Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lambat betul umi masukkan entry ari ni kan? Sibuk sikit dengan hal duniawi...apa khabar? masih lagi dengan monday blues ke? Hari ni umi tak sempat nak 'layan biru' sebab banyak yang perlu diselesaikan dahulu...
mesti ramai yang memenuhi undangan rumah terbuka di minggu akhir yang lepas kan....tak kurang juga yang meraikan perkahwinan...mesti ujung minggu lepas adalah minggu kekenyangan...kat opis umi ada yang kenyang sampai ke pagi tadi..tu tak campur keletihan bila jadi tuan rumah lagi...umi pun banyak sangat undangan sampai tak la masak yang berat2...membazir kata suami umi...'bontrot' atau lauk yang dibekal bawa balik pun sampai malam ada lagi....jadi hari sabtu lepas umi cuma buat cheesecake truffle...tapi alahai...
umi tak tau boleh ke panggil cheesecake truffle kalau tak sempat di salut dengan coklat masakan, dah anak2 umi makan sampai 3 ketul sorang...akhirnya umi tak salut la...kira halal la ya tuan punya resepi iaitu mizyebbynaa.blogspot.com... rasa cheesecake ni makan macam tu pun dah sedap sangat...untuk suami umi, umi letakkan aiskrim vanilla dan curahan kasih sayang...ops curahan hersley chocolate syrup la (macam gambar kat atas tu)...alhamdulillah, cheesecake ni menepati citarasa tekak kami la..terima ksih kepada yang empunya resepi sebab anak2 umi suka sangat dan akan umi pasti akan buat banyak kali
Jom Cuba : Cheesecake Truffle
Apa yang diperlukan?
- 250gm PHILADEPHIA CREAM CHEESE ( Biar suhu bilik)-umi guna tatura je
- 2 biji telur
- ½ cawan gula (gula biasa) – ikut citarasa, nk manis tmbah lebih
- 1 sk esen vanilla
- 1/3 cawan whipping cream
Jom Cuba!
- Pukul telur, cream cheese, gula & garam guna mixer (sampai kembang)
- Masukkan esen vanilla
- Akhir sekali masukkan whipping cream
- Masukkan dalam bekas, pastikan bekas sudah disapu majerin supaya tidak terlekat (macam masak kek)
- Bakar dalam 30-40minit (umi bakar suhu 150 darjah selama 20-25 minit ikut oven umi, ikut saiz acuan juga)
Untuk Dipping Coklat :
Cairkan coklat, celupkan cheese cake tadi & keraskan dalam 2 jam
4 comments:
cheese ! sedap nya nampak , huhu post untuk addin boleh tak umi ? hehe :D
memang sedap cheesecake ni addin..tapi kalau dip kat coklat mesti lagi sedapkan? nak post boleh kalau addin duk KL la...
nike shoes
ferragamo belts
timberland boots
michael kors outlet online
nike cortez
curry 6
hermes belt
nike jordans
michael kors factory outlet online
air max 95
e4z16v5r51 k3z01q7c23 l6b38k8s41 a7u57t1n51 u3p06z1s21 g1k06h0q67
Post a Comment