Thursday, April 21, 2011

Unbaked Oreo Cheese Cake



Umi buat oreo cheese cake ni untuk anak babysitter anak2 umi (adik)..dia suka makan cheese cake..kesian la pulak, jadi umi cari la resepi cheese cake yang paling mudah dan tak payah bakar..lagi seronok kebetulan adik puasa..boleh dijadikan salah satu menu berbuka...nak sediakan kek ni amat mudah dan cepat...nikmat rasa bila cheese cake ni sampai ke tekak...ok la..jom tengok resepi dari kak zu..umi tak ingat kat mana resepi asal sebab dah lama ambil untuk jadi koleksi..minta ampun kak zu...

Jom Cuba : Unbaked Oreo Cheese Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan dasar:

  • 200 gram oreo hancur (ada kat kedai bakery) / biskut digestive - hancurkan
  • 10 gram butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan selama 20 minit dalam fridge. (macam gambar di bawah)

Bahan Filling:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 sudu besar jus lemon(umi guna sunquik je)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
  • 100 ml air panas
  • 200 ml whipping cream
  • 60 gram gula(umi guna gula castor)
  • 100 gram biskut oreo yang telah hancur

Jom Cuba!

  1. Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
2. Tuang air panas di dalam bekas. kemuadian masukkan serbuk gelatin dan kacau hingga benar2 larut. Ketepikan. (jangan masukkan gelatin baru air panas, gelatin akan berketul)

3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula hingga kembang.

4. Kemudian masukkan larutan gelatin dan jus lemon . Pukul lagi.

5. Masukkan whipping cream tadi, kacau secara kaup balik hingga sebati dan rata.

6. Masukkan pula biskut oreo yang telah hancur.

7. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Hias dengan deco kegemaran.



Selamat Mencuba...

7 comments:

kAmi dAn mEreKa said...

kite pernah buat cheese cake ni, tp yg calouful punyew, sedaplah jugak wpun susu terlebih, hehe =)

iLa suHaiLa said...

tertelan air liur tgok cheese cake nie..nak buat tapi xde masa..hehe

umi's cup cake said...

Kami dan mereka,
umi tak rajin la nak buat colourful tapi boleh jugak untuk lain kali..idea yang bernas

umi's cup cake said...

Ila. tak pe umi pun ikut dan je..nnt bila dah sampai seru, bagi umi rasa ya

pu3 said...

wah...macam sedap jewk tengok..ley try ni..

umi's cup cake said...

Pu3, try la sedap dan senag je buat..lebih2 lagi makan masa sejuk..nyaman rasa tekak

Anonymous said...

rhnloeye qfxaowkqun moncler uk sale qzyxkmu http://mclerjakcetsxoutletstores.webeden.co.uk/#8612 bmgyxqab csosszttew ralph lauren sale lcidwjh http://rallphlaurenxoutletstores.webeden.co.uk/#4572

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers