Friday, March 16, 2012

Tomyam Sempoi Faizal

Assalamualaikum dan selamat pagi

Perasaan umi pagi ni seronok sangat...satu perasaan indah yang tak dapat diungkap dengan kata2 sebab umi tak pandai nak bermadah...rasa tenang kerana diberikan peluang di muka bumi Allah ini untuk memperbaiki dan memperbetulkan amalan untuk bekalan di akhirat yang kekal abadi kelak...

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk bertaubat di jalan-Mu dan berikan la umur yang manfaat untukku, suamiku, anak2ku, keluargaku, muslimin muslimat...Amin

Pagi Jumaat yang penuh barakah ni, umi nak kongsikan satu resepi sempoi dari rakan sepejabat umi yang pandai masak...jangan tak percaya, rakan umi ni lelaki tau...Isteri Faizal juga seorang yang rajin memasak...selain itu, bagi sesiapa yang ingin menempah kek hari lahir, pertunangan atau apa saja majlis, boleh la tempah di blog isteri faizal, Norizan Omar (blog dapur kek)...bagi yang tinggal sekitar kembagan dan kuala lumpur boleh la tempah pelbagai jenis cake harijadi,cupcake dan tart termasuk apam polkadot....umi pastekan contoh2 tempahan norizan ni...

ha..berbalik dengan resepi tomyam sempoi faizal ni..umi sebenarnya nak mencuba pelbagai masakan tomyam dan yang paling menarik menurut faizal, ni tomyam thai...rasanya masam2 memang memikat selera umi dan keluarga...umi padankan dengan telur goreng sempoi juga..eh, meh la tengok resepi sempoi ni....

Jom Cuba ; Tomyam Sempoi Faizal

Apa yang diperlukan?
  • 2 ekor sotong sederhana besar - kerat2
  • 10 ekor udang
  • 2 labu bawang besar - hiris tebal
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 4 - 5 batang serai - ketuk
  • 2 sudu besar pes tomyam/2 ketul kiub tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 - 3 biji limau nipis - perah jus
  • 4 - 5 cawan air
  • 1/2 batang karot - potong bulat nipis
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 biji tomato - belah 4
  • garam
  • sedikit minyak


Jom Cuba!
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan air dan biar mendidih.
  3. Tambah serai, bawang besar dan daun limau purut.
  4. Masukkan pula pes dan garam, kemudian tambah udang dan sotong serta sayuran.
  5. Akhir sekali masukkan jus limau dan buah tomato.
  6. Seimbangkan rasa masam dan wangi daun limau purut.

Related Posts:

  • Ayam Bakar Madu Umi... Madu Umi? oh...benar kah? Assalamualaikum dan Selamat pagi ISh, jangan cepat panik... kalau umi nak dimadukan, umi akan umumkan tarikh nya.. biar macam Ustaz Azhar Idrus (UAI) buat..baru aman rumahtangga... hidup pun harmoni...Mari meh..mari... ma… Read More
  • Siakap Stim ala Thai Mamamya Assalamualaikum dan selamat petang Semenjak semalam lagi, bumi Allah basah dan sejuk... Bagi yang bekerja di Selangor... hari ini merupakan cuti umum... apa perancangan ketika cuti? Harap dapat dimanfaatkan bersama insan … Read More
  • Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Assalamualaikum dan Selamat pagi Resepi nasi ayam ni umi ambil dari Blog Kasihs.. memang simple tapi sedap nasi ayam ni..sesuai dengan selera keluarga kecil umi ni... terima kasih Filla atas perkongsian ini... Ok la umi tak … Read More
  • Meatball Cabonara Cheese Meleleh Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan semua sahabat umi? kalau tak sempat sarapan yang berat2...alas la perut dengan sarapan yang agak ringan...supaya ada tenaga...pagi ini suami dan anak2 umi sarapan yang agak men… Read More
  • Akhirnya...maggi kari ketam masam manis Assalamualaikum dan selamat petang Ya Allah berikan lah kekuatan dalam menjalankan tugasan harian ku... hari isnin...penuh dengan kerja sebab nak cuti lama sikit nanti... bila nak siapkan semua kerja... dugaannya, hanya A… Read More

3 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Umi..emmm tom yam memang kegemaran Sue especially Tom Yam putih..Lagi pedas&ala-ala masam lagi Sue suka..

dan berkenaan kek mentega elite tu memandangkan Sue guna mixer ayam brand, jadi bahan-A&B kedua-duanya Sue pukul sampai kembang secara berasingan then bila mix keduanya, Sue pukul tak berapa lama sangat takut terlebih pukul...

umi's cup cake said...

salam sue..terima kasih sebab umi tak tau sangat...

ady said...

as-salam Siti
tom yam mmg kegemaran anak bujang..suka sangat dia dgn tomyam..
apam polkadot tu npk cantik2..belum pernah buat apam polkadot tu SITI...

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive