Sunday, September 11, 2011

Best ker ........Best Ever Muffin? Best Banget....

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dah sarapan? Ke ada yang masih berpuasa sunat? Bagi yang berpuasa tu selamat berpuasa dan bagi yang tidak, sarapan apa pagi ni? sarapan yang berat2 ke yang alas perut je? Sarapan tu penting tau..jangan abaikan terutamanya bagi kanak2...umi pernah baca satu artikel mengenai sarapan pagi seperti dibawah ini iaitu sumber dari F-buzz.com:

Sebelum mengetahui manfaat, atau akibat tidak makan pagi/sarapan, mungkin kita perlu mengetahui apa itu makan pagi atau sarapan? Makan pagi atau sarapan merupakan makanan yang dimakan ketika pagi hari sebelum kita beraktifitas, makanan itu terdiri dari makanan pokok serta lauk pauk atau bisa juga makanan kudapan. Jumlah dari makanan yang dimakan ketika sarapan/makan pagi adalah sekitar kurang lebih 1/3 dari makanan sehari.

Manfaat yang kita dapat ketika kita rutin makan pagi atau sarapan adalah;

  • Membantu untuk mencukupi zat gizi.
  • Dapat memelihara ketahanan tubuh, agar kita dapat beraktifitas atau belajar atau bekerja dengan baik.
  • - Membantu memusatkan pikiran untuk belajar dan memudahkan penyerapan pelajaran.

Sedangkan akibat jika kita tidak rutin makan pagi, adalah;

  • Jika untuk anak sekolah akan malas dan tidak dapat berpikir dengan baik.
  • Badan akan terasa lemah, hal itu disebabkan kekurangan zat gizi yang diperlukan untuk tenaga.
  • Untuk orang dewasa, performance kerja akan menurun.
  • Tidak dapat melakukan aktifitas atau kegiatan atau pekerjaan di pagi hari dengan baik.

Nah setelah kita mengetahui pentingnya sarapan atau makan pagi, mari kita biasakan jika kita belum membiasakannya, mulai dari diri kita, keluarga.

ha...dah tau kan kelebihan makan pagi atau sarapan, sekarang jom cuba Best Ever Muffin ni yang umi ambil resepinya dari kak izah yang terkenal dengan muffinnya yang menarik dan sedap2..kalau rasa tak mahu buat sendiri, boleh la tempah dengan kak izah...gerenti tak kecewa...kalau nak order, email je kak izah di alamat baisku09@gmail.com atau lawat web kak izah http://izahdaut.blogspot.com/...tolong promosi la pulak umi ni kan? sekali sekala apa salahnya....jom tengok resepi muffin yang best ni....



Jom Cuba : Best Ever Muffin

Apa yang diperlukan?(Untuk 12 biji)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • ¼ cawan minyak sayuran
  • 1 cawan kurma yang dicincang- umi tambah

Jom Cuba!
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
  2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
  3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
  4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
  5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. (umi pilih kurma memandang kan banyak lagi kurma dalam simpanan)
  6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

8 comments:

azeemazain said...

wahhh,..macem sedappp,..ehehe

umi's cup cake said...

memang sedap zie, cuba la...gerenti tak menyesal

nor said...

ass nampak best je

ima_nor@rocketmail.com said...

nak try buat lah

umi's cup cake said...

Nor memang best, cuba la buat

umi's cup cake said...

ima_nor, cuba, jangan tak cuba tau...lagi pun fillingnya boleh dipelbagaikan...

yanmaneee said...

adidas yeezy
goyard handbags
goyard
goyard
supreme clothing
goyard handbags
golden goose outlet
golden goose sneakers
goyard handbags
moncler jackets

nide said...

discover this replica bags wholesale mumbai over at this website replica radley bags replica ysl bags replica bags in pakistan

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive