Tuesday, March 13, 2012

Roti Goreng Rangup Hasue

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dah sarapan? Memandangkan sekarang anak2 cuti sekolah, apa sarapan yang ibu sediakan hari ni? Mesti yang terbaik untuk anak2 tersayang kan? Mungkin ibu yang surirumah lebih sibuk atau lebih ringan kerja bila anak2 ada bersama di rumah...ada pembantu la katakan...seronok nya dapat buat aktiviti bersama-sama...

Hari ni umi nak kongsikan satu resepi dari Hasue yang senang dan mudah...(sebenarnya umi nak habiskan stok roti, hehe).. roti yang sangat rangup dan lebih sedap dengan menggunakan kaya sebagai inti roti ini...rasa lemak2 manisnya amat memikat...anak2 pun mesti suka...bagi ibu2 yang bekerja, resepi ini mesti menjadi salah satu pilihan...ok la, jom tengok resepi best ni...tak lu juga, terima kasih Hasue dan minta halal ya resepinya


Jom Cuba : Roti Goreng Rangup

Apa yang diperlukan?

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Jom Cuba!

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh. - umi sapukan sedikit planta atas roti sebelum letak serikaya
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

Related Posts:

  • Roti Sosej Goreng Umi StyleAssalamualaikum dan selamat petangDah minum petang? bagi suri rumah atau ibu2 mesti tengah pikir menu minum petang apa yang ringkas dan mudah disediakan disamping perut insan2 tersayang pun kenyang kan? petang ni umi nak kong… Read More
  • Buttery Yeast Rolls Cik SibukAssalamualaikum dan selamat pagiMesti ada yang terdetik di hati..eh, roti lagi ke umi? Nak buat macam mana memang umi suka mencuba pelbagai jenis roti, lebih2 lagi bila suami hadiah kan breadmaker...setiap pemberian mestilah … Read More
  • HOKKAIDO MILKY LOAF tapi bukan bentuk loaf ya..Assalamualaikum dan selamat malamHari ini umi dan nazirah cuba buat roti yang nampak menarik di blog kak nor...tapi umi tak buat bentuk loaf memandangkan umi nak ajar nazirah bulatkan doh roti..kali pertama tapi alhamdulillah… Read More
  • Plain Bread Kak Yani (breadmaker)Assalamualaikum dan selamat pagiDah sarapan? sarapan apa ya hari ni? umi sarapan roti yang masih ada lagi..ala, plain bread atau roti biasa je tapi umi uli, masak dan tunggu siap je dalam breadmaker tu..umi dah makan roti ni … Read More
  • English Scone dan doakan ayah umiAssalamualaikum dan selamat pagiEnglish scone? apa la pulak ni ya...sebenarnya umi nak buat pengakuan...ini lah kali pertama umi makan scone ni...umi buat khas masa ayah umi datang ke rumah umi ujung minggu baru ni..katanya t… Read More

7 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Umi...akak bar fikir nak buat roti telur sebab dah lama tak makan..tenguk roti umi ini tukar plan la

umi's cup cake said...

Salam kak, cuba la kak...sedap sebab rasa lemak2 manis..

izahdaut said...

memang sedap .. anak2 pun suke

umi's cup cake said...

betul tu izah..tapi kuih kaswi izah lebih sedap..

ady said...

as-salam Siti
mmg npk rangup roti goreng tu..npk pun sedap..masuk list dulu..tq SITI 4 sharing..

umi's cup cake said...

Waalaikumsalam abg ady,
Masuk, jangan tak masuk list tau...

yanmaneee said...

yeezy shoes
kyrie 5 shoes
nike foamposite
golden goose sneakers
nike air max 2018
adidas tubular
hermes belt
supreme clothing
yeezy
jordan shoes

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive