Friday, April 22, 2011

Thin Crust Pizza


Resepi ini umi ambil dari syahnina@myresipi.com sebab teringin nak makan piza yang nipis macam domino tu...disamping tu umi nak abiskan serba sedikit barang dalam esbok tu...satu resepi yang mudah dan kenyang...alhamdulillah, umi buat bekal suami, anak2 dan umi la...satu adunan boleh dapat 3 keping bersaiz 20cm diameter..untuk topping umi derhaka skit(sebenarnya malas, hehe)....ok la, mari tengok bahan2 yang diperlukan...

Jom Cuba : Thin Crust Pizza

Apa yang diperlukan? : 3 keping (20cm)

Doh:
  • 200gm tepung serbaguna, diayak
  • 4gm garam
  • 105ml air
  • 12gm mentega tanpa garam
  • Topping:
  • Crab stick dan sosej, dihiris
  • Daging kisar-umi tambah
  • Hirisan daging ayam - umi tambah
  • Jagung dalam tin - umi tambah
  • Bawang besar, dihiris
  • cendawan butang, capsicum, dihiris (umi tak letak sebab tak ada stok)
  • Keju mozzarella, diparut(umi ganti dengan Cheesedale je)
Sos bechamel:(umi cuma guna sos spageti kimball : Selasih dan Bawang putih)
  • 50gm mentega tanpa garam
  • 60 gm tepung, diayak
  • 1000ml fresh milk
  • 4gm garam

Jom Cuba!

  1. Untuk doh:
  2. Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga t ak lekat ditangan
  3. Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
  4. Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.
  5. Untuk sos berchamel
  6. Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
  7. Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
  8. Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
  9. Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
  10. Sapukan sos bechamel atas doh. (umi sapu sos spageti)
  11. Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
  12. Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.
  13. Cara umi : umi bakar dulu dalam 15 minit dalam oven yang telah dipanaskan (suhu 150C ikut oven umi), lepas tu keluarkan dan letak cheesedale, then bakar balik dalam 10 minit supaya cheesedale tak hangus)

0 comments:

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive