Tuesday, September 20, 2011

Agar-agar Gula Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ha...umi dah nampak ada yang geleng kepala....kenapa la umi sejak 2 menjak ni asik layan agar2 atau puding je....tahan mata je la ya...umi tengah semangat mencuba puding2 yang ada dalam senarai dan paling senang untuk dihidang bila ada tetamu yang datang mengejut....jadi masakan dari tuan rumah pun yang simple dan terkejut juga la disamping menu utama dan biskut2 raya yang dah tak berapa nak ada dalam balang tu...layan je la mood puding ni ya...



Umi janji, esok umi tak tayang menu puding...umi akan tayang menu lain plak? menu apa? haaa..itu kita kena tunggu dan lihat la...
Walaupun umi tau ramai yang kata "eleh, agar2 gula melaka je...senang la"...tapi tak pe, umi tetap nak kongsikan kepada sesiapa yang sudi dan nak tau je la...yang dah tau tu, duduk diam2 ya...mari tengok resepi yang umi ambil dari CMG ni...



Jom Cuba : Agar-Agar Gula Melaka

Apa yang diperlukan?
  • 20 gram agar2 serbuk
  • 60 gram gula melaka, dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir (yang ni ikut tahap kemanisan yang anda mahu)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/4 camca teh pewarna coklat (umi tak letak)
  • 800 ml air
  • 200 ml santan
  • 1 biji telur gred B
  • 3/4 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
Jom Cuba!
  1. Satukan gula melaka, pewarna coklat, gula pasir, daun pandan, serbuk agar2 dan juga air, kacau rata dan masak hingga gula larut, rasa jika kurang manis tambah sedikit lagi, biar mendidih. Tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Sementara itu satukan telur bersama santan, esen vanilla dan garam, kacau rata. (cara umi : masukkan serbuk agar2 dalam periuk dan masukkan air perlahan2. kemudian kacau sehingga rata, barulah dimasukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. ini supaya ia tidak berketul2)
  2. Tuang santan tadi ke dalam agar2, masak dengan api perlahan, kacau sedikit. Biarkan santan tadi menjadi seakan2 gumpalan kecil.
  3. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas sesuai. Biar hingga hilang wap panasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk dan mengeras. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive