Friday, March 2, 2012

Khao Neaw Ma Muang / Pulut Mangga

Assalamualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah, bertemu kita di pagi yang penuh barakah..penghulu segala hari...seperti petikan dari Berita Harian Online iaitu Khutbah Jumaat: Kelebihan Jumaat penghulu segala hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.


Jadi marilah kita bersama-sama memanfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dalam kehidupan harian kita dan ada juga menyatakan bahawa diantara waktu di mana doa di makbulkan ialah pada malam Jumaat, hari jumaat, waktu jemaah berdiri utk menunaikan solat kerana Jumaat penghulu segala hari.

Sabda Rasulullah, ”Bahawasanya pada malam jumaat, ada suatu ketika yg mustajab doanya.” [Riwayat Tarmizi]

Bertazkirah pula umi, hari ni umi makan pulut mangga...nak abiskan beras pulut lebihan buat pulut kuning ari tu...memandangkan ada mangga yang banyak suami umi beli...salah satu menunya ialah pulut mangga selain makan begitu dan buat jus mangga serta sos mangga...resepi umi ikut dari Paty's kitchen, seorang yang bekerjaya tetapi tetap bersemangat masak untuk keluarga tercinta...salah seorang sumber inspirasi umi...jom tengok apa yang diperlukan?


Jom Cuba : Khao Neaw Ma Muang / Pulut Mangga

Apa yang diperlukan?
1 cup glutinous/sticky rice – wash and soak overnight
1 tsp salt
1 - 2 drop of pandan paste
1 1/2 cups coconut milk
¼ cup sugar
¼ tsp cornstarch + 1 tbsp water
3 ripe mangoes – peel and sliced

Jom Cuba!
  1. Prepare a steamer. Put the rice in a steaming pan, add in pandan paste and mix well. Steam the rice until tender. This will take about 25 minutes.
  2. In the meantime, place the coconut milk in a heavy pot and heat over medium heat until hot. Do not boil. Add the sugar and salt and stir to dissolve completely.
  3. When the sticky rice is tender, remove from steamer and pour 1 cup of the hot coconut milk over (reserve the rest for sauce) stir to mix the coconut milk into the rice. Cover and let it stand for half an hour.
  4. Heat up the balance of the coconut milk mix, add in cornstarch solution and bring it up slow boil. Turn off the heat once sauce thickens.
  5. To serve, place the sticky rice on plates. Top it with a few slices of mango and drizzle in some coconut sauce.
Coconut Milk Sticky Rice1Coconut Milk Sticky Rice2
Coconut Milk Sticky Rice3Mango on Sticky Rice1

5 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Yang ini memang akak suka tapi cuma boleh jamah aje..kalau tak diabetic akak naik..sedap..lemak2 manis

ady said...

AS-SALAM SITI
TAK TAHU MKN PULUT MANGGA MACAM NI...KALAU PULUT DGN DURIAN TU OKLAH...

umi's cup cake said...

kak, umi pun tak boleh makan banyak sangat tapi terliur la

umi's cup cake said...

waalaikumsalam abg ady ,
cuba la abg ady..mana tau boleh boleh diterima tekak...

dapurCikWan said...

selalu makan pulut ni kalau pegi kat kelantan & thailand.. pasni boleh cuba resepi akak la.. =)

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive