Wednesday, May 8, 2013

Paprik Ayam & Telur Dadar Cendawan

Assalamualaikum dan selamat pagi
Menu yang amat biasa bagi semua orang dan ada yang tak pandang sebelah mata pun kan... ada juga yang boleh masak lauk ni sambil pejam mata... boleh ke? apa pun hari ini nak juga kongsi resepi yang dah lama umi ambil dari kak Noor Secubit Garam sebab suami umi dan sekarang nazirah pun suka sangat makan... umi tak berapa sangat lauk ayam paprik ni tapi demi keluarga kecil yang tercinta ini, umi buat juga... seronok sangat bila suami bertambah2 makan dengan nasi panas... lebih seronok bila nazirah makan sampai 3 kali tambah... hati mana tak seronok kan? 
Selain ayam paprik... umi gorengkan juga telur dadar bercendawan... makin la tambah selera... walaupun ringkas, nilai kekeluargaan bila makan bersama tu... nikmatnya...resepi telur dadar ni pun dari kak Noor juga...mesti ada yang kata, aik telur dadar pun nak guna resepi?.. terpulang pada anda tapi bagi umi, umi akan hargai apa pun air tangan seseorang itu..hatta telur goreng sekali pun...
Lagi pun, orang berbudi, umi kena la berbahasa... Kak Noor dah berbudi... umi dan keluarga dah puas merasa... jadi apa salahnya umi ucapkan terima kasih sangat2 buat Kak Noor atas perkongsian ini... izinkan umi panjangkan pula, agar manfaat kepada semua...untuk saham akhirat...
PAPRIK AYAM

Bahan-bahan 
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah
bahan2 perasa

Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin)
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
TELUR DADAR BERCENDAWAN
Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar 
1 bj cili merah 
4 - 6 keping cendawan tiram 
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.

7 comments:

ady said...

as-salam siti
sedapnye PAPRIK AYAM... mkn dgn roti perancis pun sedap ...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam...
masa anak dara dulu akak suka paprik.. tp sejak2 dah kawin mcm dah dilupakan plak paprik ni.. agaknya terbawa2 sbb suami tak suka dngan paprik.. sebenarnya dia tak suka masakan yg letak daun limau purut.. hehe.. tp jika tomyam.. akak mmg suka sampai skrg walaupun hubby tak suka.. hehe..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady,
siti tak pernah cuba makan dengan roti perancis..nnt nak cuba lah

umi's cup cake said...

Salam kak madiha..
La..terbalik la kita ya..siti tak berapa paprik tapi jadi suka sebab suami suka..hehe..tapi tom yam memang sentiasa suka

Liza said...

sesekali mkn simple cmni mmg best kan, lajuuu je...

umi's cup cake said...

Memang laju kak liza..ringkas tapi selera

raybanoutlet001 said...

tiffany and co uk
adidas stan smith uk
michael kors handbags clearance
nike air zoom pegasus 32
tiffany jewelry
retro jordans
adidas nmd runner
michael kors handbags,michael kors handbags clearance,michael kors clearance
yeezy boost 350
fitflops sale clearance
michael jordan shoes
nike huarache
adidas nmd
fitflops clearance
nike air zoom
michael kors handbags
nmd adidas store
tiffany and co outlet
nike air huarache
cheap uggs

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive