Wednesday, March 14, 2012

Lempeng pekak menu sama CMG hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi

Macam janji je hari ni umi dgn CMG, menu yang sama tajuknya :HARI HUJAN, SARAPAN LEMPENG PEKAK... dan umi MEMANG amik dari blog CMG tu pun..cuma umi tambah sedikit sayur supaya anak2 umi makan sayur, tak boleh nak pilih dan asing2 kan...CMG makan dengan kari tapi umi cuma cicah sardin dan tak pedas...bertambah2 nazirah makan...

Ahnaf makan macam tu je...umi cubit2kan jadi kecil supaya senang dia makan...2 keping juga la dia makan...alhamdulillah, walaupun menu ringkas tapi yang penting anak2 dan suami umi kenyang...

Meh la umi copy menu ni semula dari CMG...yang macam2 janji2 hari ni...

Jom Cuba : Lempeng Pekak

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang dan daun saderi secukupnya- umi tambah
  • Sos pencicah kegemaran anda atau kuah kari, kuah gulai, sambal tumis dll- umi makan dengan kuah sardin
Jom Cuba!

  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yang anda suka untuk sarapan atau pun minum petang....

7 comments:

Qira d' Dapur said...

Aduh sedapnya lempeng pekat nie... tambah musim hujan lagi sedap makan...

ady said...

as-salam SITI
dah malam2 baru datang..nak tgk lempeng pekat tu...npk sedap..ada lagi tak Siti nak rasa..

umi's cup cake said...

memang sedap Qira, yang penting kurang kolestrol...

umi's cup cake said...

ala abg ady, dah habis la..nanti siti buat lagi ya..senang dan cepat je..

izahdaut said...

semalam pun saya melempeng jugak. tapi lempeng susu ;-) anak2 suke makan lempeng manis2 lemak gitu. tapi good idea jugakkan letakkan sayur2 tu. tapi mcm dh dapat bayang je diorg suh korek2 sayur tu nanti. hahaha

umi's cup cake said...

tu la..anak2 ni pilih sayur yang suka je..umi siap cakap, tak boleh kuarkan...tipu2 skit (boleh ke?)

umi's cup cake said...

tu la..anak2 ni pilih sayur yang suka je..umi siap cakap, tak boleh kuarkan...tipu2 skit (boleh ke?)

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive