Tuesday, March 13, 2012

Roti Goreng Rangup Hasue

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah sarapan? Memandangkan sekarang anak2 cuti sekolah, apa sarapan yang ibu sediakan hari ni? Mesti yang terbaik untuk anak2 tersayang kan? Mungkin ibu yang surirumah lebih sibuk atau lebih ringan kerja bila anak2 ada bersama di rumah...ada pembantu la katakan...seronok nya dapat buat aktiviti bersama-sama...

Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari Hasue yang senang dan mudah...(sebenarnya umi nak habiskan stok roti, hehe).. roti yang sangat rangup dan lebih sedap dengan menggunakan kaya sebagai inti roti ini...rasa lemak2 manisnya amat memikat...anak2 pun mesti suka...bagi ibu2 yang bekerja, resepi ini mesti menjadi salah satu pilihan...ok la, jom tengok resepi best ni...tak lu juga, terima kasih Hasue dan minta halal ya resepinya


Jom Cuba : Roti Goreng Rangup

Apa yang diperlukan?

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Jom Cuba!

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh. - umi sapukan sedikit planta atas roti sebelum letak serikaya
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

Related Posts:

  • Donut Tofu LembutAssalamualaikum dan selamat pagiJangan la gelak kan umi sebab bukan setakat ketinggalan keretapi tapi ketinggalan siput... maknanya siput pun lagi laju dari umi..baru sekarang umi boleh buat donut yang sedap ni..bukan sebab t… Read More
  • Stew Daging Kak Hana Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat2 umi yang dekat atau pun jauh... dah sarapan? mungkin ada yang baru nak minum pagi...apa2 pun yang penting kita kena jaga kesihatan yang Allah berikan pada kita... umi … Read More
  • Bubur Kacang Durian - Resepi WarisanAssalamualaikum dan selamat pagiPagi2 lagi umi dah tunjukkan bubur kacang hijau..sebenarnya dah lama buat cuma tak masukkan dalam post je..umi buat banyak sikit sebab makan banyak versi, maklum la peminat durian...umi makan p… Read More
  • Sosej Blossom Bun Assalamualaikum dan selamat petang   Dah makan tengahari? alhamdulillah...gambar kat atas adalah menu umi sarapan umi sekeluarga iaitu sosej blossom bun yang resepinya umi ambil dari blog CMG  seben… Read More
  • Roti dari ManisManis Assalamualaikum dan selamat pagi Semalam ada niat nak buat roti..sebab lama tak meroti...tetiba nampak di blog ManisManis (Ayin) buat roti yang nampak gebu sangat..apa lagi, balik kerja terus mintak Bibik Malaysia tolong u… Read More

7 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Umi...akak bar fikir nak buat roti telur sebab dah lama tak makan..tenguk roti umi ini tukar plan la

umi's cup cake said...

Salam kak, cuba la kak...sedap sebab rasa lemak2 manis..

izahdaut said...

memang sedap .. anak2 pun suke

umi's cup cake said...

betul tu izah..tapi kuih kaswi izah lebih sedap..

ady said...

as-salam Siti
mmg npk rangup roti goreng tu..npk pun sedap..masuk list dulu..tq SITI 4 sharing..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady,
Masuk, jangan tak masuk list tau...

yanmaneee said...

yeezy shoes
kyrie 5 shoes
nike foamposite
golden goose sneakers
nike air max 2018
adidas tubular
hermes belt
supreme clothing
yeezy
jordan shoes

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive