Thursday, May 16, 2013

Spaghetti Carbonara Senang!

Assalamualaikum dan Selamat Petang
Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu  Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan adanya barisan Kabinet yang baru ini, kerajaan dan rakyat akan lebih terbela. Lakukan dengan hati yang tulus ikhlas, tentu mendapat berkat dari Allah. amin.
spaghetti yang dicucuk dengan sosej
Ok la berbalik kepada resepi spaghetti cabonara senang ni... atas permintaan puteri tersayang, nazirah... kalau suami umi kurang gemar spaghetti ni... katanya tekak melayu, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.. cewah... memandangkan suami umi out-station, boleh la umi masak yang senang2 sahaja.. lagi pun anak2 tengah nak membesar...layan je la... bukan susah pun...resepi ini umi ambil dari blog Salam Dunia... terima kasih Mohammad Majduddin atas pengkongsian ini...izinkan umi kongsikan di sini...

Resepi :  Spaghetti Carbonara Senang!
Oleh :
Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti
2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego
3) 1 tin cendawan butang
4) 4-5 batang sosej
5) 8-10 ekor udang saiz sederhana
6) 3-4 ulas bawang putih
7) 1 labu bawang besar
8) 1/2 cawan susu segar
9) Serbuk lada hitam
10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.
2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.
5) Masukkan sos carbonara Prego.
6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.
7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!
8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.
*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.
*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D
 

11 comments:

hazila said...

Saya dah lama juga tak masak spaghetti kat rumah. Prefer carbonara dari bolognese.

umi's cup cake said...

Saya memang lebih suka carbonara juga..anak2 pun terikut..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Umi..Anak2 kat rumah ni pun suka carbonara ni tapi mereka lebih suka macaroni..klu masak ni, bertambah2 mereka makn mengalahkan makan nasi.. ^___^

Sweet red cherry said...

hai, salam umi..

menggoda sungguh spageti tu tau..walaupun tengah sakit tapi beselera lihat menu tu..nak skit..heheh..

umi's cup cake said...

Waalikumsalam Sue,
anak2 akak, makaroni suka yang letak cheese tu..lebih terangkat

umi's cup cake said...

Salam Bbwana,
tak sihat ke? Jangan lupa makan ubat ya..datang la sini, nnt umi masakkan...makan panas2..lebih segar

Mohammad Majduddin said...

Assalamualaikum kak umi. thanks kak umi sebab sudi try resipi yang saya share tu.. =D

yanmaneee said...

golden goose outlet
jordan retro
air max 97
coach outlet sale
nike air force 1
nike air max 270
supreme hoodie
yeezys
nike air max 97
nike shoes

rotoath said...

replica nappy bags replica bags philippines 7a replica bags wholesale

Anonymous said...

Apa khabar semua sahabat umi? Hari semalam umi dah dapat Menteri yang baru untuk Menteri Kerja Raya iaitu Fadillah Yusof dan timbalannya Rosnah binti Abdul Rashid. Semoga dengan adanya barisan Kabinet yang baru ini, kerajaan dan rakyat akan lebih terbela. Lakukan dengan hati yang tulus ikhlas, tentu mendapat berkat dari Allah. amin.
khaadi stitched dresses
khaadi stitched collection

slesesmi said...

allez sur le site Web répliques de sacs 7a en gros ce contenu dolabuy louis vuitton notre site Web meilleurs sacs de répliques

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive