Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua sahabat umi... semoga semua sihat hendaknya... sekarang ni musim ramai yang batuk, selsema dan demam... jadi minum lah air masak secukupnya.. tapi jika telah sakit, jangan lupa makan ubat dan semoga cepat sembuh... Minggu ini minggu cuti sekolah.. seronok anak2 dapat bercuti seminggu.. mak dan ayah pun tumpang cuti sekali... meluangkan masa untuk anak2 adalah salah satu terapi untuk pembesaran anak2.. anak2 yang penuh kasih sayang....
Seperti biasa bila anak2 ada di rumah, ibu2 pun sibuk sedikit menyediakan juadah kegemaran anak2.. kali ini umi masak Fish & Chip hasil intaian dari blog zachoes... seorang ibu yang hebat memasak.. dan resepi ini telah dicuba oleh ramai termasuk Qaesh Honey... ternyata resepi ini memang kena dengan selera keluarga kecil umi..lain kali nak cuba lagi...selamat mencuba...
Homemade Fish & Chip
Oleh : zachoes.blogspot.com
Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya
Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3.
Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan
tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat
ikan nanti). Ketepikan.
Bahan batter/adunan:
1C air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya
Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan
hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila
adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut,
ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi
rangup ikan tu nanti.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.
Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.