Wednesday, March 14, 2012

Lempeng pekak menu sama CMG hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi

Macam janji je hari ni umi dgn CMG, menu yang sama tajuknya :HARI HUJAN, SARAPAN LEMPENG PEKAK... dan umi MEMANG amik dari blog CMG tu pun..cuma umi tambah sedikit sayur supaya anak2 umi makan sayur, tak boleh nak pilih dan asing2 kan...CMG makan dengan kari tapi umi cuma cicah sardin dan tak pedas...bertambah2 nazirah makan...

Ahnaf makan macam tu je...umi cubit2kan jadi kecil supaya senang dia makan...2 keping juga la dia makan...alhamdulillah, walaupun menu ringkas tapi yang penting anak2 dan suami umi kenyang...

Meh la umi copy menu ni semula dari CMG...yang macam2 janji2 hari ni...

Jom Cuba : Lempeng Pekak

Apa yang diperlukan?

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang dan daun saderi secukupnya- umi tambah
  • Sos pencicah kegemaran anda atau kuah kari, kuah gulai, sambal tumis dll- umi makan dengan kuah sardin
Jom Cuba!

  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yang anda suka untuk sarapan atau pun minum petang....

Related Posts:

  • Mudahnya buat Coleslow Assalamualaikum dan selamat sejahtera Ya ampun..rupanya mudah nak buat coleslow ni ya..umi memang suka makan coleslow ni... makan banyak2 pun tak pe..lagi2 bila sayurnya masih crunchy... kenapa la umi tak buat dari dulu k… Read More
  • Jempu-jemput Cream Cracker Assalamualaikum dan selamat pagi Sekarang ini tengah hangat pasal isu air di mana2... terutama bagi warga selangor macam umi ni.. dah kena tadah air untuk penjimatan.. ye la, bila rumah kita ada anak2 kecil.. memang kena … Read More
  • Kuah Durian & Roti Naik Pahang Assalamualaikum dan selamat pagi Apa khabar sahabat umi? Semoga semuanya dilindungi Allah terutamanya mangsa banjir di 3 negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu... sahabat umi di Kuantan kata tak pernah banjir seteruk i… Read More
  • Home made Kaya Resepi 2 Assalamaulaikum dan selamat tengahari Semalam merupakan hari lahir ibu umi, Zaiton Yusof yang ke 58 tahun.. Selamat Hari Lahir ibu... Kami (siti dan adik2 serta menantu dan cucu) semua sayangkan ibu... kasih sayang ibu ta… Read More
  • Meatball Cabonara Cheese Meleleh Assalamualaikum dan selamat pagi Dah sarapan semua sahabat umi? kalau tak sempat sarapan yang berat2...alas la perut dengan sarapan yang agak ringan...supaya ada tenaga...pagi ini suami dan anak2 umi sarapan yang agak men… Read More

7 comments:

FAKRUZA said...

Aduh sedapnya lempeng pekat nie... tambah musim hujan lagi sedap makan...

ady said...

as-salam SITI
dah malam2 baru datang..nak tgk lempeng pekat tu...npk sedap..ada lagi tak Siti nak rasa..

umi's cup cake said...

memang sedap Qira, yang penting kurang kolestrol...

umi's cup cake said...

ala abg ady, dah habis la..nanti siti buat lagi ya..senang dan cepat je..

izahdaut said...

semalam pun saya melempeng jugak. tapi lempeng susu ;-) anak2 suke makan lempeng manis2 lemak gitu. tapi good idea jugakkan letakkan sayur2 tu. tapi mcm dh dapat bayang je diorg suh korek2 sayur tu nanti. hahaha

umi's cup cake said...

tu la..anak2 ni pilih sayur yang suka je..umi siap cakap, tak boleh kuarkan...tipu2 skit (boleh ke?)

umi's cup cake said...

tu la..anak2 ni pilih sayur yang suka je..umi siap cakap, tak boleh kuarkan...tipu2 skit (boleh ke?)

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive