Thursday, April 12, 2012

Bingka Cheese Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi

Apa khabar? Minggu yang agak sibuk bagi umi... baru hari ni dapat update blog...hehe...pagi ni umi nak kongsikan resepi bingka yang sangat sedap dan lembut sangat...hasil kongsi dari hasue dan izah...nak tau macam mana sedapnya? Tanya la ahnaf dan nazirah....

Hingga menjilat jari jemari la...

dah lama simpan resepi ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat (ayat cover malas tu)... anak2 umi jarang suka kuih bingka tapi bila makan bingka cheese sarawak ni...laju je sebut "umi, nak lagi"... alhamdulillah, nazirah suruh buat lagi..kuih bingka ni pun sesuai untuk yang tak ada gigi, telan je sebab lembut sangat dan yang penting sekali rasa lemak2nya yang memang memikat selera....



ok la tak payah cakap panjang2...meh la cuba bingka cheese ni, lebih2 lagi yang suka makan bingka dan cheese ...umi salin balik di sini..tq hasue dan izah sekali lagi...



Jom Cuba : Bingka Cheese Sarawak

Apa yang diperlukan?
Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g) *izah guna agar2 serbuk 10gm - umi ikut izah
3 cawan air
1 cawan gula pasir *izah kurangkan sedikit

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong *izah guna tepung gandum - umi ikut izah
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Jom Cuba!

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

4 comments:

izahdaut said...

a budak2 suke la kan sebab lemak2 rasa susu tu kan. mmg sedap ni. buat satu adunan banyaakk. mmg boleh berbaagi2 kat jiran2.. suke tengok budak2 makan, dan perkataan 'ummi nak lagi'..memang memberi kepuasan kan kan.. hehe

umi's cup cake said...

betul tu zah, apa pun kita masak bila keluarga makan penuh selera..kita tak makan pun tak pe...rasa kenyang je

ady said...

as-salam Siti
1st time dgr bingka cheese sarawak ni..menarik jugak resepi ni.. bila tgk gambar anak2 siti tu dah tahu mesti sedap bingka ni..

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abg ady,
cuba la abg ady, bahan2 nya senang dan yang penting sedap lemak2 gitu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers