Images

Bingka Keledek Ungu

Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu...hari ni merupakan hari perkhidmatan terakhir salah seorang sahabat umi di pejabat ini...beliau akan berpencen setelah lebih 20 tahun berkhidmat...berpencen pada usia 56 tahun...En. Mahmud akan menyambut hari lahir pada 18hb Mei...jadi kami rakan sepejabat ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu...
Hari ni juga umi nak kongsikan satu resepi dari blog Rahel masak apa?... satu blog masakan dengan persembahan dan gambar2 yang menarik...blog rahel juga ada diterbitkan dalam majalah jelita keluaran may 2012...ops, berbalik dengan resepi yang umi ambil dari blog rahel iaitu bingka keledek ungu...satu kuih yang sangat mudah dan sedap...
kebanyakan orang2 lama memang akan suka akan rasa kuih bingka ni..rasanya seaakan2 kuih bakar keledek...sedap dan lemak2 gitu..umi memng suka yang lemak2 ni...macam lemak berkrim di sukai ramai...hehe...suami umi puji hasil kuih ni..alhamdulillah cuma 'tang' gambar je 'fail' kan?


Bingka Keledek Ungu
Resepi by: Rahel

Apa yang diperlukan?
300g keledek ungu yg sudah dibuang kulit-kukus*
1 cawan tepung gandum-ayak
1 cawan gula pasir*
2 biji telur gred A*
1 cawan santan pekat*
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak masak*
sedikit bijan untuk tabur
1/2 sudu teh garam*

Jom Cuba!
1.Kisar bahan bertanda hingga halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum,gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 7'' yang telah digris dengan marjerin.Taburkan bijan.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 35-40 minit.
   Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

8 comments:

ady said...

AS-SALAM SITI
amboi bingka keledek ungu..nampak berselera pulak..cantik warna ungu tu..Yum yummm!!!!

Salam Abg Ady,
sedap tau abg ady..ras lemak dia...uh, terangkat...warna pun menarik

salam siti..amboi sedapnya klu dijamu ngan bingka keledek unggu.
Tp kat sini k.atie jarang jumpa lak kledek unggu.klu yg kaler putih/oren..byk lar.

salam kak atie...
tak pe warna apa pun keledek ni sedap masak mcm ni..rasa lemaknya memikat

Salam dear... bingka keledek ungu ni agaknya sedap ekk... lemak aje rasanya... ada bijan pulak tu sure lemak dan bila di gigit ketis ketis heehhee.. kecur dah ni..:)) Happy Teacher's Day!

Salam kak sha..
bingka keledek ni memang lemak2 manis yang sedang2 je..memikt selera dan warnanya pun menarik..a'ah sedap je bijannya

Salam Umi's cup cake,
saya dah cuba nak buat masak lemak dengan keledek ungu, tapi tak jadi sebab bila dicampur dengan air warna ungu keluar dan warna masak lemak tak jadi menarik. sebab tu saya buat bingka.

Salam Engineers,
umi pun tak pernah cuba masak lemak keledek unggu..tapi bingka ni sedap kan?

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (23) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (52) lain (61) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (44) mee (23) minuman (13) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (78) sup (36) Telur (11) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers