Friday, June 3, 2011

Nasi Minyak Resepi Bonda tapi bukan Bondaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam tadi umi masak nasi minyak yang simple dan sedap disamping warna yang menarik (perasan je kan)...tetiba je rasa nak makan nasi minyak..bukan mengidam ya...sekarang cuti sekolah memang banyak orang makan 'nasi minyak' dah tak ada menu nasi minyak...menu sekarang canggih, nasi arab la, nasi beriani la, nasi jagung, nasi carrot la...macam2..meriah macam trend kerja kahwin pun dah pelbagai...melalut dah umi ni...oklah resepi ni umi ambil dari blog dari dapur kecah..resepi keluarga yang simple dan mudah buat yang 'teringin' nak makan nasi minyak....nasi minyak ni pula umi makan bersama ayam ala kassim...menarik namanya kan? Rasanya pun menarik dan 'kena' sangat dimakan dengan nasi minyak ni...nak resepi ayam ala kassim? Nanti umi masukkan...tapi sebelum tu meh kita tengok dulu resepi nasi minyak ni dulu...jom cuba...


Jom Cuba : Nasi Minyak Resepi Bonda

Apa yang diperlukan?

Bahan A

  • 3 cawan beras – dibasuh & ditoskan


Bahan B (ditumbuk sehingga halus)

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ inci halia

Bahan C

  • 1 ulas bawang besar di mayang halus
  • Rempah empat serangkai (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, biji limau (buah pelaga kot kalau tak silap)

Bahan D

  • 1 sudu majerin
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan disimpul

Jom Cuba!

  1. Mula-mula, didihkan air di dalam rice cooker (ikut sukatan beras yea) – empunya guna jari, so tak tau nak tulis banyak mana air.
  2. Panaskan kuali, tumiskan semua Bahan B bersama-sama dengan Bahan C . Bila dah naik bau, masukkan ke dalam rice cooker yang air telah dididihkan lebih awal.
  3. Biarkan air mendidih sekali lagi, masukkan pula Bahan D berserta beras (bahan A).
  4. Apabila Nasi telah masak, masukkan pewarna merah. Siappppppp!!!

Umi makan dengan ayam ala kassim...selain dari itu boleh juga makan dengan ayam masak merah, acar timun atau apa saja lauk yang digemari.


1 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive