Tuesday, April 5, 2011

Aiskrim Strawberi paling mudah


atas permintaan rakan umi - En Amirul Azmey, umi catatkan resepi homemade aiskrim yang paling mudah semua orang boleh buat sebab bahan asasnya ada kat dapur masing2. rakan umi minta sebab anak2 nya suka sangat makan aiskrim terutama musim panas macam sekarang ni...ok..jom tengok resepi

Jom Cuba : Homemade Aiskrim Strawberi

Apa yang diperlukan?

  • 2 1/2 cawan serbuk coffeemate
  • 2 1/2 cawan susu Full-Cream
  • 1 cawan gula castor
  • 2 sudu teh strawberi emulco
  • Strawberi Filling secukupnya(kalau tak nak letak pun takpe)

Jom Cuba!

  1. Satukan serbuk coffemate, susu full cream dan strawberi emulco. Kemudian pukul dengan blender hingga kembang, berbuih dan ringan.
  1. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
  2. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula. Kemudian tambah gula, pukul dengan blender sekali lagi hingga lembut.
  3. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  4. Bila sudah separuh beku, letakkan strawberi filing secukupnya macam gambar dibawah.

5. Bekukan semula hingga selama 3 jam. Bila telah beku boleh lah di hidangkan.

Tapi kalau nak resepi lagi mudah macam resepi asal dari mas,

Homemade Coklat Ice Cream
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :

  • 2 1/2 cawan serbuk coffemate
  • 2 1/2 cawan susu perisa coklat

Cara membuatnya :

  1. Satukan serbuk coffemate dan susu coklat kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan. Kali ni Mas blend jer semua bahan2 tu, lebih senang dari mixer.
  2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
  3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut. Mas blender sekali lagi.
  4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
  5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan.


5 comments:

Shafa said...

thanks melawat blog fa tadi... rajin umi wat homemade aiskim. bagus2. nanti update dgn pelbagai resepi lagi k ^__^/

anismelon said...

jalan sini...mcm best je..na try la nanti..sedap x??huuuu...follow kamoo...

umi's cup cake said...

Shafa dan anismelon,
selamat datang..jangan lupa resepi ni..sedap..hingga menjilat sudu

Jom Makan Angin said...

Dah try tp x buh coffe mate. Sdap jg.

yanmaneee said...

louboutin shoes
nike basketball shoes
kd shoes
hogan outlet online
fila
coach outlet sale
yeezy 700
nike cortez men
reebok shoes
balenciaga shoes

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive