Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pejam celik, pejam celik...dah masuk hari khamis...esok pula cuti sempena hari Malaysia...mesti ramai dah ada perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga memandangkan cuti selama 3 hari....mungkin ada yang akan pulang ke kampung, menghadiri dan mengadakan majlis perkahwinan, menganjur atau pergi ke rumah terbuka, bawa anak2 berjalan2, mengemas rumah bersama2, atau akan sambut hari Malaysia di Dataran Merdeka...seronok kan terutamanya kanak-kanak la....
Hari ini umi nak kongsikan lagi satu menu yang umi hidangkan minggu lepas...tak habis2 lagi kan? salah satu kegemaran anak2 iaitu kek coklat kukus, resepi dari hanismajid di Myresepi.com...katanya resepi ini adalah resepi ibunya... semuanya mudah dari bahan2 yang digunakan dan penyediaannya...hanya kacau dan tak perlu pakai mixer pun...kemudian kukus dan tunggu hingga masak...lembut je kek coklat ni...tapi AWAS, jangan terlebih kacau...alamatnya KACAU juga la hasilnya...resepi ini umi kongsikan juga atas permintaan adik umi, lyana yang katanya tiada oven hanya ada pengukus di rumah....tak pe, kek kukus pun sedap juga untuk tetamu yang datang...silap2 ada yang menempah...umi perlu cuba dulu resepi ini, memandangkan kek coklat ni sedap, baru umi kongsikan untuk semua...ok la, jom tengok resepinya
Jom Cuba : Kek Coklat Kukus Hanismajid
Apa yang diperlukan?
- 2 cawan tepung blue key /tepung naik sendiri
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan milo
- 1 cawan serbuk koko vochelle
- 4 biji telur ayam
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan air panas
Jom Cuba!
- Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
- Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
- Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
- Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
- Didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit
- Dah siap...kalo nak letak topping lagik best....
- selamat mencuba....caiyok2
0 comments:
Post a Comment