Friday, May 24, 2013

Mushroom Soup..Yummy!

 Assalamualaikum dan selamat pagi
 Apa khabar semua sahabat umi? Harap semua dirahmati Allah selalu...
Marilah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita sebanyak mungkin....

Sampai ternganga mulut nazirah makan kan? sedap sangat la pada dia... kalau mushroom sup memang makan bertambah...tak kira la makan dengan roti ke, pasta ke atau makan macam tu je... tak toleh la orang lain kecuali suapkan adik dia, ahnaf...memang rajin sangat...katanya macam suap 'baby'..
Resepi ini umi ambil dari izah... dah banyak kali buat tapi kali ni je sempat nazirah jadi model tetap...hehe.. seronok tengok gambar dia ada dalam blog ni... ye la kan, kalau umi dah tak ada nanti kakak masakkan la untuk ahnaf dan abi ikut resepi dalam ini ya...kenang umi dalam doa kakak... ok la untuk resepi kat bawah ni ya...
MUSHROOM SOUP
resepi: Minami@myR
sumber: Izah 


Bahan-Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa *izah xletak
1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
Sedikit lada hitam


Cara Penyediaannya
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti. - nazirah makan dengan pasta...

8 comments:

Bbwana adienia said...

salam umi..

sedapnya mushroom soup tu..apalagi homemade..saya pun suka gak makan..ada lagi tak?

umi's cup cake said...

salam bbwana,
dah habis la dear..nnt umi buat lg ya

Engineers Love Cooking said...

Salam Umi, may be my version lain sikit, dah update kat blog last week.

umi's cup cake said...

Salam ECL,
ye ke..ni mesti cuba ni..apa khabar? pergi bercuti ke mana cuti sekolah ni?

zila norazila said...

Cntik model kecik tue..mesti suka dgn mshroom tue..nmpk sedapp

umi's cup cake said...

A'ah zila kalau mushroom soup...laju bebenor habisnya...

Mamasya said...

Aslmkum Umi
sedap mushroom sup...buat sendiri puas hati mkn sekeluarga.
re; Umi tengok emel ya. tk

eray said...

salam perkenalan dear,
sedapnya soup tu..anak2 memang suka kan...nanti boleh cuba resepi awak. tq

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/harga-mealshake-shaklee-beli-harga-ahli.html

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive