Images

Puding Mangga Zila4ever

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pejam celik, pejam celik..dah hari khamis kan? epat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya...bagi cikgu2 mesti seronok dapat hadiah dari murid2 kan semalam...seronok bila diraikan..terutama bila murid2 sekolah rendah...dan umi nak kongsikan satu cerita lucu berkenaan Hadiah Hari Guru dari satu laman web, ceritanya begini....

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar 
Cikgu : Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
haha...kadang2 lain yang cikgu maksud kan tapi anak muridnya terlalu jujur...ok la hari ni umi nak panjang2 kan resepi yang umi ambil dari blog zila4ever...iaitu puding mangga...dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang ni...puding ni salah satu pilihan minum petang...puding ni sedap, tak cukup walaupun untuk keluarga kecil umi ni...umi gandakan aduanan dan sekejap je licin na...ok la meh la tengok bahan2 yang diperlukan..kalau tak cukup...sempat lagi ke kedai ni...hehe

Jom Cuba : Puding Mangga
Apa yang diperlukan?

  • 5 gram serbuk jelly "konnyaku"
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat "IDEAL"
  • 200 gram isi mangga masak*
  • 125 ml air*(*dikisar halus)
  • 2-3 titik pewarna kuning - umi tak letak sebab tak ada
  • Hirisan mangga untuk hiasan


 Jom Cuba!
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buah mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga.
  4. saya  campurkan juga buah mangga yang didadu didalam adunan..

4 comments:

salam siti..senyum sendiri k.atie baca kisah ana murid & guru tu:D
Wah!sedapnya puding mangga..mmg sedap di mkn dlm cuaca cam skrg...

Salam kak azatie,
jujur kan anak murid tu...bangga dapat anak murid macam tu..sedap tau puding mangga tu...cepat je abis..

Hahahahhahaha, hadoiii gelak sakan dah ni baca cerita kat atas tu hehehhehehh... maunya.. nasib baik nengsan! kalau keranda hadoiiiii

agar2 tu nampak sedaPPPP sangat tuuuuu adehhhh kecur dahh ni

tu la kak sha kalau keranda..tak tau la budak tu sampai kelas pukul berapa..memang sedap agar2 ni..anak2 suruh buat lagi

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (22) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (51) lain (59) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (43) mee (22) minuman (12) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (75) sup (34) Telur (9) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers