Kini nazirah telah mencecah usia 3 bulan. Manisku ini masih kerap tido. Alhamdulillah, nazirah tidak banyak ragam dan jarang berjaga di malam hari. Harap2 ia kekal. Ada orang kata sifat bayi semasa di dalam pantang dan selepas itu, amat berlainan. Nazirah sudah pandai gelak walaupun seperti kata orang tua...bayi masih belum melihat...hanya naluri dan bayangan. Masa untuk mencari pengasuh. Pada asalnya nazirah nak dihantar ke nursery tapi telah penuh. Nampaknya terpaksalah kami cari alternatif lain. Panik juga. Maklum la..kali pertama jadi parent ni. Pengalaman pun kurang, nak harapkan keluarga...dua2nya jauh... Ya Allah...bantulah kami...Amin
Alhamdulillah...pencarian kami berakhir bila ada insan yang boleh menjaga nazirah. Lega rasa hati...'Kak Yang' nama panggilan untuk 'mama angkat' nazirah ni.Pencarian kami berakhir apabila diperkenalkan kepada Kak Yang. Mama angkat nazirah ni duduk di Fasa 2. Alhamdulillah...Mungkin ini rezekinya, memandangkan Kak Yang seorang suri rumah sepenuh masa dan ada 3 orang anak yang masih belajar. Semoga nazirah selasa dan sesuai dengan 'mama'nya ini.
0 comments:
Post a Comment