Thursday, September 22, 2011

Blended Carrot Cupcakes Kak Fida

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cantikkan kalau kesemua lobak ni ada kat Malaysia...mesti warna warni lagi la warna masakan kita...macam warna warni kehidupan kita, ada suka, duka dan macam2 lagi perasaan...bagi yang tak tau apa tu lobak merah, (ada ker?) maknanya ialah

Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN. Lobak merah juga digunakan bagi penyediaan acar timun, air lobak, dan kek lobak.

ha...cerita pasal kek lobak, hari ni umi nak kongsikan satu kek lobak yang dikisar dan sangat sedap...lembut je tapi umi derhaka sikit sebab tambah kekacang sikit dan kismis cincang...umi buat untuk rumah terbuka adik umi, jadi snap gambar pun kat sana je..ikut 'dan' je la...resepi ni dari kak fida di Myresepi.com..banyak resepi kak fida kat situ dan best2...kak fida ni rajin sangat cuma kak fida tak ada blog, kalau tidak, dah lama umi follow...umi tak sempat nak buat versi cupcake, jadi umi buat dalam loyang je...jom tengok cara2 buat kek lobak ni



Jom Cuba : Blended Carrot CupCakes

Resepi asal :Blended Orange Cake by Kak Fida@myresipi.com
Sumber : umiscupcake.blogspot.com

Apa yang diperlukan?
Link

  • 1 batang lobak merah(dlm 180g)
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • 1 cawan kekacang - umi tambah
  • 1/2 cawan kismis cincang - umi tambah
  • secubit serbuk kayu manis*(optional)

Jom Cuba!

  1. Bersihkan kulit lobak merah(kikis jika perlu),potong2 kecil.Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Masukkan pula kekacang dan kismis cincang. Kacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga masak

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive