Friday, March 9, 2012

Marble Chocolate Cheesecake yang tak mable

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah telah berjumpa lagi kita pada pagi jumaat yang penuh barakah sekali lagi..Terima kasih Ya Allah diatas rahmat-Mu dan berkatilah umur kami ini....

Umi terburu-buru sikit pagi ni...ada tugasan menanti..jadi, jamu la mata dengan kek yang sedap hasil bongkar dapur kak ummi Home Sweet Home...makan dengan vanilla aiskrim amat memikat hati keluarga kecil umi...umi tak berhajat nak berceloteh lama...jadi, jenguk2 la resepi hebat ni kat bawah ya...maaf, undur diri dulu....

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 180 gm mentega
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
  • 170 gm gula kastor
  • 3 biji telor
Cara Membuat:-
  1. Griskan loyang 8 inci (kali ni akak guna loyang 7x7 inci) dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi.
  4. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula .
  5. Bahagikan kepada dua bahagian. (kali ni akak terus tuang adunan kek sekaligus n letak adunan cheese atasnya dan lorekkan).-umi ikut cara kak ummi yang ni...

Bahan B:-
  • 250 gm cream cheese (*kali ni akak ada stok 208 gm jek)
  • 60 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara Menyediakan Kek:
  1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan.
  2. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan.
  3. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
  4. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit (adjust ikut oven masing-masing). Biarkan sejuk dahulu baru dipotong.
# Bagi cara buat kali ni, kerana bahagian cheese adalah di atas, setelah 20 minit dibakar, akak tutupkan loyang dengan aluminium foil dan sambung bakar hingga cheese masak....tu pun nampak dah kekuningan baru betul2 masak....kalau x tutup, harus garing kot, x tau laaa...pandai2 letak adunan cheese kat atas pulak kali nih...hehehee...

2 comments:

Miss Amateur Cook said...

saya follower yg ke 444. erkk no x ong ni bagi cina. hehe. sedapnya la tengok marble chocolate cake umi buat tu. dengan topping ais krim lagi. huhh tak tahan tengok. :D

umi's cup cake said...

Terima kasih sebab sudi ikut blog yang tah apa2 ni..o\no tak penting, yang penting persahabatan kita..cuba la mana yang berkenan

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive