Images

Pankek Strawberi & Sos Coklat


pankek ni umi buat untuk sarapan..resepi yang mudah dan sesuai untuk orang yang malas macam umi...lebih2 lagi hari cuti ujung minggu..sarapan yang ringkas tapi kenyang tau....fav. nazirah terutama bila makan dengan sos coklat Hasley tu...lagi la terangkat...hari ni hari malas umi so malas nak celoteh panjang2..jom tengok resepi pankek ni...

Jom Cuba : Pankek Strawberi

Apa yang Diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur -cuci dulu
  • 1 sudu kecil strawberi emulco


Jom Cuba!

  1. Masukkan semua cecair ke dalam blender (santan, minyak dan telur). blend rata.
  2. Masukkan pula tepung dan garam. Blend sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 1/3 bahagian (ditambah strawberi emulco) dan 2/3 bahagian, warna asal.
  4. Panaskan non-stick pan. corak kan bahagian berwarna ikut corak yang digemari. tapi bukan penuh.
  5. Lepas tu, tuang yang warna asal menutupi warna strawberi tadi.biar masak dan balik kan.
  6. Buat sehingga habis. Boleh makan bersama sos coklat harsley atau mengikut hiasan kegemaran seperti buah pisang.

licin nazirah makan, alhamdulillah

4 comments:

yanie anuar said...

singgah n follow

terima kasih singgah, nnt umi follow

Terasa lapar plak..hehe

Singgah gegar sini..salam kenal..nak follow boleh?

Latest Entry : Jom ExChange Link dengan Blog UpProfits!

and : Let's Make Malaysia the FB Capital of the World!

lapar ke? kesiannya..
salam kenal..terima kasih sebab sudi follow..nnt umi follow jugak ya

Labels

ahnaf (38) aiskrim (11) apam (7) Ayah (3) Ayam (40) bekal (14) birthday (34) biskut (19) buahan (47) Bubur (13) Coklat (27) cup cake (20) Cuti2 (11) daging (23) Entah (22) Follower (5) GA (18) Info Rumahtangga (5) kek (96) Kenangan (25) kuih (52) lain (61) lepat (1) Majlis (10) makan2 (46) Makanan Laut (44) mee (23) minuman (13) Muffin/Cup Cake (44) murtabak (6) nasi (43) Nazirah (65) NGM8 (5) piza (4) Potluck (4) puding (28) rojak (3) Roti (38) Sayuran (78) sup (36) Telur (11) Tempahan (9)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers