Tuesday, May 21, 2013

Doa Hari Lahirku... Alhamdulillah & Kek Buah Kukus Chahaya Shiela

Assalamualaikum dan Selamat pagi
 .... بسم الله الرحمن الرحيم....
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana berikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Amin Ya Rabbil-Alamin.
Ni la kek hari lahir umi...hehe.. simple je dan yang penting sodap bebeno...resepi yang dikongsikan oleh kak Chahaya Shiela dan sedang menular dari satu blog ke satu blog... setiap hari umi nampak ada saja blog yang kongsikan kek ni... kek yang memang sedap bagi umi dan keluarga... jika allahyarham ayah umi masih ada, ini salah satu kek kegemaran ayah...
Umi kukus kek ni 3 jam sahaja...tak sabar nak tunggu 4 jam... dan bila dah betul2 sejuk... walla, benar bagai dikata..kek ni sedap sangat dan lembap... lebih sedap bila dah simpan lama sedikit... cuma warna kek umi ni tak gelap sangat..hehe... tak kisah la, yang penting sedap dan lepas kempunan nak makan kek buah kukus ini.. bagi sesiapa yang di Shah Alam, boleh la tempah terus dari kak shiela dan merasai air tangan kak shiela... yang di Kuala Lumpur pun boleh buat tempahan, cuma ada sedikit cas yang dikenakan... selain kek buah kukus, kek red velvet cheese brownies dan makaroni bakar... jangan segan untuk singgah di blog kak Chahaya Shiela...
Resepi : Kek Buah Kukus

Bahannya:
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug*
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Caranya:
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. 

** Saya kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Saya isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.

13 comments:

ady said...

AS-SALAM SITI
Selamat Ulang Tahun Siti Khairiah... semoga Panjang Umur, murah Rezeki & diberkati Illahi...

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam Abg Ady,
Terima kasih dan amin atas doa abang

Liza said...

salam umi, Happy Birthday buat Umi...semoga sentiasa di bawah lindunganNya..Aamiin
Akk pun pernah buat kek buah ni, siap bawak balik kpg lg sbb abah akk mmg suka kek cmni..

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
Amin..terima kasih kak liza..kek ni memang sedap dan basah2 gitu kan?

zila norazila said...

salam syg ummi..happy bthday tau..moga sentiasa drahmati ALLAH..kek tue zila pun dh masuk list..tggu next yer baru buat..lama btl kan he hhee

Sweet red cherry said...

salam umi..

happy birthday dan moga panjang umur n murah rezeki..

umi's cup cake said...

Salam Zila sayang,
terima kasih dan amin atas doa zila..lambat lagi la umi nak tengok gambar cantik zila pasal kek ni

umi's cup cake said...

Salam Bbwana,
Terima kasih atas doanya.

kurus said...

eppy bday buat adik
semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki ..

bestnyaaa kek tuu sure sedapp kan .. dah lama x makan kek buah ..uhuh

umi's cup cake said...

Terima kasih kak ieda...Amin atas doa..
Sedap kek buah kukus ni...lembap je

Shiela said...

Assalamualaikum umi.. Happy belated Birthday juga buat Umi.. Maaf yer akk baru berkesempatan menjenguk.. Terima kasih kerana sudi mencuba dan berbanyak banyak terima kasih siap promo lagi.. Alhamdulillah.. :)

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam kak shiela,
tak pe umi paham akak tak menang tangan sekarang..tentang promo tu, ikhlas dari hati..

5689 said...

zzzzz2018.8.14
salomon
moncler jackets
mulberry handbags
giuseppe zanotti sneakers
michael kors outlet online
tods outlet
hermes belt
ralph lauren uk
ralph lauren outlet
adidas ultra boost

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive