Assalamualaikum dan selamat pagi
Macam mana mood semua pagi ni? harap agar ceria sentiasa...tapi umi agak 'tertekan' sedikit dengan tugasan yang perlu umi siapkan dan perbaiki sebelum hari Jumaat kerana terpilih untuk 'percalonan'... percalonan apa? gempak je lebih kan bunyi ye...hakikatnya hanya percalonan untuk pembinaan terbaik anjuran jabatan tempat umi bekerja...hehe
sebagai orang baru dan belum pernah masuk jadi calon...memang umi rasa berdebar sangat... ye la, nanti ada yang kurang...itu normal cuma kalau boleh tak nak kekurangan yang tidak munasabah...Doakan agar umi dan sahabat dapat buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik..InsyaAllah.... hari ini umi nak kongsi menu tah apa2 umi malam tadi..umi buat ayam goreng rempah ranggup ni untuk dimakan bersama tortilla...tang 'tortilla' tu umi cuma beli dah siap...bagi yang sudi, meh la tengok menu yang tak se'gah' mana ni...
Jom Cuba : Ayam Goreng Rempah Ranggup
Apa yang diperlukan?
Jom Cuba : Ayam Goreng Rempah Ranggup
Apa yang diperlukan?
- 500 gram isi ayam - dipotong memanjang
- 5 sudu rempah kari
- 5 sudu rempah beriani
- 2 sudu gula
- Garam secukup rasa
- Tepung goreng pisang adabi secukupnya - ikut arahan pada peket
- Telur - dikocok sedikit
- Salad, tomato secukupnya.
- Sos kegemaran.
Jom Cuba!
- Lumurkan semua bahan dan isi ayam kecuali tepung goreng dan telur. Perap sekurang-kurangnya 20 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Celup isi ayam dalam telur.
- Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicelup ke dalam tepung. Pastikan semua disalut.
- Biar isi masak sepenuhnya. Setelah masak, toskan dengan tisu.
- Untuk tortilla, ikut arahan memasak seperti di paket.
- Balut isi ayam dengan salad serta tomato dengan tortilla. Makan bersama sos kegemaran. - umi makan dengan thousand island.
2 comments:
Salam Kak Umi...Bila tengok akak guna tepung ni utk goreng ayam..terus terbayang-bayang kerangupannya..nak try jugalah satu hari nanti
Salam sue..cuba la..saje nak pelbagaikan penggunaan tepung tu (sebenarnya malas nak buat bancuhan lain)
Post a Comment