, bagi diaorang apa sahaja kuah di panggil sup...kalau memang sup, tak pe la...tapi asam pedas pun dipanggil sup...yang penting, umi paham dan anak2 umi makan...
Umi pun google la resepi yang mudah dan memenuhi kriteria yang anak2 minta...dalam duk pilih2... umi berkenan dengan resepi yang dikongsi oleh Hana senang dan  rasanya anak2 umi pasti suka...umi lebih suka...ok la untuk tak membuang masa, umi kongsikan semula resepi ikan goreng sos ini, cuma atas permintaan....umi tak la curahkan kuah di atas ikan...

RESEPI IKAN GORENG SOS
source : http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/ikan-goreng-sos.html

Bahan-bahan
Bahan Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuai digoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
Bahan Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu - umi tak letak
  • tomato atau timun - potong dadu
  • sedikit air nenas - umi tak letak
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu - umi tak letak
  • garam dan gula
  • daun ketumbar@daun sup - utk tabur - umi tak letak
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Taburkan daun ketumbar/daun sup dan hidangkan.




Wednesday, January 16, 2013

Tepung Ranggup Untuk Gorengan

Assalamualaikum dan selamat petang
Sahabat-sahabat umi tengah buat apa tu? Bagi yang bekerja, walaupun mata berat sebab kenyang..kerja mesti diteruskan...bagi suri rumah, boleh la rehat sebentar setelah selesai basuh pinggan mangkuk untuk makan tengahari tadi kan?.. ke ada yang dah terpikir minum petang apa yang patut disediakan untuk keluarga...bila anak dan suami pulang petang nanti...haa, apa kata cuba resepi tepung ranggup untuk apa jua gorengan ini...rangup dan pasti tak berhenti mengunyah..hehe
Semalam umi buat cempedak goreng...tepungnya memang sedap dan ranggup tapi sebab cempedaknya agak keras...terbantut sikit la tapi yang penting habis...alhamdulillah..lain kali nak goreng pisang, sukun, keledek atau apa saja pakai resepi...sedap sangat..apa tunggu lagi, meh la salin resepi..sesuai buat yang baru berumahtangga...nak pikat selera suami...
Resepi : Tepung Ranggup Untuk Gorengan
Oleh : Mariza Miza (FB Jom Masak)

Bahan :-
Cempedak secukupnya
2 cawan tepung beras cap teratai
1 cawan air
1 biji telur
1 sdb air kapur makan
garam secukupnya
gula secukupnya
sedikit pewarna kuning

Caranya:-
Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali air
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga aduan sesuai (seperti aduan roti jala)
Celup cempedak dalam adunan
Boleh mengoreng.

Tuesday, January 15, 2013

Kek Very Berry Mousse

Assalamualaikum dan selamat tengahari
Salam ceria buat semua sahabat umi di luar sana.. terima kasih kerana sudi membaca bebelan umi di sini...hehe, membebel ke? Membebel untuk kebaikan apa salahnya kan...hehe.. ok la, umi nak cerita sedikit hari ini pasal salah satu page di blog umi ni...iaitu page RYANNIS COTTON.. page ini adalah page sahabat umi yang menjual pelbagai jenis kain pasang...cantik2 tau dan harganya juga berbaloi... kalau tak percaya boleh la klik pada perkataan Ryannis Cotton tu...antara barang yang di jual adalah kain cotton dan baju kurung. ha...tengok banner pun dah tau cantik kan? apa tunggu lagi..klik la pada gambar...

Ok la.. seperti yang umi janjikan semalam, hari ini umi nak kongsikan salah satu resepi yang umi belajar semasa kelas Chef Amer pada 24hb Disember lalu...resepinya adalah resepi kek Very Bery Mousse...kek span yang telah umi kongsikan semalam, umi gunakan sebagai kek lapisan untuk kek Very Berry Mousse ini..cuma umi gantikan rasberry puree dengan blueberry puree...
Suami dan anak2 umi suka sangat kek ini...kek span juga lembut dan yummy sangat sehingga menjilat sudu..hehe...kek ini adik beradik indulgence tapi ada kelainan tersendiri dan hasilnya memang walla...memikat selera...sekejap je sebuku kek ini licin selain umi ada kongsikan bersama jiran umi...harap2 mereka sukakannya...ada yang dah ambil kertas dan pen untuk salin resepi?...haaa.. cepat la salin atau print sahaja...Selamat mencuba...
Resepi : Kek Very Berry Mousse
Oleh : Chef Amer

Bahan A
1 biji Kek span - umi guna kek span coklat 8 inci (resepi di sini)

Bahan B (Berry Mousse)
2 biji kuning telur
80 gram Rasberry puree ~ atau apa-apa puri berries pun boleh
6 gram serbuk gelatin halal
25 ml air
180 gram krim bukan tenusu

Tuangkan air dalam bekas kecil
Taburkan serbuk gelatin atasnya dan biarkan gelatin mengembang anggaran 10 minit
Sementara itu panaskan kuning telur secara double boiler sehingga ia pekat. * pastikan sentiasa dikacau
Alihkan dari api dan campurkan rasberry puri dan gelatin. Kacau rata
Biarkan sejuk
Sementara itu pukul krim bukan tenusu hingga kental, kaku dan bertanduk
Kaup baik krim bukan tenusu yang telah diputar dalam adunan puri rasberry tadi. Kacau rata

Bahan C (Chocolate Mousse)
2 biji kuning telur
100 gram Coklat gelap cair
8 gram serbuk gelatin halal
30 ml air
250 gram krim bukan tenusu

Tuangkan air dalam bekas kecil
Taburkan serbuk gelatin atasnya dan biarkan gelatin mengembang anggaran 10 minit
Sementara itu panaskan kuning telur secara double boiler sehingga ia pekat. * pastikan sentiasa dikacau
Alihkan dari api dan campurkan coklat cair dan gelatin. Kacau rata
Biarkan sejuk
Sementara itu pukul krim bukan tenusu hingga kental, kaku dan bertanduk
Kaup baik krim bukan tenusu yang telah diputar dalam adunan coklat tadi. Kacau rata.

Bahan D (Ganache)
125 ml Krim tenusu
20 gram Sirap glukos
200 gram Coklat gelap
15 gram Mentega

Didihkan krim tenusu dan sirap glukos. kemudian, tuangkan krim panas dalam coklat. Kacau rata. 
Masukkan mentega dan kacau sebati.

Bahan E
Air sirap nipis (spray) atau apa sahaja air sparkling

Untuk melapis kek.
Ambil sekeping kek span coklat, Spray air sirap untuk melembapkan kek. Letakkan 1/2 dari adunan chocolate mousse. Ratakan.
Letakkan sekeping lagi kek span coklat di atasnya dan spray kek span. Letakkan pula berry mousse. Ratakan.
Akhir sekali, letakkan sekeping lagi kek span dan sapukan chocolate mousse ke seluruh kek. Sejukkan sebentar,
Tuangkan Ganache ke atas kek, ratakan dan bekukan kek selama 4 jam.

Monday, January 14, 2013

Kek Span Coklat & Tips Kek Span

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar semua sahabat umi? Harap2 yang mengalami masalah air dapat bersabar banyak2... memang menguji kesabaran, lebih2 lagi jika masih ada anak kecil... tak dapat umi bayangkan macam mana nak buat... mana nak basuh baju, pinggan mangkuk, mop rumah, mandi dan segalanya... kalau tiada elektrik, masih kita boleh ada alternatifnya...jika tiada elektrik, kalau tak boleh blend, kita tumbuk guna lesung atau giling...susah sangat, hiris je...tapi masih memerlukan air...sabar la wahai sahabat umi sekalian...
Ok la, hari ini umi nak kongsikan satu resepi mudah dan umi suka sangat kejadian kek ini...kek span coklat yang umi ambil resepi dari blog Rahel...umi suka sangat sebab kek ini menjadi dan sedap...umi buat kek span coklat ini sebagai asas untuk kek yang akan umi kongsikan resepinya esok...kek yang umi belajar dalam kelas Chef Amer yang lepas...bila? tak tau? Moh baca SINI
Tetapi hari ini umi bukan sahaja nak kongsi resepi tapi juga tips dari pakar kek untuk dapatkan kejadian kek span yang cantik...antara tips yang kita perlu tau (sebenarnya tips ini berguna untuk umi yang baru belajar..hehehe)

Tips ini sesuai untuk kek span dan kek chiffon (tips ini dari kak mariza dan ada di FB Jom masak page)
  1. Tepi loyang TIDAK perlu di gris, jika gris, kek akan penyek sebaik sahaja di keluarkan dari loyang. 
  2. Terlebih bakar, kek akan mengecut sedikit  
  3. Sebelum terbalikkan kek, ambil sehelai kertas minyak , sapukan sedikit marjerin...letak pada permukaan loyang, letakkan pada redai, baru diterbalikkan, (seperti gambar dibawah)..ini untuk mengelakkan permukaan kek 'cedera'. 
 
