Senarai Kek Pilihan

Kek memang menjadi kegemaran Anak-anak umi; Umi's Cup Cake.

Pelbagai Jenis Sayuran

Buntu Kadang-kadang memikirkan tapi anak-anak umi mesti makan sayur.

Pelbagai Menu Nasi

Malaysia kaya dengan pelbagai menu nasi...meh tengok yang umi dah cuba

Pelbagai Menu Ayam

Anak-anak dengan ayam memang suka..dan terikut upin ipin...

Pelbagai Menu Roti

Umi paling suka dengan bau roti yang panas-panas...memang suka.

Wednesday, June 22, 2011

Saujana-Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni ada tarikh lahir dua orang dalam keluarga umi iaitu ibu mertua umi, mak dan adik ipar umi, ikhwan. sebetulan mak dan menantu berkongsi tarikh lahir yang sama, unik kan? Doa umi, suami dan anak2 sempena hari lahir mak dan ikhwan ni, semoga kalian dirahmati dan dilindungi Allah selalu dan semoga hidup kalian diberkati Allah seiring dengan peningkatan usia. semakin bertambah usia, semakin bertambah rahmat dan berkat dari Allah s.w.t.

Tuesday, June 21, 2011

Pratha Kawan & Kuah Dhal Campak2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lambat umi masukkan post ari ni...banyak perkara yang perlu umi selesaikan terlebih dahulu...ye la dahulukan yang mana lebih penting kan? hari ini umi bawa bekal simple je, iaitu roti prata jenama kawan yang digoreng sendiri dan kuah dhal campak2 je...kenapa campak2? sebenarnya umi tak pernah masak kuah dhal sebelum ni....oleh kerana teringin sangat...umi pun beli la di pasar malam semalam bahan2 yang di'anggap' perlu untuk masak kuah dhal....umi ada buku resepi masakan india tapi resepi kuah dhal tak ada...ku keciwa....jadinya terwujud lah kuah dhal campak2 versi umi...tapi alhamdulillah suami umi kata boleh tahan walaupun tak macam kedai mamak...memang la sebab ni orang pertama kali buat dan campak2 je ya....hentam saja lah labu...jom tengok resepi yang tak 'semengah' ni...



Jom cuba : Kuah Dhal Campak2

Apa yang diperlukan?
  • 300 gm kacang dhal, rendam 2 jam.
  • 1600 ml air
  • 3 biji terung bulat - dipotong baji
  • 3 batang kacang panjang- dipotong kecil (betul ke sebut macam ni)
  • 6 biji tomato ceri
  • 3 sudu kecil rempah kari
  • 3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa

Jom cuba!
  1. Masak kacang dhal dengan air hingga lembut.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Masak hingga rempah benar2 masak.
  3. Semasa hampir masak, ambil sebahagian kacang dhal dan blend hancur.
  4. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan sayur kacang, tomato ceri dan garam. Masak hingga sayur lembut dan tutup api.
  5. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu dan kekuningan. Tuang ke dalam periuk kacang dhal tadi. Siap..
Cara2 nak masak roti prata ada di bungkusan tersebut. ikut je arahan pada bungkusan...selamat mencuba...

Monday, June 20, 2011

Happy Birthday

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Umi nak ucapkan Selamat Hari Lahir Buat Kak Azlita, Empunya Blog Masam Manis...ucapan untuk kak ita dari umi...umi pernah buat entry pasal kak ita di sini

This msg has No Fat
No cholesterol n No Addictive
this is all natural except, with a lot of sugar. But it can never be as sweet as the one reading it.
Happy Birthday

Nota : Kek apa untuk birthday kak ita ya....Umi dah on the way balik johor ni...harap2 boleh la jumpa kan?..hehe

Puding Laici Dangdut Chef Hanieliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi2 umi dah tunjuk puding...takkan umi makan puding untuk sarapan, ya tak? puding ini umi buat untuk minum petang semalam...sejap makan sejuk2...tapi puding ni agak manis...lain kali umi nak kurangkan sedikit sukatan gulanya memandangkan resepi ini menggunakan air gula dari 2 tin air laici...resepi ini umi ambil dari buku yang baru umi beli dari kedai buku popular...patut la selama ini umi cari buku ni di kedai buku lain tak pernah jumpa...rupa2nya buku ni diterbitkan eksklusif untuk kedai buku popular ni....

seronok bila umi dah terjumpa, terus umi beli...suami kata tak menyabar...seronok punya pasal...balik tu umi terus cuba resepi ni....banyak resepi dalam buku chef hanieliza ni...365 jenis resepi...kiranya 1 hari 1 resepi tu memang kena la dengan umi yang baru2 nak belajar ni...
15 menu istimewa dalam buku ni
  1. Senangnya masak ayam
  2. Senangnya masak ikan
  3. Senangnya masak daging
  4. Senangnya masak kambing
  5. Senangnya masak makanan laut
  6. Senangnya masak tauhu & telur
  7. Senangnya masak kerabu & salad
  8. Senangnya masak sayur
  9. Senangnya masak sambal & sos
  10. Senangnya masak nasi
  11. Senangnya masak mi, mihun & keutiau
  12. Senangnya masak makanan barat
  13. Senangnya masak kuih muih & minum petang
  14. Senangnya masak kuih kukus
  15. Senangnya masak puding & dessert

kali ni umi cuba yang no 15 tu..mcm promote buku plak kan? ok la jom tengok resepinya....

Jom Cuba : Puding Laici Dangdut

Apa yang diperlukan?

10 gram serbuk agar-agar
2 liter air @ 8 cawan air
2 cawan gula halus
2 tin laici-diasingkan airnya
1 tin susu cair(400 mililiter)


Jom Cuba!

Basahkan acuan. Ketepikan.
Masakkan serbuk agar2, air dan gula sehingga mendidih.
Tutupkan api. Kemudian masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Susun buah laici di dalam acuan yang telah disediakan.(cara umi)
Tuangkan agar2 ke dalam acuan. Biarkan sejuk.
Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Hidangkan dengan buah laici yang diasingkan tadi.

Friday, June 17, 2011

Ku Tak Kisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dah sarapan? umi dah, baru je...alhamdulillah....umi tak kisah...orang nak kata apa pun kata lah...umi nak buat jugak...kalau bosan, tak payah baca...tinggalkan je post ni.....

umi nak bagitau yang umi sarapan ubi rebus dengan sambal tokok lagi...tapi kali ni atas permintaan pak cik nasir di opis...ubi 3kg untuk sarapan...untuk sambal tokok umi guna RM4.00 cili hijau...pak cik nasir cakap lepas ni nak minta buatkan untuk jamuan di rumahnya pulak...laku betul sambal tokok ni....alhamdulillah....ada yang nak simpan untuk dimakan dengan nasi panas2...umi memang selalu buat masa bulan puasa untuk tambah selera ketika bersahur...ye la bila mata mengantuk memang kurang selera tapi bila ada sambal tokok ni, suami pun menambah nasi...selera katanya..ok la untuk resepi, klik post umi di sini

Thursday, June 16, 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO



Lagi satu Ga yang umi nak join..hadiah memang menarik...ape nak hadiahnya ? jom tengok hadiah2 tu kat SINI..syarat2 neslo @ Jiji cakap macam di bawah ni:

1) Buat satu entry dan letak banner Giveaway tu pas tu linkkan ke entry ni kalo korang masok ikut blog ni..kalo korang masok ikut blog kak es..maka linkkan ke entry GA blog kak es..ada paham ke anak anak..

2) Tajuk entry : GIVEAWAY KAK ES & NESLOO

3) korang kena follow la blog kak es kat sini dan alang2 tu follow la blog aku jugak..aku gila follower ko tau nokk..takdernye..korang kena follow le sebab nak tau perkembangan semasa..mane la tau kot ade jutawan blogger nak tambah hadiah ke..bagi due ekar ladang getah ke..kerbau sekandang ke..takpon leh gi umrah ke..haaa...follow2...

4) LIKE FB pihak penaja hadiah giveaway kali kat SINI

TARIKH TUTUP : 17hb Jun 2011
JAM : 8.00 malam

♥...Love2cook Malaysia turns 2 & A Giveaway! ♥


Kali ini umi nak masuk GA yang dianjurkan oleh Love2cook sempena ulangtahun ke dua blog Love2cook....sesiapa yang nak join boleh la klik sini sebab syarat2 yang dikena kan amat mudah sekali...tarikh tutup GA ni ialah pada 3hb Julai 2011..jadi masih banyak masa untuk join GA ni...

Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang

Suami umi minta umi masakkan ikan cencaru sumbat macam ibu umi buat..salah satu masakan yang suami umi belajar makan dari keluarga umi...sebelum ini suami umi tidak biasa makan ikan cencaru sumbat macam ni...ye la itu istimewanya kalau kita berasal dari berlainan negeri, bukan satu negeri tak elok ya..cuma bila berlainan negeri, umi boleh mencuba pelbagai masakan negeri terengganu, begitu juga sebaliknya...ikan ni umi suka goreng garing2 dan rasa manis sambalnya terasa sangat bila disumbatkan juga dibahagian perut ikan...kepada sesiapa yang nak kurangkan penggunaan minyak, boleh la bakar ikan cencaru ni selepas di masukkan sambalnya......sedapnya makan dengan nasi panas2...jemput makan....

Jom Cuba : Ikan Cencaru Sumbat/ Belah Belakang
Apa yang diperlukan?

  • 2 ekor ikan cencaru
(*belah belakang dan tarik keluar isi perutnya dari belakang perlahan-lahan, cuci bersih, toskan. Gaul garam dan serbuk kunyit.)

Untuk sambalnya:-
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 sudu besar cili + bawang kisar
  • 2 sudu besar perahan air asam jawa
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit minyak

Jom Cuba!
  1. Tumiskan cili dan bawang hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan belacan dan air perahan asam jawa. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula gula dan garam. Masak biar kering sedikit. Tutup apinya. Dibiarkan sejuk.
  4. Bila agak sejuk, masukkan ke dalam belahan dan bahagian perut ikan cencaru tadi.
  5. Dalam kuali leper, tuang sedikit minyak dan goreng ikan tersebut dengan api perlahan. Balikkan perlahan-lahan dan biar hingga ikan masak.

Makaroni Keju Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah sarapan? hari ni umi sarapan agak berat sedikit...umi makan makaroni keju bakar...dah lama umi teringin nak buat tapi tak berkesempatan...nak masak makaroni keju bakar ni senang dan cepat...masa yang diambil untuk sediakan bahan2 pun tak lama...semua bahan dah ada di dapur umi, jadi semalam dengan penuh semangatnya....umi pun buat...makaroni ni sedap dimakan dengan sos cili dan mayonis tapi lagi sedap makan dengan sos cili thai...lebih mengancam...rasanya tak muak walaupun ada keju di dalam dan diatasnya...sekali pandang macam pizza tapi tebal...resepi ni adalah resepi Kak Nannie tapi umi terlupa nak ambil linknya..minta halal ya kak Nannie...semoga lebih berkat hidup kak Nannie sebab sudi kongsi resepi yang enak ini...ok la jom tengok resepinya...

up date : link resepi asal umi dah jumpa di sini

Jom Cuba : Makaroni Keju Bakar

Apa yang diperlukan?
  • 300 gm macaroni - direbus sampai kembang
  • 500 gm ayam/daging cincang
  • 2 cawan cheese monzarella/cheddar
  • 30 gm butter
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (umi tambah)
  • 2 biji kentang saiz sederhana – dipotong dadu kecil (umi tambah)
  • Sedikit lada capsicum – didadu (umi tambah)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh oregano/italian mix herbs
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa


* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.



Jom Cuba!

  1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus.
  2. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.
  3. Kemuadian masukkan pula kentang dan cendawan butang. Kacau hingga masak.
  4. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau.
  5. Selepas itu, masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati .
  6. Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan lada capsicum. Jika masih kurang masin, baru la ditambah garam.
  7. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.
  8. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar (seperti gambar dibawah). Susun cheese di atas macaroni.
9. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown .

10. Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Wednesday, June 15, 2011

Marble Choc Cheese Cake & Happy Birthday Najwa

Assalamualaikum & salam sejahtera

Asyik buat kek je kan umi ni...kali ni umi buat kek untuk anak babysitter anak2 umi iaitu Kak Najwa yang ke 23 tahun...Happy Birthday Najwa...untuk hari lahir najwa ni umi buatkan Marble Choc Cheese Cake...nampak tak kek ni gebu sangat...rasa dia pun sedap..apatah lagi bila dicurahkan coklat cair serta di taburkan bintang2 berwarna warni...syok sendiri plak...kek ni bukan macam cheese cake biasa yang umi pernah makan...suami umi pun cakap lain kali boleh la buat lagi....InsyaAllah...ada masa dan rezeki, di izinkan Allah...umi akan buat lagi..resepi ni umi ambil dari blog kak Azlita...blogger masakan yang hasil tangan nya kreatif dan menyelerakan...iaitu blog masam manis...semanis tuannya...resepi asal di sini....ok la jom tengok resepi yang sedap ni


Jom Cuba : Marble Choc Cheese Cake

Apa yang diperlukan?

Bahan A:

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair

Bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A

Jom Cuba!
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar pada suhu 160 darjah selama 40 - 45 minit atau hingga masak(ikut oven umi). Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Berapa usia Nazirah?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia Ahnaf sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Berapa usia iris sekarang?

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Kasih Sayang Kita Telah Bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Blog Archive