4. kek yang telah masak, wajib terus dikeluarkan dari oven...sisipkan tepi kek dengan pisau dan terus di terbalikkan... kek yang dibiarkan sejuk dalam loyang akan mengecut dan penyek

umi pun baru tau tips2 di atas...alhamdulillah memang cantik kejadian kek span umi...ok la, meh tengok resepinya pulak...

Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria
Oleh : Rahel

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven. Griskan acuan.Alas dasar acuan dengan baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama
   5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.

Friday, January 11, 2013

Kelas Kek Komersial 2 Chef Amer

Assalamualaikum dan selamat pagi
 Cerita ini dah basi la sikit tapi umi tetap nak cerita jugak...hehe..kelas ini umi pergi di Mom's Bake House di Taman Seri Pulai Perdana, Skudai Johor pada 24hb Disember 2012. Bengkel ini di uruskan oleh Pn. Siti Zaleha dan dihadiri seramai 17 orang peserta. Nama kelas ini adalah Kelas Kek Komersial 2 bersama Chef Amer. Alhamdulillah, ini adalah salah satu azam umi pada tahun 2012 dan dah tercapai. Kelas ini umi belajar 4 jenis resepi kek yang lazat dan menjilat jari jemari tau.
 Di dalam kelas ini juga umi bukan sahaja diajar buat kek dengan cara yang betul tapi lebih memahami perbezaan antara butter, bahan tenusu dan bukan tenusu, bagaimana ia terhasil, perbezaan tepung dan fungsinya, dan beza antara single action dan double action baking powder. Selain dari bahan kek dan fungsinya, Chef Amer yang telah berpengalaman dalam Coklat selama 20 tahun ini juga berkongsi tips berkaitan dengan COKLAT....yummmy....Chef juga ada memberi petua kalau ingin memasak, minta izin dengan yang Empunya iaitu Allah s.w.t. dan bercakaplah dengan bahan2 tersebut kerana dengan izinNya semua berlaku...
 Lebih teruja, apabila kak Azlita dan anaknya, Dalili datang ke kelas ini pada sesi petang...rezeki dapat jumpa kak ita yang manis dan peramah...Dalili pula malu2 je...tak sangka, termakbul juga doa umi untuk jumpa dengan mereka yang selalu umi baca di alam maya je...Hanya Allah yang tahu perasaan umi...
 Maniskan Dalili ini...
 Kelas Chef Amer tak terasa masa berlalu walaupun dari pagi hingga ke petang kerana Chef Amer pandai berlawak jenaka dan celotehnya buat kami tak kering gusi...peserta pada hari tu pun amat sporting dan bersemangat...ada yang datang dari Sabah semata-mata untuk ke kelas Chef Amer...umi pun kebetulan balik ke Johor awal dari jangkaan...nak jadi rezeki kan..lepas ini umi akan cari kelas Chef Amer di KL pulak untuk tahun 2013 ini...ada yang nak join?...jom terjah blog Chef Amer
 Kek Chocomelo
 Kek Very Berry
 Kek Cheezy Carrot Cake
 Kek Cheese
 Harap dapat berjumpa lagi
Chef yang amat ceria, kami sayang Chef

Thursday, January 10, 2013

Sambal Belacan Mangga

Assalamualaikum dan selamat pagi
Siapa tak kenal sambal belacan? ada ke? Kalau yang tak makan tu mungkin ada tapi kalau tak kenal tu...aish, macam tak percaya sebab di Malaysia ni, sambal belacan merupakan satu masakan yang amat membangkitkan selera... lebih2 lagi bagi yang gemar makan makanan yang pedas2...rasanya rata2 restoran atau kedai makan terutamanya makan tengahari akan menyediakan sambal belacan...walaupun pedas, aroma dan rasanya tetap memikat...walaupun berpeluh dan merah muka, ia tetap jadi pilihan..lebih terliur dimakan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman...nikmatnya
Sebenarnya umi dah lama nak makan sambal belacan mangga, dan seperti biasa umi akan cari resepinya dari En. Mat Gebu yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 37 tahun ...Tahniah En. Mat Gebu diatas kematangan usia...hehe.. dan terima kasih diatas pengkongsian resepi mudah tapi lazat ini...

Resepi : Sambal Belacan Mangga
Oleh : En. Mat Gebu


Apa yang diperlukan?
1 biji buah mangga kampung, kupas kulit dan ambil isinya
20 biji cili padi merah thai, cuci dan toskan
1 inci belacan, dibakar hingga harum
1/2 camca teh gula
Secubit garam
Ulam2 kegemaran anda untuk dimakan bersama (mat guna ulam daum selom)
Jom Cuba...
Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula hingga lumat, berhati dari terkena percikan sambal tadi. Masukkan mangga dan tumbuk sedikit, tak perlu lumat sangat, kasi hancur sikit2 sudah memadai. Gaul rata dengan sambal belacan tadi, rasa sedikit, kalau ok boleh cedok keluar dari lesung batu. Hidangkan bersama ulam2 dan juga nasi....berpeluhhhhh!!!...

Wednesday, January 9, 2013

Nasi Mandy

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari
Apa khabar semua sahabat umi...dah makan tengahari ke belum? Mungkin ada yang makan awal atau ada yang masih kenyang lagi? Umi sudah makan dalam mesyurat tadi dan masih kenyang kerana lewat bersarapan...sarapan yang agak berat iaitu nasi lemak...alhamdulillah rezeki hari ini..dah tau kan umi nak kongsikan resepi apa hari ini...eleh, kat tajuk kan dah ada...hehe... 

Siapa yang tak pernah makan nasi mandy..ini nasi mandy ayam...kali kedua umi buat sebab anak2 umi suka sangat makan nasi mandy...lebih2 lagi ada sup dari stok ayam untuk buat nasi ini...resepi umi ambil dari kak Chahaya Shiela...empunya blog spices journey... Terima kasih kak Chahaya Shiela atas pengkongsian respi nasi mandy yang sedap ini...izinkan umi kongsikan di sini pula... bagi yang nak buat sendiri nasi mandy ini boleh la cuba sebab ia mudah dan yang paling penting, SEDAP tau!

Resepi : Nasi Mandy
Oleh : Chahaya Shiela

Apa yang diperlukan?

Ayam Mandy :-
1 kg ayam
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato masak
1 sudu besar rempah soto tok mak
2-3 helai daun pandan
3 ulas buah pelaga
sedikit bunga lawang, kayu manis, cengkih

Caranya :
Bersihkan ayam dan potong mengikut citarasa masing-masing. Sebaiknya potong kepada 4 bahagian sahaja.
Setelah dibersihkan, rendam sebentar ayam dia dalam air bercampur serbuk kunyit. (ini adalah untuk ayam tidak hanyir dan segar). Kemudian bersihkan dan bilas.
Blendkan bawang besar, halia dan tomato.
Masukkan separuh bahan blend serta rempah soto, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga di dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Rebus bersama ayam tadi dengan api sedrhana untuk mendapatkan stok ayam. (umi lebihkan air untuk dibuat sup)
Masukkan juga daun pandan.
Bila ayam sudah masak, keluarkan dan toskan dahulu.
Simpan stok untuk di masukkan dalam nasi.

Bahan Perap

1 sudu besar rempah soto tok mak
sedikit garam
saffron/ serbuk kunyit
perahan lemon
hirisan bawang
sedikit daun pudina

Bila sudah ditoskan, perap ayam dengan rempah soto tok mak lagi, sedikit garam, saffron, perahan lemon, hirisan bawang dan sedikit daun pudina.
Setelah 1/2 jam diperap, bakar di dalam oven lebih kurang 30-40 minit pada suhu 170 darjah sehingga gaing sedikit atau terpulang pada selera masing2.
Bila sudah masak, masukkan ke dalam periuk nasi dan letakkan di atas nasi mandy yang telah di masak.

Nasi Mandy;-
3 pot Beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan
Minyak sapi + minyak zaitun untuk menumis
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
daun pandan
garam secukupnya
saffron (direndam dalam sedikit air panas) / pewarna kuning
Sedikit lada hitam biji (optional)
Sedikit daun pudina
Baki bahan kisar tadi

Caranya :-
Sediakan periuk untuk memasak nasi.
Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Kemudian masukkan baki bahan kisar, daun pandan dan lada hitam biji.
Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi dalam 5-6 pot beras (bergantung kepada jenis beras).
Bubuh garam dan sedikit daun pudina.
Alihkan ke periuk nasi elektrik, biar sampai masak.
Kacau perlahan supaya masak rata.
Jangan kacau kerap sangat, nanti beras hancur.
Bila sudah masak betul, masukkan saffron.

Bahan Salsa:-
1 biji buah timun - di potong dadu dan dibuang bijinya
1 biji buah tomato - di potong dadu dan dibuang bijinya
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
sedikit daun pudina - dicincang halus
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Caranya ;-
Campurkan semua bahan diatas hingga rata.
Bahan Sos;-
1 biji tomato ( dibuang biji )
3 batang cili merah
6 tangkai cili padi
sedikit daun pudina
Sedikit air
Minyak zaitun
Sedikit garam
Perahan lemon

Caranya:
Blend tomato, cili merah, cili padi, daun pudina dengan sedikit air. Setelah blend, masukkan minyak zaitun, garam dan perahan lemon.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive